Jumaat, Disember 05, 2008

"Sirih pulang ke gagang", nombor 131 dan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874"...

Assalamualaikum semua. Kalau ikutkan pengumuman yang telah dibuat pada artikel Nombor 434 dan perjalanan terbaru ke utara..., mungkin lewat minggu hadapan baru saya akan membuat apa-apa posting baru di mana-mana blogspot saya. Tetapi disebabkan satu poster wayang yang dilihat selepas solat Jumaat (baca artikel What's on December 11th? yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH baru tadi), timbul pula rasa untuk melepaskan sedikit cerita sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Adha Isnin ini.


OK. Minggu lepas saya telah ke Perpustakaan Negara untuk membuat sedikit kajian dan bacaan. Dalam pada itu, terjumpa pula buku bertajuk "Sirih pulang ke gagang" di atas ini, serupa dengan tajuk buku ketiga dalam siri "Berpetualang ke Aceh" yang memakai sub-title "Sirih Pulang ke Gagang?". Bezanya, cuma ini... pada buku saya itu terdapat tanda pertanyaan dan entah kenapa, saya sengaja menggunakan huruf-huruf besar pada perkataan "Pulang" dan "Gagang".

Buku ini mengumpulkan sejumlah cerita serta keratan akhbar sekitar pengembalian jasad dua orang pahlawan Perak yang telah meninggal dunia di Singapura tetapi digali kembali untuk disemadikan di Perak pada 9 September 2006. Lihat sendiri penerangan saya tentang perkara ini yang telah dibuat lama dahulu di blogspot ini di bawah tajuk-tajuk ini :-

Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan...

Laksamana kembali ke Perak

Laksamana pulang ke Perak: Apakah yang tersirat?

Atau lihat sahaja side-bar kanan atas blogspot ini di bahagian bertajuk "Laksamana pulang ke Perak".

Berbalik pada buku di atas susunan Dr Talib Samat ini. Seperti sebuah novel tebal hampir 1,000 mukasurat yang ditulis beliau juga beberapa penulisannya kebelakangan itu, Talib lebih memberatkan cerita tentang Ngah Ibrahim, tentang betapa besar kekayaannya dan sebagainya sehingga saya terasa ia agak melampau-lampau melebihkannya. Seolah-olah kekayaan Ngah Ibrahim itu adalah kunci kebesaran negeri Perak... sedangkan hakikatnya disebabkan kesibukan Ngah Ibrahim mengumpul kekayaan melalui perlombongan bijih timahnyalah yang membuka peluang untuk kemasukan beramai-ramai kaum bukan Melayu ke Tanah Melayu seterusnya campur tangan aktif penjajah Inggeris, campur tangan yang membentuk keadaan semasa sehingga wujud situasi Malaysia kini di mana hak ketuanan Melayu dipersoalkan bertubi-tubi sementara anak watan rata-rata masih ibarat "melukut di tepi gantang" walau di negara sendiri!



Apapun, saya tetap membaca sedikit isi buku itu sambil meliputinya secara menyeluruh tetapi sepintas lalu. Lalu saya ternampak mukasurat 131, satu nombor yang ada makna tersendiri bagi saya dan inilah isinya... tentang bagaimana moyang saya Laksamana Muhammad Amin (moyang anak cucu Ngah Ibrahim juga kerana Ngah Ibrahim adalah menantunya) telah dimakamkan 6 meter sahaja daripada makam Sultan Abdullah.

Untuk memahami apa yang tersirat di sebalik kedudukan makam yang berdekatan ini, sila baca artikel In Perak's royal mausoleum to give justice to Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Anda juga boleh menonton video Menutup cerita di Bukit Chandan yang dibuat dalam satu sesi perjalanan yang dipanggil "Pengembaraan mengambil video ke Perak seraya menyusul peristiwa dan sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874" yang turut diletakkan di side-bar kanan blogspot ini.

Oh, sebut tentang video baru saya teringat pesan seorang kawan Khamis malam Rabu. Kawan ini sudah menonton DVD perjalanan yang dibuat lalu meminta saya membuat promosi meluas agar ia akan dapat mencapai khalayak yang lebih ramai. Yang nyata, dia dan isterinya, dua-dua penulis yang sibuk memperjuangkan kaitan Raja-raja Melayu dengan Ahlul Bait sehingga buku-buku tulisan mereka mendapat perhatian pihak-pihak istana seluruh Malaysia sukakan video yang saya buat itu. Mereka terasa rugi jika ia tidak diketengahkan lagi.

Sebenarnya sejak membuat pengumuman tentang DVD ini melalui artikel Jualan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" kini dibuka... yang dibuat 2 bulan lalu, saya tidak lagi menyentuhnya. Selain sibuk dengan pelbagai hal lain, ada pula orang berkata saya perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Dalam Negeri untuk mengedarkan DVD ini, sebab itu selepas itu saya kurang menyebut lagi tentangnya kerana saya tiada masa untuk ke KDN semata-mata kerana satu terbitan terhad DVD yang tidaklah sebanyak mana.

Tetapi Rabu malam Khamis baru saya diberitahui penerbitan sebegini tidak memerlukan kebenaran KDN kerana ia penerbitan "one-off" atau sekali buat, bukan penerbitan berkala. Keadaan ini sama seperti siri buku saya "Berpetualang ke Aceh" juga tidak memerlukan kebenaran KDN. Kalau ada keperluan pun cuba dapatkan nombor ISBN di Perpustakaan Negara.

Dengan ini saya mengumumkan, jualan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" kini dibuka kembali kepada orang ramai. Cuma tempoh dan syarat harga promosi RM9.90 telah tamat maka harga kini adalah RM15 senaskah atau RM20 campur perkhidmatan pos. Untuk mereka yang ingin membeli secara pos, boleh rujuk pada alamat dan cara-cara membeli serupa dalam Cara-cara mendapatkan siri buku BKA...tetapi dengan harga yang berbeza, dan nyatakan belian mahu dibuat untuk DVD. Hmm... elok juga saya letak balik gambar kulit-depan DVD itu ya...



Pada mereka yang tidak tahu menahu apa cerita di sebalik DVD ini, mula-mula sila baca artikel pengenalan Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! . Kemudian lihatlah klip-klip video di side-bar kanan blogspot ini. Bayangkan sebuah DVD dengan isi berkali ganda lebih elok siap dengan teks penerangan dan musik latar. Atau lihat sahaja penerangan dengan klip video khas yang ada di artikel Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap! pula ya. OK, selamat menyambut Hari Raya Aidhil Adha. Sekian! :]

p/s: Pernah tengok masjid dengan carpet "senget"? Sila baca posting terbaru saya di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , artikel bertajuk Masjid lama (The old mosque at) Sungai Ramal, Kajang ...