Setelah lebih seminggu kita beralih ke hal lain terutama yang melibatkan Perak kita kembali ke penceritaan berkenaan Brunei. Bersambung daripada artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Mengkaji salasilah di Muzium Brunei dan keindahan makam di Luba...
Selasa 3 haribulan Ogos 2010 hari bermula dengan hujan renyai-renyai...
Sebenarnya Mariam telah kami temui lebih awal apabila turut menyambut kedatangan di lapangan terbang hari Ahad. Sekarang rujuk balik artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Mengkaji salasilah di Muzium Brunei dan keindahan makam di Luba.... Sedarkan pengakhirannya agak tergantung...
Sebenarnya petang Isnin kami tidak dapat masuk ke dalam bangunan makam Sultan ke 16 Brunei iaitu Sultan Husin Kamaluddin di Luba kerana ia berkunci dan penjaganya tidak kelihatan... mungkin kerana kami sampai hampir jam 5 petang. Lalu ada orang memberitahu agar datang keesokan pagi. Itu yang kami datang lagi pagi Selasa tetapi makam masih lagi berkunci...
Kami berjalan-jalan dahulu melihat pemandangan di Luba. Keindahan sekitar sudah dipaparkan dalam artikel Tomb of the pious king at Luba dan The beauty of Luba di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 9 hari lalu...
Apabila mendapati penjaga makam masih tak muncul-muncul kami pun berpatah balik ke arah Bandar Seri Begawan...
Timbul rasa untuk melawat makam utama diraja yang menempatkan Sultan-sultan Brunei dari penghujung abad ke 18, satu lagi kawasan yang belum pernah dilawati Hajah Sopiah sekeluarga.
Di bahagian atas lereng bukit, dalam bangunan yang dipanggil Kubah Makam Diraja Brunei terdapat makam 4 orang Sultan. Lihat artikel Kubah Makam Diraja Brunei (The domed royal mausoleum of Brunei) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Di bahagian bawah iaitu di kaki bukit terdapat sejumlah lagi makam Sultan.
Namun saya lebih tertarik untuk bersama melihat batu bersurat yang dipanggil Tarsilah Brunei. Lihat Makam diraja dan Tarsilah Brunei (The royal mausoleum and the inscribed stone called Tarsilah Brunei).
Selepas makan tengahari, kami bersolat di masjid ini, satu lagi masjid utama Brunei. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Hassanil Bolkiah.
Ketika masuk ke dalam terlihat papantanda menyebut lorong ini sebagai Simpang 55.
Menariknya kereta-kereta yang ada di rumah berdekatan papantanda juga memakai plet nombor 55.
Al-Rasyid pula tidur kepenatan. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Husin Kamaluddin .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan