Al-Rasyid melihat monyet-monyet.
Tetapi tujuan utama kami kali ini ke Bukit Melawati adalah menziarahi kawasan pemakaman diraja yang mengandungi makam 3 orang Sultan terawal Selangor.
Walaupun pernah masuk ke sini sekurang-kurangnya dua kali baru kali ini saya menyedari makam seorang pahlawan yang dipanggil Panglima Hitam di sisi bangunan utama berbatu nesan Aceh. Lihat artikel Makam (Tomb of) Panglima Hitam, Bukit Melawati di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Untuk makluman ini adalah kali pertama Al-Rasyid dibawa ke sini. Seronok juga dia duduk di sisi meriam. Lihat Meriam Penggawa (The Penggawa canon), Bukit Melawati . Kemudian baru kami melihat makam-makam Sultan lebih dekat. Lihat artikel Baby Al-Rasyid at the Selangor royal mausoleum, Bukit Melawati di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Seterusnya kami naik kembali ke puncak Bukit Melawati. Oh, disebabkan jalan di sini sehala, kami perlu naik ke bahagian puncak sebelum turun semula ke satu lereng untuk ke makam diraja. Kami naik kembali kerana mahu pergi ke muzium yang terletak bersebelahan rumah api. Pandangan dari luar muzium ke bawah...
Kemudian kami pergi ke sekitar Bukit Tanjung Keramat di mana terdapat sebuah makam yang dipanggil Keramat Anak Dara di atas sebuah bukit kecil. Perhatikan tasik yang terletak di antara Bukit Tanjung Keramat di mana terdapat sebuah kota pertahanan dengan bukit kecil yang terdapat makam. Menurut ceritanya bukit kecil asalnya bersambung dengan bukit lebih besar tetapi Inggeris sengaja meletupkan kawasan ini dengan alasan mahu mengambil batu untuk membuat jalan. Entah apa yang sebenarnya diletupkan. Saya percaya ada rahsia kelebihan bukit ini yang sengaja mahu ditutup mereka.
Melihat buat kali ke berapa entah gambar-gambar tempat-tempat bersejarah yang ada di sekitar Kuala Selangor dipamerkan di muzium, baru kini saya tergerak mahu melihat Telaga Tujuh. Lihat Telaga Tujuh (The Seven Wells), Kuala Selangor.
Bukit kecil dengan bangunan makam Keramat Anak Dara dilihat dari satu kampung berhadapan.
Seterusnya kami pergi ke kawasan sebuah rumah rehat/hotel peranginan berdekatan. Di dalam kawasan ada sebuah pohon jejawi besar yang pernah saya sangkakan bukit kecil apabila dilihat dari atas Bukit Melawati. Lihat The big banyan tree at Kuala Selangor.
Puas melihat pokok, kami pergi ke Bukit Belimbing kerana mahu melihat masjid lama. Gambar masjid itu yang terdapat di muzium atas Bukit Melawati menunjukkan ia terletak berdekatan masjid baru sedangkan saya sudah banyak kali lalu di situ, tidak pernah terserempak pun masjid lama yang kelihatan agak menarik dalam gambar itu. Bila dicari-cari masih tak jumpa-jumpa. Akhirnya baru saya tahu kenapa. Ia sudah tinggal tapak sahaja sedangkan gambar yang dipamerkan di muzium adalah gambar lama...
Semasa mengambil jalan ke Bukit Belimbing dari jalan besar Kuala Selangor ke Teluk Intan saya juga terlihat satu perubahan. Kompleks peranginan tinggal di Bukit Kemuning telah dirobohkan. Bandingkan dengan apa yang sudah ditunjukkan pada artikel Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak? yang dibuat lebih setahun lalu.Kalau tak salah saya sebulan dua lalu ia masih lagi berdiri di situ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan