Ahad tengahari 24 Oktober 2010, selepas puas berehat di sebuah hotel di Teluk Intan kami pun mengorak langkah lebih ke utara...
Sampai di satu bahagian luar bandar Teluk Intan kami berhenti sebentar kerana saya mahu melihat satu tinggalan lama dari zaman pemerintahan British. Lihat artikel The old railway bridge at Teluk Intan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kemudian baru kami makan tengahari di Kampung Bahagia...
Sudah cukup dekat untuk menziarahi makam Keramat Kuala Bidor yang akhir sekali dijejaki bulan April. Lihat My latest visit to the tomb of Keramat Kuala Bidor.
Perjalanan lebih ke utara diteruskan... taklah jauh sangat, sekadar 7 km...
Adapun sebelum bergerak ke Perak saya telah meneliti gambar satelit melalui program Google Earth lalu mendapati memang ada jalan darat untuk ke tempat yang dituju...
Berpandukan pada print-out, saya dapat mencari manakah simpang mahupun liku yang perlu dilalui dengan tepat.
Namun tinggal sekitar 1.5 km sahaja ke destinasi perjalanan terhalang kerana terdapat pagar yang berkunci.
Saya teringat pesan isteri yang pernah menghubungi seorang pegawai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Perak Tengah yang terlibat sama dalam usaha membersihkan 18 buah makam diraja di daerah itu. Lihat laporan akhbar dalam Panggilan dari Pulau Indera Sakti?. Pegawai itu menyebut mereka terpaksa pergi ke Pulau Indera Sakti melalui jalan air setelah mendapati jalan darat dihalang pagar berkunci. Mereka tidak boleh masuk sembarangan kerana jalan itu terletak di atas tanah persendirian.
Saya pula menyangkakan mungkin masalah ini dapat diatasi kerana berjalan sendiri, bukan sebagai mana-mana agensi. Namun kalau dah pagar berkunci dan tiada penjaga kelihatan nak masuk bagaimana lagi? Ya, saya mampu berjalan kaki. Saya boleh melepasi pagar baik dari atas mahupun tepi. Tapi patutkah isteri dipaksa berjalan kaki jauh juga dengan anak kecil di bawah kehangatan matahari?
Saya mula berkira-kira hendak mencari lagi bot di seberang Sungai Perak seperti pernah dibuat lebih 6 bulan lalu. Lihat artikel lama Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan yang susah diziarahi di sekitar Pulau Besar . Tapi teringat komen seorang pembaca yang memakai nama Saktisatima di Panggilan dari Pulau Indera Sakti? menyuruh mencari seorang yang dipanggil Pak Abu di sekian sekian tempat.
Alhamdulillah kami dapat menemui kedai Pak Abu menurut panduan yang diberikan dalam komen. Kepadanya kami beritahu tentang hajat untuk ke makam tetapi pagar pula berkunci lalu dia dan seorang anaknya menunjukkan jalan alternatif ke sana...
Jalan alternatif itu dapat dilihat pada print-out gambar satelit. Memang saya telah menjangkakan ada laluan yang boleh digunakan jika jalan pertama (yang ada pagar berkunci tadi) tidak dapat dilepasi. Tetapi menurut print-out, sebahagian dari jalan seperti sudah hilang ditelan hutan. Sebenarnya ia cuma diliputi ladang kelapa sawit tetapi tanpa petunjuk dari Pak Abu dan anaknya, mungkin kami tidak dapat menemui laluan sepatutnya yang harus merentasi beberapa kebun milik orang selain semak-samun dan pelbagai halangan.
Bayangkan... kami sekadar menaiki kereta Kenari, bukannya kenderaan pacuan roda empat. Namun kami teruskan berkereta selagi dapat sebelum harus menaiki motosikal memanjat dan mengekor batas bersemak. Sampai satu peringkat perjalanan cuma dapat diteruskan berjalan kaki, perlu melepasi parit dan sebagainya. Lihat artikel The difficult land route to the tomb of Sultan Iskandar Zulkarnain. Itupun nasib baik kawasan telah dibersihkan JPS. Kalau tak, makam tidak boleh kelihatan. Nak sampai ke sini pun cukup memenatkan, apalagi jika perlu meredah semak-samun tanpa dapat melihat tempat yang dituju dengan tepat seperti yang berlaku lebih 6 bulan lalu.
Syukur kepada mu Ya Allah yang telah memakbulkan doa hambaMu agar jalan ke sini dapat dipermudahkan. Setelah perjalanan lebih 6 bulan lalu dengan niat untuk menziarahi setiap makam Sultan Perak yang ada di negeri ini kurang sempurna akibat terhalang di makam ini, makam Sultan Iskandar Zulkarnain, akhirnya aku sampai jua dan dapat memegang batu nesannya. Dengan ini rasmilah, saya telah sampai ke semua 28 makam Sultan yang ada. Untuk makluman 4 orang lagi Sultan dimakamkan di luar Perak, seorang pula dikatakan ghaib, tinggal makam tanda di dalam sebuah masjid di Kuala Kangsar.
Siapakah Sultan Iskandar Zulkarnain? Cukuplah maklumat yang ada di papantanda. Kalau saya sebut salah satu tujuan saya ke sini adalah untuk memastikan kaitan Bugis baginda nanti ada yang tak puas hati. Cukuplah disebut, jika benar petunjuk yang terbetik di hati sejak beberapa bulan ini maka akan lebih terserlahlah peranan sebenar Laksamana dalam perjalanan dan sirah kerajaan negeri Perak dahulukala...
Pujian harus dilemparkan pada pihak JPS kerana selain membersihkan persekitaran sehingga makam yang sudah lama 'tenggelam' dalam belukar dapat kembali dilihat dari jauh, mereka telah menambak beberapa bahagian.
Kalau tak, bukan senang hendak meredah semak belukar berserta parit besar...
Kalaulah jalan yang membawa ke pinggir Sungai Kinta (mengalir masuk ke Sungai Perak tidak jauh dari sini) telah dibuat sebegini rupa ketika saya pertama kali sampai lebih 6 bulan lalu, tentu misi untuk menjejaki semua makam sudah lama selesai...
Lihat sudut yang masih dipenuhi belukar, itupun tidak seteruk dahulu. Bayangkan... selepas menziarahi 15 makam Sultan dan sejumlah makam lama lain di merata ceruk Perak Sabtu 10 April, Ahadnya kami cuba menziarahi makam 13 lagi Sultan dan sejumlah milik orang lain. Lihat artikel Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete! yang sebenarnya tak berapa complete. Lebih teruk keadaan apabila hari itu saya dan isteri cuma makan pagi jam 8, tak makan tengahari kerana sibuk mengejar misi.
Ketika tinggal cuma 2 lagi makam Sultan, ketika sudah masuk jam 5 petang tanpa apa-apa makanan, saya (isteri dan anak tidak ikut ketika itu) perlu meredah belukar dan semak pada jarak yang kelihatan di atas tetapi lebih tebal... sedangkan makam itu sendiri pun tidak kelihatan. Jadi bila dah sampai 3 kali bertukar tempat pendaratan bot untuk meredah belukar dari 3 arah berlainan tapi tetap terhalang, berapa lama lagikah dapat bertahan? Itu yang dahulu saya terpaksa mengalah... cukuplah dapat melihat kedudukan makam yang diselaputi belukar...
Alangkah leganya kami kerana sudah berjaya sampai. Kembali ke kereta Pak Abu pun menceritakan apa yang dia tahu tentang makam dan Pulau Indera Sakti (dahulunya memang pulau sebelum bersambung daratan), maklumlah dia pernah duduk di kampung sekitar ini sebelum semuanya berpindah keluar ke jalan besar... apabila jalanraya Teluk Intan ke Kampung Gajah siap untuk menggantikan peranan Sungai Perak dan Sungai Kinta sebagai laluan tradisional yang telah digunakan sekian lama. Sungguh saya berterimakasih kepada Pak Abu dan anaknya kerana menunjukkan jalan, terimakasih juga kepada saudara Saktisatima kerana mencadangkan agar kami mencari Pak Abu seraya memberikan panduan. Terimakasih sekali lagi kepada JPS kerana usaha mereka membersihkan kawasan telah memungkinkan kami sampai. Sekarang saya harap pihak muzium dan badan warisan dapat memainkan peranan untuk mengelokkan lagi makam.
Dengan itu kami pun kembali ke Teluk Intan lalu pergi ke kawasan pemakaman keluarga belah bapa di Batak Rabit.
Dari blog Mistisfiles
BalasPadamDin,
Mitos tentang naga ini banyak berlegar dalam tradisi Asia Tenggara.Namun ia adalah istimewa kepada orang Melayu dan Khmer sebab dahulu mereka ada berhubung pada masa silam.
Saya sudah beritahu,saya tidak boleh buka banyak rahsia,terutama Kesultanan Perak sebab kesultanan ini adalah pewaris tunggal Empayar Sriwijaya dari belah Kesultanan Melaka.Kesultanan ini juga banyak menyimpan rahsia kerajaan-kerajaan lama di Perak seperti Gangga Negara,Beruas dan Manjung.
Saya tidak mahu mengulas tentang ramalan-ramalan oleh orang lain.Cukuplah apa yang saya dapati dari kajian saya.
Tanya lagi ya kalau ada kemusykilan.
~Srikandi
October 27, 2010 9:16 AM
Apa yang ada pada kesultanan Perak?
Hmm. No komen, hehe... :]
BalasPadamhmm... Iskandar Zulkarnain. Raja2 dulu memang berdaulat. sebab mereka campuran titisan dari Zulqarnain (Alexander Rom atau Cyrus Parsi?) dan Rasulullah S.A.W.
BalasPadamtapi benarkah dakwaan bahawa banyak Raja2 Melayu sekarang dah tak ada daulat sebab bukan keturunan sebenar Raja? betul ke? sebab tu la banyak orang bukan Melayu sekarang berani menghina Melayu di Tanah Melayu sendiri.
Saudara ada apa2 maklumat ke?
Salam...
BalasPadamTahniah! Selesai juga hajatnya ye... Maaf le x dapat ngikut... hehe
Untuk Anon 8:02, Raja2 Melayu sekarang bukan tidak berdaulat sebab tak berdarah raja tetapi mereka bukan dari keturunan waris paling afdal selain tidak lagi mengamalkan cara kewalian moyang mereka yang berdaulat.
BalasPadamKiranya beginilah... Qabil dan Habil dua2 anak kepada Nabi Adam yang merupakan rasul dan nabi pertama juga khalifah Allah di muka bumi. Jadi daulat ada pada Nabi Adam tetapi tidak diwarisi oleh Qabil walaupun dia anak tua. Sebab apa? sebab dia dah buat banyak kesalahan termasuk membunuh adiknya Habil.
Sepatutnya daulat (berasal dari perkataan Arab daulah yang bermaksud kuasa menaung, Englishnya sovereignity) turun pada Habil yang taat dan jujur itu tetapi disebabkan dia dah mati dibunuh, Nabi Adam dan isterinya Hawa terpaksa menunggu beberapa anak lahir sehingga timbul Nabi Syith sebagai pewaris kekhalifahan Nabi Adam yang berdaulat.
Perkara yang sama berterusan hingga zaman sekarang. Dari seorang bapa yang bertakwa tidak semua anak mewarisi sifat ketakwaan lalu layak mendapat daulat. Menaikkan raja yang kurang afdhal ibarat meletakkan Qabil yang sudah banyak membuat salah sebagai raja. Takda le daulat kecuali kejahatan. Sedangkan waris berdaulat seperti Nabi Syith ada, mungkin tersembunyi di mana2.
Untuk Merbawi jr. takpa. Kalau ramai yang datang susah juga nak bergerak kecuali semua sanggup berhempas-pulas. Lagipun masa tu Abang pun tak tahu lagi jalan masuk. Kalau dah tau lain le, baru senang sikit bawak orang. Kalau tak nanti takut orang complain asyik trial and error je... :]
a'kum ...
BalasPadamAlhamdullilah sampai juga ......nanti aku kasi tip2 utk menlengkapi tuntutan .
Mungkin saudara merah silu boleh komen sedikit kebenaran artikel pada link ini. Munkin ada kebenarannya MUAR dulu adalah "MELAKA" yang sebenarnya.Link as follow. FADLY http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/35605-the-demise-of-malacca
BalasPadamno no no....
BalasPadamMuar ada kerajaannya yg tersendiri.Tapi ada hubungan persaudaraan dgn Melaka.
harap maklum.
Wassalam semua. Untuk Saktisatima saya tidak perlu dan tidak mahu membuat apa2 tuntutan. Mungkin saudara boleh membuat saranan kepada pendokong teori empayar khayalan Siam-Islam. Mereka tetap berusaha mahu menipu orang yang jahil sejarah dengan salah tafsir terhadap kitab Undang2 Kedah yang sebenarnya ditulis tahun 1820an Masihi tapi dikatanya mereka 220an. Teori tipu mereka telah pun ditelanjangkan bulat2 oleh banyak pihak lalu mereka mula memaki-hamun dan menfitnah orang yang mendedahkan usaha jahat mereka menipu umum,kononnya atas nama perjuangan Islam padahal ia cuma perjuangan keluarga sendiri untuk menuntut takhta yang mereka tak layak langsung pegang pun.
BalasPadamUntuk Anon-anon kemudian, saya sudah baca artikel tersebut. Nampak macam pandai tapi banyak silap fakta malah sebenarnya tersirat usaha jahat untuk menjatuhkan Melayu dengan memperkecilkan keberadaan kerajaan Melayu Melaka sama seperti yang pernah dilakukan puak Siam-Islam. Saya ambil sedikit sahaja point ya. Satu... kerajaan Ottoman katanya telah mempengaruhi Aceh pada abad 12 dan 13 Masihi. Sebenarnya Ottoman cuma wujud sebagai empayar setelah Sultan Muhammad Al Fatih menakluki Constantinople (Istanbul) abad ke 15. Sebelum itu ia cuma kerajaan kecil di satu bahagian Turki, masuk abad ke 16 barulah pengaruhnya menjalar ke Asia Tenggara melalui perhubungan dengan Aceh. Dua, kewujudan makam Sultan Iskandar di Fort Canning Singapura dipersoalkan. Penulis artikel nampaknya samada tak tahu atau terlalu membaca sumber Barat. Sebenarnya terdapat 3-4 Sultan pernah beraja di Singapura sebelum Paramesmara lari lalu membuka Melaka. Ketiga, tentang tiadanya makam Sultan Melaka di Melaka lalu dijadikan alasan kerajaan Melaka tidak wujud di sana. Kan umum dah tahu segala batu nesan, batu asas masjid dengan segala bentuk batu yang berkaitan kewujudan kerajaan Melaka telah dicabut Portugis lalu dijadikan A Famosa... sebab tu hilang. Itupun sebenarnya batu nesan Sultan Mansur Syah ada ditemui di Melaka. Tapi apa jadi? Raffles ambik masuk musium kat Singapura.
Empat... mana ada kubur Hang Tuah kat Jonker Street? Yang tu ditanda sebagai kubur Hang Kasturi la.
Kelima... dia kata Melaka tu sebenarnya di Muar. Untuk makluman Muar memang pernah menjadi kerajaan sendiri dahulukala tetapi termasuk di dalam jajahan takluk Melaka kemudiannya. Peperangan berlaku dengan Siam di Muar kerana Siam masuk melalui Jalan Penarikan (Pantai Timur-Sungai Pahang-Sungai Serting-Sungai Jempol sebelum keluar di Sungai Muar) untuk menyerang Melaka. Jadi tentera Melaka engage diaorang kat sana le...
Kesimpulannya. Artikel tu nampak macam pandai bila sebut sejarah sampai ke satu dunia tapi sebenarnya banyak silap fakta. Macam gak cerita empayar Siam-Islam nampak macam bagus sehingga ramai tertipu selama beberapa tahun. La ni dah kantul sejak depa tersasul sebut perkataan Sayyam (bahasa Arab untuk puasa) adalah bukti Siam tu Islam kononnya. Tahun ni pulak kantul lagi bila tunjuk hasil kajian orang lain tentang Sultan Sharif Shah Abu Bakar. Ingatkan nak bagi orang percaya balik teori bohong mereka, tapi bila baca2 betul2 rupa2nya ia membuktikan bahawa Sultan Sharif yang sering dibanggakan mereka sebagai Khalifah besar seluruh Nusantara sebenarnya cuma Raja daerah Ligor yang menjadi talibarut kerajaan Ayuthia Buddha untuk menguasi kerajaan2 Melayu di utara Semenanjung.
Namun berhati2lah. Puak2 macam ni memang tak sedar diri nak jatuhkan Melayu. Ada yang belajar agama di Timur Tengah mengaku keturunan Khalifah lalu terus menegakkan benang basah di kala blogspot utama puak mereka dah banyak senyap kerana asyik tersasul dan terkantul. Tapi maki-hamun dan fitnahnya menunjukkan taraf pemikiran rendah orang tak berpelajaran... kalau belajar agama pun sekadar untuk dijual-beli, buat modal nak terus tuntut takhta sambil jatuhkan Melayu. Itu je...
Hehehe!!!
BalasPadamAda pulak kata Muar adalah Melaka...tolong lah ....jangan nak tipu org Muar.
Kami tau asal usul kami.Sebelum Parameawara buka Melaka,Muar dah berkerajaan sendiri.Bila Parameswara nak buka tanah di Muar semua BIAWAK protes....siap matikan diri lagi.Kalau sampai tahap macam tu kau ingat kerajaan macamana ada kat situ....pelissss lah!!!
Sultan Melaka yg mangkat di Muar dan masih ada makamnya di sana (di Pagoh)...kenapa dia BERSULUK dan UZLAH di sana,pergi tempat lain tak bley ke....cer jawab!!!
Kalau bukan keturunan org Muar jgn nak buat2 cerita pula.Kau tau pesal Muar di panggil Bandar Maharani?
Kalau tak tau jgn banyak cakap....