Pagi Sabtu 13 November 2010 saya, isteri dan anak kecil kami Al-Rasyid bersedia untuk menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Singapura. Walhal kurang seminggu sebelum itu tak terfikir pun hendak ke sana. Menariknya pada hari itu Al-Rasyid cukup umur setahun sebulan. Itulah kali pertama dia akan menaiki keretapi...
Apa yang berlaku ialah Ahad malam Isnin sebelumnya saya telah bertandang ke rumah ibu saudara di Ampang untuk menghantar sotong bakar yang dibeli di pantai Morib pagi hari itu. Sabtu sehari sebelum itu pula saya telah membawa ibu bapa berjalan-jalan di Putraya dan Cyberjaya sebelum pergi bermalam di rumah keluarga isteri di Tanjung Sepat. Kami singgah di Morib di mana kami menikmati hidangan sotong bakar yang enak. Apabila ibu saudara ini mendapat tahu, dia pun memesan sedikit sotong untuk dibawa balik.
Ketika menghantar sotong itulah ibu saudara meluahkan masalahnya hendak ke Singapura menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara yang pangkat dua pupu dengan saya. Ibu saudara ini teringin sangat hendak ke sana sedangkan suaminya pula perlu berlepas ke Pulau Pinang kerana ada kerja, anak-anaknya pula sibuk dengan pelajaran, ada yang akan mengambil peperiksaan lalu tidak dapat menemaninya ke sana. Suaminya mencadangkan agar dia mengambil keretapi kerana tak larat hendak memandu selain tidak tahu selok-belok di Singapura. Pada awalnya ada juga saudara lain yang bercadang nak ikut sama tapi semakin dekat tarikh perkahwinan ternyata mereka mengubah fikiran, mungkin kerana banyak urusan.
Adapun saudara-saudara kami di Singapura begitu rajin datang ke Malaysia beramai-ramai apabila ada apa-apa majlis kahwin di kalangan keluarga selain sambutan hari raya. Kami di sini pula yang jarang bertandang ke sana. Saya sendiri turut dijemput tetapi menolak akibat masih kepenatan akibat perjalanan ke Perak yang dibuat untuk menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah (lihat Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah). Apalagi pada hari Jumaat yang sama, saya, isteri dan anak kecil kami Al-Rasyid pergi ke Bukit Damansara untuk menghadiri satu majlis tahlil keluarga kemudian keesokannya membawa ibu dan bapa berjalan-jalan di Putraya, Cyberjaya, Morib dan Tanjung Sepat.
Lagipun berbulan sebelum itu saya sudah pergi melihat stesyen-stesyen hingga ke Johor Bahru dengan menaiki kereta. Bagi pihak penerbit ini sudah cukup untuk melengkapkan isi buku. Bagi saya pula ada sesuatu yang terasa tergantung begitu sahaja... maklumlah sudah ke hujung rangkaian keretapi timur dan utara tapi tak selesai bahagian ke selatan...
Memikirkan ibu saudara tidak ada teman untuk ke Singapura ditambah faktor rasa tergantung akibat perjalanan untuk projek buku keretapi dibatalkan saya pun menawarkan untuk turut sama. Peluang ini juga boleh digunakan untuk membawa isteri dan anak sekali. Lagipun selepas membuat projek buku saya ada berjanji dalam hati akan membawa mereka berjalan jauh menaiki kenderaan itu. Nah. Sekarang saya ada sebab yang sesuai... pedulikan kepenatan disebabkan perjalanan ke Perak juga perjalanan membawa ibu bapa ke sana ke mari.
Di atas adalah gambar ketika sampai di Melaka. Seperti biasa saya akan mengambil gambar apabila tergerak tak kiralah di mana. Tetapi untuk artikel ini tak perlulah dipaparkan gambar banyak tempat. Cukuplah apa yang ada untuk kelancaran cerita... selain gambar tempat saya juga ada mengambil gambar Al-Rasyid bermain-main dengan anak kecil lain.
Satu lagi sebab yang membuat saya ingin ke Singapura adalah kerana ibu bapa saya sendiri mahu ke sana bersama beberapa orang saudara. Cuma bapa akan memandu dari Muar ke Johor Bahru dan di mana beberapa orang saudara akan ikut sama. Bapa mahu bertolak hari Sabtu dan bermalam di rumah adik bungsu saya sebelum ke Singapura pagi Ahad, cadangnya dengan menaiki keretapi. Saya pula bercadang menaiki keretapi Jumaat malam Sabtu... sampai awal pagi di Johor Bahru kemudian bertemu saudara-mara di sana sebelum ikut sama ke Singapura.
Sayangnya keretapi Jumaat malam Sabtu penuh. Saya cuma boleh mendapatkan tempat duduk untuk keretapi yang bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Keretapi Ahad malam Isnin dari Johor Bahru balik ke Kuala Lumpur juga penuh. Kalau tak bolehlah kami sampai awal pagi dan terus masuk kerja. Nak tak nak saya terpaksa menempah keretapi Isnin malam Selasa yang banyak kosong lalu isteri kenalah ambil cuti satu hari...
Keadaan di dalam stesyen baru Johor Bahru iaitu di JB Sentral. Mereka yang mahu turun terus keluar, tinggal kami-kami yang mahu meneruskan perjalanan ke Singapura. Baru saya tahu di sini pegawai imigresyen Malaysia akan masuk memeriksa. Kami perlu menunggu sahaja di dalam keretapi.
OK. Semasa menempah tiket saya mendapat tahu bahawa untuk perjalanan terus ke Singapura kami perlu menambah RM1 sahaja untuk setiap tiket berbanding jika turun di Johor Bahru. Begitu juga jika kembali dari Singapura ke Kuala Lumpur berbanding naik dari Johor Bahru. Perjalanan keretapi dari Johor Bahru ke Singapura sahaja dan sebaliknya harus menelan lebih lagi belanja. Memikirkan ini saya rasa lebih elok terus ke pulau republik itu dan kembali dari sana. Kalau turun di Johor Bahru semata-mata untuk bersama dengan saudara lain akan jadi lebih banyak belanja selain banyak kerja...
Ibu saudara saya mengikut sahaja. Walaupun dia ada kerja lain kerana asalnya menganggap kami dapat kembali awal pagi Isnin dia dapat mengaturkan sesuatu untuk mengubah jadualnya. Tetapi timbul masalah baru ketika tinggal beberapa hari lagi mahu ke Singapura. Seorang anak ibu saudara yang baru retak tulang bahu seminggu dua sebelum itu dinasihatkan membuat pembedahan secepat mungkin.
Sebelum itu dia cuma mengharapkan tukang urut dapat menyelesaikan masalahnya. Memang pun setakat itu beberapa urutan dapat dibuat dengan agak berkesan, cuma belum pulih sepenuhnya menunggu masa. Tetapi seorang kenalan yang merupakan doktor pakar menasihatkan pembedahan dibuat kerana anak ini akan mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi... takut tulang bahu yang retak akan tergelincir keluar lalu mencucuk kulit hingga tembus ketika menulis menjawab soalan peperiksaan nanti.
Di atas adalah gambar ketika meninggalkan bandaraya Johor Bahru untuk menaiki Tambak Johor masuk ke Singapura. Lihat artikel Views around the causeway from the train di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Keadaan ini membuat ibu saudara terpaksa menarik diri. Selain perlu menemankan anak untuk pembedahan, dia perlu berada di sisinya sentiasa dalam waktu terdekat itu. Maklumlah, ini anak perempuan. Dahlah kena ragut sampai jatuh retak tulang, kena bedah pulak dan nak ambil peperiksaan penting. Tapi bagaimana pula tiket yang sudah dibeli? Takkan nak burn begitu sahaja? Ketika itulah saya teringat seorang sepupu yang sudah lama mahu mengikut saya berjalan-jalan...
Di atas adalah gambar selepas selesai membuat pemeriksaan imigresyen di Woodlands. Seperti dihadapi ketika masuk ke Thailand dengan keretapi setengah tahun lalu, penumpang juga perlu turun di sini sebelum dapat menaiki semula keretapi. Ikutkan rumah saudara yang berkahwin di Singapura lebih senang dicapai dari Woodlands. Tapi saya ingin meneruskan perjalanan ke stesyen paling selatan iaitu di Tanjung Pagar. Ini kerana saya teringin melihat keadaan pulau republik ini sepanjang perjalanan. Lagipun dalam tempoh setengah tahun dari sekarang, stesyen Tanjung Pagar akan ditutup terus dan penumpang keretapi dari Malaysia cuma akan dapat sampai ke Woodlands.
Gambar ketika sampai di stesyen Tanjung Pagar, Singapura. Oh... untuk perjalanan dari Woodlands lihat artikel On to Tanjung Pagar.
Perkara pertama yang dibuat apabila sampai selain mengambil gambar adalah makan. Terus sebat nasi briyani wooo! Maklumlah 8 jam dalam keretapi, kantin pun takda. Yang ada adalah sedikit makanan yang dijual dengan kereta sorong. Nak turun makan kat perhentian seperti di Kluang pula tak sempat. Lagipun ketika itu kantin stesyen Kluang yang amat terkenal dengan hidangan kopi dan roti menteganya yang sedap pula tutup...
Selesai itu kami keluar berjalan kaki. Untuk pengetahuan stesyen Tanjung Pagar yang merupakan milik KTMB terletak di pinggir bandaraya Singapura.
Jalan kaki 1 km dah boleh sampai ke makam Habib Nuh. Dapatlah kami anak-beranak berziarah lagi ke sini. Bagi Hanif pula inilah makam wali Allah yang pertama sekali diziarahinya seumur hidup. Lihat artikel Latest visit to the tomb of Habib Nuh.
Malam selepas Isyak baru kami meninggalkan kawasan makam yang ada masjid sekali. Dengan menaiki MRT kami terus ke rumah orang kahwin di Yishun, 4 stesyen sahaja dari Woodlands tapi 14 stesyen dari Tanjung Pagar. Biar diberitahu sepupu saya Hanif yang berumur 31 ke 33 tahun gitu, saya pun dah lupa sedang dalam keadaan 'mencari'. Beberapa bulan lalu dia ada menyatakan mahu mengikut saya ke mana sahaja untuk perjalanan spiritual lalu saya ada mencadangkan agar ikut pergi ke Pulau Besar, Melaka. Tetapi muncul hal lain yang menghalang perjalanan. Siapa sangka dia dapat ke makam Habib Nuh pula?
Ya. Mungkin perjalanan menaiki keretapi ke Singapura ini ditakdirkan Allah lebih istimewa buat Hanif. Saya sudah banyak kali ke sana cuma kali ini sahaja baru merasa naik keretapi tapi ini perjalanan pertama buatnya, dan di sinilah kali pertama kali seumur hidup dia menjejakkan kaki ke makam seorang wali. Lebih istimewa apabila baju yang dipakai tanpa dirancang ada nombor-nombor yang kena dan muncul pada keretapi. Saya pun tak tahu lagi apakah maknanya. Yang pasti Hanif dapat menemani kami ke beberapa tempat lagi di Singapura yang ada nilai spiritualnya, ada di antaranya saya sendiri pertama kali sampai lalu mendapat deja vu lama. Bersambung nanti...
Oh... lupa nak beritahu. Gambar-gambar untuk perjalanan ke/di Singapura ini semuanya diambil menggunakan kamera digital model lama milik Hanif. Kamera saya sendiri ketika itu sedang diperbaiki, setelah mengalami masalah ketika meninggalkan Beting Beras Basah seperti disebut dalam artikel Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah). Harap maklum.
"Untuk pengetahuan stesyen Tanjung Pagar yang merupakan milik KTMB terletak di pinggir bandaraya Singapura"...
BalasPadamHAHAHA.....bodoh sama itu silu, stesyen tanjung pagar bukan milik KTMB lagi! Pak Najib telah bersetuju menukar hak pemilikan tanah tersebut kpd milik singapore...stesyen baru akan dipindah ketempat lain! Yearghh!!!!!
BODO SAMA ITU BUGIS!!!!!
pprrrfffffffffttttttt!!
Ha'ala bengap betul le lu mamat. Dah lah pakai nama Anon macam bagus je nak tunjuk pandai. Ingat aku tak tau ke nak pindah stesyen? Dah beberapa kali aku sebut dalam artikel terdahulu malah dalam artikel ni pun aku sebut Tanjung Pagar akan tutup pindah ke Woodlands.
BalasPadamTapi kalau dah bodoh begitulah. Kerja nak cuba cari salah orang je padahal dia yang tersilap pandang dan tak faham. Untuk pengetahuan orang bodoh bengap macam kau Tanjung Pagar masih milik KTMB sampai le pindah stesyen sebelum Julai tahun depan. Selagi ini belum berlaku pemindahan hak milik masih setakat persetujuan di atas kertas.
Bab Najib bersetuju tukar hak milik tu hal lain. Takda kena-mengena dengan aku. Jangan salahkan Bugis, pengecut macam engko belum kenal lagi penangan Bugis camana...
Eh sial. Apa kata lu sebut nama betul lu dan tunjuk gambar sekali, jumpa depan2 secara anak jantan nak? Mari le bersilat bertepuk tampar secara fizikal, bukan angan2 kat dunia siber. Telur takda ke asyik pakai nama Anon lepas tu nak maki-hamun kat sini tunjuk pandai dan kuat konon?
Cukup bodoh bagi orang yang bertawasul ke Maqam Habib Nuh...Dia tidak boleh bagi apa-apa pada kamu. Kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa.
BalasPadamMemang bodoh. Tapi lebih bodoh lagi orang yang buruk sangka menganggap mereka yang datang bertawasul di makam Habib Noh itu meminta daripada Habib Noh, bukan daripada Allah.
BalasPadamAssalamualaikum tuan...
BalasPadamAmbo setuju dgn tuan pasal tawassul.. Biarlah org jahil dgn hujah mereka.. InsyaAllah ambo akan ke Singapura nanti pada 22 -23 March 2012.. rangka ziarah maqam habib noh & sambutan haul dan maulid di masjid ba alawi bukit timah...
Harimau-Menaip..nak kene lempang laju2 ke?
BalasPadam