Isnin, Disember 20, 2010

Wikileaks operasi Mossad dan Illuminati?


Hmm. Nak menulis artikel pasal perjalanan ke Singapura lebih sebulan lalu pun tak terkeluar lagi. Semalam terfikir pula nak tulis satu artikel lain pasal kamera tapi nantilah... biar diluahkan satu rasa yang agak memuncak pagi tadi.

Kebelakangan ini dunia dikecohkan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat laman portal Wikileaks. Isi-isi perbincangan rahsia dari saluran perhubungan diplomatik juga sumber perisikan yang selama ini tersimpan kemas dalam fail-fail yang secara rasminya tidak wujud didedahkan dan banyak yang memalukan pihak yang terlibat baik di peringkat negara mahupun individu. Kalau tak salah beratus ribu isi dokumen sulit telah didedahkan, mungkin berjuta termasuk rahsia negara polis dunia Amerika Syarikat yang dikatakan canggih sistem pertahanan maklumatnya. Peliknya setakat ini saya belum mendengar apa-apa kebocoran rahsia tentang penglibatan negara haram Israel dalam apa-apa perkara sedangkan lain-lain negara, sekurang-kurangnya yang penting dalam percaturan sosio-politik dunia telah didedahkannya.

Ya... sungguh pelik ini. Siapa tidak tahu bagaimana Israel terlibat secara kasar atau halus dalam percaturan dunia. Seringkali mereka dapat mempengaruhi Amerika juga Britain untuk menggunakan kuasa vetonya demi menjaga kepentingan mereka. Dan kita juga tahu bagaimana mereka telah berkali-kali mendesak kuasa-kuasa besar dunia itu untuk membuat serangan terhadap negara atau pihak yang boleh mengganggu-gugat mereka. Apakah tidak ada kabel diplomatik Yahudi membincangkan misalnya pencerobohan Iraq terhadap Kuwait dua dekad lalu atau persediaan logistik Perang Teluk selepas itu? Apakah tidak ada sedikitpun maklumat ketenteraan bocor tentang perancangan terbaru mereka terhadap Semenanjung Gaza dan sebagainya?

Di ketika banyak pihak ditelanjangkan sehingga ramai menuding jari bermasam muka dan memulakan perang mulut, saya terus menunggu jika ada apa-apa rahsia tentang Israel akan keluar. Setakat ini tidak terdengar apa-apa berita seolah-olah mereka suci dari dosa. Apakah sistem maklumat Israel begitu terkawal cantik sehingga Wikileaks yang dapat menerobos masuk atau memintas segala maklumat lain tidak dapat mendedahkan apa-apa yang buruk tentang mereka? Atau apakah saya yang terlepas pandang tidak terlihat apa-apa berita lagi tentang Yahudi sedang dunia sedang sibuk melaung-laungkannya di luar sana? Rasanya tidak...

Keadaan ini membuat saya semakin yakin Wikileaks adalah satu operasi sulit bawah tanah yang ditaja rangkaian perisikan Israel iaitu Mossad dengan restu pihak Illuminati, para peneraju tertinggi rangkaian Yahudi Zionis yang mahu menguasai dunia. Nampaknya ia dibuat supaya negara-negara lain saling bergaduh dan berlaga, untuk mempertingkatkan lagi konflik agar perang dunia ketiga yang sudah lama dirancang mereka dapat masuk ke fasa seterusnya iaitu perang nyata (bukan setakat gaduh mulut atau diplomatik) yang akhirnya akan membawa kemusnahan besar dengan penggunaan senjata nuklear. Selain itu rasanya ada sesuatu sedang berlaku di sana, di bumi Jerusalem yang juga merupakan tanah suci umat Islam selain Yahudi dan Kristian. Sesuatu sedang berlaku di ketika perhatian dunia dialihkan kepada pendedahan demi pendedahan yang dibuat Wikileaks juga konflik dunia seperti yang kelihatan sedang meningkat antara Korea Selatan dan Korea Utara.

Tu dia... sedar tak kita, dalam tempoh sebulan dua ini cerita penindasan Israel terhadap Palestin seperti tidak muncul lagi di suratkhabar mahupun televisyen. Wikileaks pun nampaknya tidak menyentuhnya langsung dan kita pula terpukau dengan hal-hal lain sehingga terlupa perancangan besar Yahudi untuk menakluki dunia. Alahai... dah tak terkata apa lagi dah den... :]


4 ulasan:

  1. Nampaknya begitu lah....mmg kerja yahudi zionis ni...

    BalasPadam
  2. sy pun ade terfikir jugak, kenape xde maklumat bocor pasal,pertubuhan sulit yahudi mcm freemason dan illuminati,padahal byk pihak yg dah membocorkan rahsia mereka.xkanlah xde satu maklumat pun yg bocor padahal dah mcm2 benda mereka buat utk menakluki dunia

    BalasPadam
  3. Lagakan dunia , seterusnya kuasai mereka

    BalasPadam
  4. Biasalah memang dah dia yg mencatur.Dia cuma mendedahkan apa yg dia mahu dedahkan saja.Maknanya wikileaks kemungkinan besar tak berbohong tapi cuma pendedahan dia yg berpilih atas tujuan2 yg boleh dijangka.

    BalasPadam