Petang Khamis 11 hari lalu saya pergi ke Muzium Kesenian Islam yang terletak berdekatan Masjid Negara.
Saya mahu menghadiri satu majlis tetapi sampai sedikit lambat akibat tersangkut oleh hujan lebat. Maklumlah saya keluar menaiki motosikal besar kerana menyangkakan cuaca akan elok terus hingga ke lewat petang kalau tak pun malam.
Kalau tak salah ingatan inilah kali pertama saya masuk ke muzium ini.
Tu dia majlis yang mahu dihadiri sudah pun selesai. Walhal saya sampai bukanlah lambat sangat, kira-kira 3:35 gitu sedangkan majlis yang sepatutnya bermula 3:30 rupa-rupanya telah dipercepatkan. Kalau tidak kerana hujan lebat yang memaksa saya berlindung di bawah jejantas harus sampai paling lewat pun 3 petang.
Saya melihat-lihat di sekitar.
Nasib baik masih ramai tetamu. Ini kerana sesi melihat isi pameran baru dimulakan.
Oh, saya ke sini untuk menghadiri majlis pelancaran pameran "Al-'Ilmu : Sains dan inovasi di dunia Islam" atas jemputan seorang kenalan.
Ramai juga VVIP dan VIP hadir. Tapi seperti selalu disebut orang, "ada aku kesah?". Heh! :]
Tetapi entah kenapa saya terasa ada aura kuat plastik di sebalik semua ini, bukan salah penganjur ya... saya cuma merasakan lebih ramai yang hadir kerana mahu bergesel bahu dengan orang kenamaan dan berkedudukan, bukan peduli sangat pun pada seni.
Lalu saya lebih selesa melihat faktor lucu di sebalik pameran. Misalnya lukisan ini. Entah kenapa mahu dijolok mulut orang...
Bila tengok lukisan begini saya tak dapat menahan senyum hingga ke telinga.
Hek eleh. Ni apa pulak? Kalau orang lihat gelagat saya mungkin mereka akan fikir saya seorang bodoh yang tidak tahu menghargai ilmu sains... agaknya le...
Ah. Kalau tak kerana saya masih ada kawalan boleh pecah perut kat sini.
Masyaallah! Ni sultan mana pulak yang kena tipu? Hehe (bukan saya tidak pernah dengar nama Tipu Sultan. Tapi sebutlah sampai beribu kali saya tetap merasakan ia lucu).
Tengok senapang ni pulak? Saya main snap aje, boleh pulak ada orang position baik punya...
Saya cuma masuk mood serius apabila terlihat sesuatu di paparan ini...
Ah. Nama Dastagir mengingatkan pada perkataan "Aji Yaki Dastagi" yang dilihat dalam mimpi. Lihat artikel Makna dua buah mimpi yang berkaitan yang ditulis lebih 4 tahun lalu.
Letaknya tempat bernama Dastagir ini adalah di Kashmir. Malamnya saya menyemak di Internet... ternyata ia adalah satu makam singgah Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Kemudian saya meletakkan perkataan "Aji Yaki Dastagi" di Facebook dengan harapan ada yang dapat menolong merungkainya. Ternyata ia ada makna dalam bahasa Parsi... memang Sheikh Abdul Qadir lahir, membesar dan menghabiskan usia di dalam kawasan kerajaan Parsi.
Lebih menarik saya terlihat perkataan Dastagir ini setelah selesai menyajikan artikel Mencari jejak Merong : Sheikh Abdul Qadir Shah Alirah, Sultan Siam-Kedah atau Sultan Perlak, kerajaan lama Aceh? malam sebelumnya. Kemudian saya cuba merungkai makna "Aji Yaki Dastagi" berdasarkan sedikit penemuan yang dibuat kawan-kawan di Facebook. Saya letak di sini dalam bentuk gambar tanpa penerangan lagi ya. Buka dalam windows baru untuk membacanya...
Oh. Replika Batu Bersurat Terengganu turut dipamerkan di situ...
Apabila hendak mengambil gambar lebih dekat pakcik ini pula enter frame. Saya menunggu beberapa minit tetapi dia masih berlegar-legar di sisi. Jadi saya ambil sahajalah gambar...
Bila dah tanam, rasa nak tambah tangan pulak...
Lepas tu jadi cam ni. Layan je lah, hehe! :]
Nota: Untuk barang-barang pameran yang lebih serius lihat artikel Stuffs from the 'Al-'Ilm : Science and innovation in the Islamic world' exhibition di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
ngeee....i like...i like
BalasPadamMasjid2 di Kashmir nampak macam Masjid Nusantara ... lebih drpd persamaan dgn masjid di China...
BalasPadamisu ni saya pernah baca dalam blog Nagara Benua Siam tuu..
apa pendapat Bro Radzie???
a.salamukm..
BalasPadamkeh, keh kelakar betul. taksangka kelakar juga abe dee kita ni.
dah tu pandai pulak buat camera trick. dah dok memutar sangat kawasan tu last sekali abe dee buh dia ke dalam batu. jangan mokcik sri kata batu bersurat itu ada unsur hindu sudahlah. maklumlah uncle tu yang abe dee buh dalam batu mungkin berasal dari india.
Wassalam. Saya pun gumbira tuan-puan suka usaha terbaru saya ini hehe. Ingat Mafia aje ke boleh tanam orang dalam batu? Saya pun boleh buat malah boleh suruh orang dalam batu masuk gym buat push-up dan lain2 lagi!
BalasPadamBab Masjid di Kashmir dengan di Nusantara saya rasa memang ada kena-mengena dengan pengaruh zaman lama tapi bukanlah India mempengaruhi Nusantara sebaliknya pengaruh Parsi yang meliputi India hingga ke Nusantara. Kalau kita baca kisah Raja Suran dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu pun kita akan mendapati kerajaan2 besar India terkait dengan Parsi. Ingat yang kita cerita ni bukan India paria yang hitam legam di bahagian selatan tapi India utara seperti yang terdapat di Kashmir, putih merah serupa macam orang Arab dan Parsi, macam Eropah pun ada.
Ye betul , saya ada terbaca travelog Iran , gambar2 surau Parsi purba , agak serupa dengan surau2 di negeri utara , ada yg variasi bumbung tumpang 3 tingkat seperti yg di Kashmir , ada yg bumbung panjang seperti yg di gunung ganang parsia
BalasPadamAllahua'lam
Boleh ulas yang ni? Pasal Perak lagi.
BalasPadamhttp://rajaahmadnasir.blogspot.com/
Pasal Raja Ahmad Nasir tu basi le. Malas nak komen orang sibuk tuntut takhta, dah banyak beno orang yang mengaku raja yang hak. Bior aje le si Luncai terjun dengan labu2nya...
BalasPadam