Hmm. Tadi sekitar jam 10 pagi saya baru masuk ke blogspot lalu mendapati kaunter bawah menunjukkan nombor ini. Kebetulan memang saya mahu membuat sebuah artikel baru, kiranya artikel selingan tetapi masih berkaitan dengan Brunei. Mari..
Menariknya ia adalah pameran yang melibatkan Brunei. Sedangkan baru 2 hari lepas saya memulakan siri baru tentang perjalanan yang dibuat ke Brunei sebelum masuk bulan Ramadhan, siri yang dijanjikan mahu disajikan di sini sejak 2 bulan lalu. Lihat Lawatan tak dijangka ke Brunei - Sebab musabab perjalanan, institusi Melayu Islam Beraja.
OK. Bahagian yang kelihatan di tengah ini mempamerkan aktiviti-aktiviti perpustakaan tempatan di Malaysia.
Ini pula berkenaan seni khat tulisan Jawi.
Pada kotak-kotak ini baru saya ternampak barangan yang betul-betul terkait dengan Brunei.
Terdapat buku-buku kajian Barat juga salinan perjanjian lama yang melibatkan kerajaan itu...
Ini pula berkenaan seni khat tulisan Jawi.
Pada kotak-kotak ini baru saya ternampak barangan yang betul-betul terkait dengan Brunei.
Terdapat buku-buku kajian Barat juga salinan perjanjian lama yang melibatkan kerajaan itu...
Turut ditekankan sekali adalah kempen pembudayaan tulisan Jawi. Perkara ini jadi terkait dengan Brunei kerana di negara Melayu Islam Beraja itu tulisan Jawi didaulatkan dan diberi penekanan tinggi sehingga boleh kelihatan terpampang di mana-mana papantanda di tempat awam.
Replika Batu Bersurat Terengganu yang ada pula seperti memberi isyarat tentang kaitan tertentu. Mungkin kerana batu bersurat ini ditulis oleh seorang keturunan Saidina Hassan sedangkan lebih kurang 120 tahun selepas itu Brunei mendapat seorang raja dari keturunan yang sama? Lihat artikel lama Isyarat 3 Hassani?.
Ini pula adalah gambar sebuah batu bersurat yang dipanggil Tarsilah Brunei. Pada batu ini tercatat nama-nama Sultan Brunei sejak tahun 1360an hingga 1800an. Insyaallah apabila sampai masanya akan dipaparkan gambar batu sebenar yang diambil untuk siri perjalanan ke Brunei. Batu ini masih berdiri megah di satu kawasan pemakaman diraja di pinggir Bandar Seri Begawan.
Bahagian ini pula memaparkan kitab-kitab lama.
Ada sekali catatan salasilah diraja Brunei yang berkaitan dengan satu lagi kerajaan di Pulau Borneo iaitu Sambas.
Selepas melihat pameran baru saya berjumpa kenalan untuk membincangkan kaitan salasilah diraja Aceh dengan Bugis.
Petang itu pula baru saya tersedar Perpustakaan Negara sudah memiliki satu bangunan tambahan yang lebih canggih. Walhal saya sudah banyak kali mengambil jalan ini apabila mahu keluar dari perkarangan perpustakaan... baru semalam memandang ke atas.
Oh. Tarikh saya pergi ke perpustakaan semalam ada nombor 191 (19/10/10) sedangkan tajuk yang keluar secara spontan untuk artikel adalah "Kaitan Aceh-Brunei-Bugis". Mungkin kaitan boleh dirungkai melalui artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) yang ditulis 2 tahun lalu?
Oh. Tarikh saya pergi ke perpustakaan semalam ada nombor 191 (19/10/10) sedangkan tajuk yang keluar secara spontan untuk artikel adalah "Kaitan Aceh-Brunei-Bugis". Mungkin kaitan boleh dirungkai melalui artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) yang ditulis 2 tahun lalu?
Sultan Brunei lagi tinggi daulatnya daripada Sultan-Sultan di Semenanjung Malaysia.
BalasPadamSalam,
BalasPadamSeperti yang diketahui keturunan Sayyidina Hassan merupakan keturunan yang masyur lagi mastur (tersembunyi). Tidak seperti keturunan Sayyidina Ali yang banyak diketahui umum dengan gelaran Syed or Syarifah. Sedangkan ramai lagi keturunan Hassani yang tiada menggunakan nama gelaran. Kecuali ulama2 or wali2 yang dulu2...tapi cucu keturunan sendiri tidak menyedari sehingga mereka mendapatnya melalui macam2 pengalaman dan perjalanan.
Bolih ceritakan tak apa pengalaman tu!!!
BalasPadamAlif Lam Lam Ha - Al Laha - Alif=1 Lam Lam=3 Ha=9. Kebangkitan telah bermula dan manusia akan melihat kehebatan tuhan yg disembah Ibrahim, Ishak, Yaakub dan bani Asara Yala. http://mahadaya-asalama.blogspot.com
BalasPadamCam ada kes orang baca quran tolak hadis jer nie...
BalasPadam6 tolak 1 = 0
salam,
BalasPadamKlau ade peluang prgi la brjumpe dgn pngkaji nombor utk menghuraikn lbh mndalam tntang maksud nombor2 yg Encik jumpa..manalah tahu byk rahsia yg bleh dirungkai..