OK. Kita teruskan dengan cerita yang agak ringkas tapi perlu demi kesinambungan gerak rasa serta aliran ilham dan petunjuk dalam merungkai pelbagai persoalan yang melibatkan akhir zaman. Bersambung dari artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Baru betul-betul dapat melihat makam di Luba .
Dari makam di Luba kami menghala kembali ke Bandar Seri Begawan...
Saya mahu ke sini kerana ada tiga sebab... satu mahu memastikan kedudukan terminal feri...
Bila dah tahu kedudukan nak tahu pula jadual feri.
Kemudian saya mahu melihat satu tempat yang terletak di Muara.
Untuk itu saya harus melihat pekan kecil ini dari beberapa sudut...
Mengingatkan kembali gambar satelit dari Google Earth yang dikaji malam sebelumnya saya membuat kesimpulan, untuk ke tempat yang dicari kami harus mengambil jalan pantai.
Kemudian kami harus berjalan agak jauh. Lihat artikel The beach at Muara di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Perjalanan itu membawa ke satu tambak batu. Lihat Mouth of the Brunei bay/sub-bay?.
Bila sudah pasti di manakah kedudukan muara yang benar-benar menjadi pertemuan antara laut dengan air sungai, saya pun mencecahkan kaki ke dalam air. Moga-moga akan terbuka lagi banyak perkara yang tertutup selama ini... paling kurang pun saya puas hati sebab dah cecah kaki. :]

salam tuan,
BalasPadamSaya bercadang untuk ke Brunei. Nak melihat sendiri pelaksanaan konsep 'Melayu-Islam-Beraja' kat sana. =)
Tapi website plancongan brunei x clear lah. boleh tuan suggestkn tempat2 menarik untuk dilawat? dgn hotel & agen plancongan mana yg OK..
Kalau pegi dari Miri macam mana ek? ingat nak lawat Sarawak dulu sekali. alang2 nak datang Borneo ni...
Wassalam. Eloklah mahu ke Brunei. Kami pun ada pergi ke Miri sebelum masuk balik dari sana. Travel agent dan hotel saya tak boleh recommend sebab kami datang berjemput dan menjadi tetamu seorang kenalan, menginap pun di rumah kedai. Untuk tempat2 menarik ia sedang dalam proses paparan, mungkin hujung bulan November baru selesai jadi saudara bolehlah merujuk di blogspot ini.
BalasPadamSatu saja peringatan. Kos hidup di Brunei dan matawang sama dengan di Singapura, jadi bersedialah untuk itu.
Selain itu saya dapati perjalanan keliling Brunei amatlah mudah, jalanrayanya berkualiti. Tapi seeloknya pandulah kereta sendiri, pengangkutan awam kurang aktif kerana di Brunei setiap rumah mampu memiliki lebih dari 2 buah kereta.