Sabtu, Jun 07, 2008

Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya, makam Raja Melewar... Pada waktu malam!

Ya! Rasanya tajuk ini sudah cukup menerangkannya... Kiranya sambungan daripada artikel Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi .

Setelah meninggalkan makam Sheikh Linggi di Seremban sekitar jam 6 petang, hajat di hati mahu sampai ke makam Raja Melewar di Astana, Rembau sebelum waktu Maghrib... Moga-moga masih ada cukup cahaya matahari untuk mendapat gambar-gambar yang terang dan baik. Tetapi kami terlupa akan keadaan trafik yang melambatkan perjalanan. Dan kami juga tersilap perkiraan... Walaupun bandar Rembau terletak sekitar 30km sahaja di selatan Seremban, kami perlu bergerak dalam sekitar lagi 20km untuk sampai ke Astana seterusnya makam Raja Melewar...

Internet Cafe tempat saya menulis mahu tutup. Maka lihat sahajalah video-video klip ini ya... Sila!


Makam Raja Melewar...




Sedikit kata-kata penutup. Selamat malam! :]

Funfair ke alam barzakh?

Hmm... Terasa mahu berkongsi gambar-gambar ini dengan para pembaca pula. Mari! :]

Dalam perjalanan menghampiri bandar Seremban daripada Kuala Klawang, kami ternampak batu-batu penanda ini...


Terasa mahu melihat apa yang ada di dalam. Kami pun berhenti meletakkan kereta di tepi...


Lalu melangkah ke dalam...


Melihat kata-kata ini, rasa pelik pun ada, takjub pun ada!


Apa pula ini? Hasil kerja seni jenis apakah yang sebenarnya mahu dipaparkan di tempat ini?


Sudut alam abadi?


Dari satu segi, tempat ini ada juga rupa seperti sebuah funfair...


Tapi apabila melihat pada papan-tanda ini pula, ternyata ia bukan sekadar tempat main-mainan... Kalau tidak, takkanlah ia boleh dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan ya tak?


Tengok tu... Kalau orang lemah semangat melihatnya, silap-silap boleh jatuh pengsan... Tetapi pada mereka yang sentiasa sedar akan hakikat alam ini yang sementara sifatnya, pemandangan sebegini boleh menimbulkan keinsafan!

Tu dia... Tiada misi terlalu sukar katanya... Mungkin satu hari nanti saya boleh menempah sepasang batu nesan Aceh di sini? Sedangkan setahu saya, tukang seni untuk membuat batu nesan Aceh yang agak rumit pertukangannya dengan ayat-ayat Quran dalam bentuk seni khat indah biasanya terpapar pada batunya kini tidak wujud lagi? Tapi siapa tahu ya tak... Sekian! :]

Jumaat, Jun 06, 2008

Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya...

Sementara malam Jumaat masuk 1 JamadilAkhir ini masih berjalan, biar saya mengambil berkat dengan membuat posting ini, posting ke 339 di blogspot ini! Mari... :]



Ini adalah komputer laptop TwinHead 12D yang telah saya gunakan sejak 3 tahun kebelakangan. Untuk makluman, dengan komputer kecil yang mempunyai skrin bersaiz 12.1 inci dan berat sekitar 1.83 kg inilah saya berjaya menerbitkan sendiri 3 buah buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" iaitu buku pertama saya dengan sub-title "Mencari Diri dan Erti" (juga dikenali sebagai BKA I), buku kedua "Membela Syiar yang Asal" (BKA II) dan buku ketiga "Sirih Pulang ke Gagang?) (BKA III). Dalam tempoh itu, komputer ini juga telah menemani saya mengembara ke serata ceruk rantau seluruh Semenanjung Malaysia sehingga masuk hutan dan memanjat gunung-ganang! Pendek-kata, ia memang amat rapat dengan saya...

Ah... Terasa sedikit emosional pula mahu meneruskan cerita. Hmm... Biar saya memutar masa ke belakang jauh sedikit ya untuk mendapat aliran gerak cerita seterusnya...

Adapun seperti disebut dalam posting bertajuk Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu! yang dibuat semalam, saya mula menggunakan komputer pada tahun 1982, ketika berumur 12 tahun. Saya mula menggunakan laptop pula selepas tahun 1996, ketika berkhidmat sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times.

Allah! Saya terpaksa berhenti sebentar lalu melayan permainan Minesweeper sambil mendengar dan melihat video konsert pemain gitar eletrik 3G di Tokyo (mempamirkan persembahan mantap John Petrucci diikuti Steve Vai seterusnya Joe Satriani) sebelum dapat menyambung penulisan ini... Perenggan ini dibuat setelah setengah jam melayan permainan serta video itu!

OK... Pada mulanya di NST saya setakat menggunakan laptop apabila perlu membuat kerja outstation... Perlu menempah laptop yang jumlahnya terhad di pejabat beberapa hari sebelum keluar. Kalau tidak, mungkin tak dapat kerana ada orang lain menggunakannya. Tetapi masuk sekitar tahun 2000 begitu, NST telah mendapat satu deal tertentu dengan sebuah syarikat komputer lalu setiap wartawan yang ada membuat tugasan luar diberikan sebuah komputer laptop Dell untuk kegunaan dan simpanan masing-masing... Masih lagi hak syarikat tapi boleh dipergunakan seperti hak sendiri selagi masih menjadi wartawan di NST.

Pada penghujung tahun 2001, atas hal tertentu, setelah 5 tahun menghabiskan banyak tenaga dan masa untuk syarikat sehingga perkahwinan saya menghadapi masalah berat, saya dipecat 24 jam daripada NST. Tidak lama kemudian, komputer Dell saya diambil balik sedangkan saya tahu untuk meneruskan membuat penulisan seterusnya, saya memerlukan sebuah laptop...

Tidak lama kemudian, saya menggunakan skim pengeluaran duit daripada KWSP untuk membeli sebuah komputer Compaq Presario... Dengan komputer itulah saya memulakan usaha penulisan untuk membuat buku tentang kaitan peristiwa keruntuhan menara berkembar World Trade Centre di New York pada September 11, 2001 dengan perang akhir zaman serta rancangan Yahudi Zionis untuk menakluki dunia, satu perkara yang entah kenapa mengambil sepenuh perhatian saya sejak mendapat mimpi kaitan diri saya dengan sebuah keSultanan Melayu, sekitar 2 minggu sebelum berlaku peristiwa September 11 itu!

Apapun, usaha saya untuk membuat penulisan lengkap tentang itu sering sahaja terbantut akibat pelbagai perkara... Yang dapat sekadar 3-4 bab cerita... Tidak cukup untuk dijadikan buku sedangkan bahan-bahan yang diperlukan semuanya sudah ada... Allah! Saya terpaksa berhenti sebentar kerana perasaan sedih yang tiba-tiba "bertakung" kembali dalam hati...

Jam 4.19 pagi... Baru sambung balik...

Saya cuma dapat membuat gerak cerita yang lebih teratur sebelum pertengahan tahun 2004, 2-3 bulan sekembalinya saya dengan selamat daripada pengembaraan ke Aceh Januari 2004 di mana saya telah beberapa kali ditahan pihak tentera akibat masuk ke kawasan darurat... Pada satu ketika di mana tiada orang luar dibenarkan masuk kecuali dengan keizinan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta. Malah risiko nyawa melayang sangatlah tinggi akibat pertembungan bersenjata antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).. Tetapi dengan berkat kesungguhan mahu mencari dan memahami wasilah serta salasilah keluarga, baru saya dapat mengatur isi buku yang boleh dikira lengkap berdasarkan segala yang dilalui seumur hidup. Cuma alunan gaya bercerita sahaja belum dirasakan cukup sempurna...

Hmm... Saya lupa bilakah berlakunya perkara seterusnya, samada penghujung 2004 atau awal 2005. Komputer laptop Compaq Presario saya telah mengalami kerosakan teruk lalu tidak dapat digunakan sedangkan kerja-kerja menulis perlu diteruskan.

Pada suatu pagi Nur tiba-tiba muncul di rumah ibu saudara saya... Hmm... Harap Nur kedua jika terbaca ini jangan terasa cemburu ya. Ini cuma luahan rasa dalam gerak bercerita yang jujur tanpa diatur kecuali keluar mengalir secara spontan sahaja! Sesungguhnya Abang tidak lagi melebihkan Nur pertama seperti dahulu malah sekarang Nur kedua jauh lebih rapat dengan diri ini...

Nur muncul satu pagi lalu memberikan saya sesuatu... "Surprise! Untuk awak ni!" Rupa-rupanya dia telah membelikan saya komputer laptop baru, komputer TwinHead 12D di dalam gambar atas ini... Cuma semasa itu keadaannya jauh lebih baik kerana ia komputer baru... Kelajuan processornya pada 1.73 MHz juga memberikan persembahan jauh lebih baik daripada komputer Compaq Presario yang telah rosak... Kalau tak salah ingatan, kelajuannya adalah sekitar 800 KHz gitu...

Nur tahu tentang masalah saya memerlukan komputer untuk bekerja... Saya tidak pernah meminta tetapi Nur sendiri yang sudi kerana memahami keadaan saya ketika itu, sudah lama tidak membuat apa-apa kerja yang boleh mendatangkan wang akibat kekusutan hidup yang melanda sedangkan segala duit simpanan saya sudah lama habis dan saya sebenarnya tidak lagi mempunyai apa-apa waima kenderaan sendiri untuk bergerak ke sana ke mari pun!

Apapun, dengan komputer TwinHead itulah baru saya akhirnya dapat menerbitkan buku pertama saya diikuti buku kedua seterusnya buku ketiga. Dengan komputer itu juga saya telah mengatur begitu banyak gambar serta cerita yang telah dipaparkan dalam blogspot-blogspot saya!

Kini, siang tadi (sebenarnya siang semalam le...), secara rasminya komputer TwinHead itu telah "bersara"... Mungkin akibat penggunaan saya yang lasak kerana sering membawa komputer itu mengembara ke merata tempat, ia telah beberapa kali menghadapi masalah... Sedangkan sebuah komputer model yang sama, dibeli pada masa yang sama oleh Nur untuk kegunaan sendiri tetapi kemudian diberi kepada adiknya (kerana Nur sebenarnya tidak suka bermain komputer) masih begitu elok keadaannya (katanya le) hingga kini!

Masalah-masalah ini telah menyebabkan saya membelanjakan lebih RM1000 untuk membaik-pulihnya... Antaranya, skrin LCD yang pecah tahun lepas lalu diganti baru menelan belanja RM420, kemudian komputer tidak boleh hidup selepas beg yang mengandunginya terjatuh dalam perjalanan bas buruk daripada Mersing ke Kluang penghujung 2007... Lalu ada bahagian dalaman perlu diganti sehingga menelan belanja RM500!

Seminggu lepas, komputer ini menghadapi masalah tidak mahu mengeluarkan gambar pula. Tak pasti jika ia masalah skrin, komponen dalaman atau masalah software akibat ada membuat beberapa pertukaran dan penambahan isi seminggu sebelum itu! Rasanya kalau mahu diperbaiki lagi, jumlah segala perbelanjaan harus lebih elok digunakan untuk membeli komputer baru... Lagipun bateri komputer ini juga sudah lama menghadapi masalah, ada masa boleh dicas ada masa tidak... Kalau hendak beli bateri baru pun, saya diberitahu kosnya adalah sekitar RM700! Gila ke hapa?

Saya ambil ini sebagai isyarat bahawa sudah sampai masanya saya beralih ke sebuah laptop baru pula. Apapun, komputer lama itu sempat memberikan jasanya yang terakhir...

Setelah membeli sebuah komputer baru, ternyata saya amat memerlukan beberapa file yang terkandung di dalam komputer lama untuk kesinambungan kerja... Lalu hari Rabu di Kajang saya bercadang untuk membeli sebuah external hard disk supaya file-file daripada komputer itu dapat dimasukkan ke dalam external hard disk kemudian baru dimasukkan ke dalam laptop baru saya...

Di kedai komputer pula saya pening lagi... Sebuah external hard disk memerlukan belanja RM200 sedangkan saya baru sahaja menghabiskan beribu untuk membeli laptop baru. Lalu saya tawakal sahaja... Kata saya, kalau pembantu kedai dapat mengalihkan file-file daripada komputer rosak masuk ke dalam external hard disk, maka saya akan terus membelinya... RM200 pun RM200 le... Apa boleh buat? Saya amat memerlukan file-file di dalam komputer...

Alhamdulillah, ternyata ada pembantu lain yang lebih tahu jalan yang lebih baik malah dia cukup jujur... Katanya jika saya mahu, dia boleh sahaja mencabut hard disk daripada dalam komputer lama yang telah rosak itu kemudian diberi casing tertentu lalu jadilah ia sebuah external hard disk... Belanjanya cuma RM45 untuk casing dan Alhamdulillah sekali lagi, saya dapat mengalihkan file-file yang perlu sambil mendapat sebuah external hard disk untuk back-up segala file pula! Lalu kerja-kerja pengalihan file-file yang patut pun selesai sekitar waktu Subuh semalam, hampir 24 jam tadi...

Petang tadi, secara rasminya saya telah meletakkan komputer laptop TwinHead 12D yang amat berjasa hadiah daripada Nur itu masuk ke dunia persaraan. Tidak, saya tidak membuangnya... Saya cuma menyimpannya di satu tempat sebagai kenangan betapa ia telah berjasa sehingga saya mampu menerbitkan 3 buah buku pertama saya!

Oh... Terimakasih juga kepada Nur kedua yang sudi menghadiahkan sebuah beg harversack khas untuk komputer laptop baru saya... Semoga dengan ciri-ciri khas untuk menyimpan laptop yang terdapat dalam, beg ini, komputer baru saya tidak akan menghadapi apa-apa masalah seperti yang telah berlaku pada komputer lama itu!

Sekian luahan saya untuk kali ini... Selamat malam, eh... Selamat pagi ya!(Ayat ini habis ditulis jam 4.47 pagi... Tu dia, jam 5.08 baru selesai semak dan edit cerita!) :-]



Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi

Assalamualaikum... Kita sambung lagi proses penceritaan pengembaraan ke Negeri Sembilan melalui klip-klip video. Bersambung daripada posting Kembara ke Negeri Sembilan... Meriam Datuk Undang Abdullah! , kita ke Seremban pula untuk menziarahi makam seorang ulamak besar bertaraf wali iaitu Sheikh Muhammad Said Linggi di kawasan empangan.

Rasanya nama Sheikh Said Linggi ini sudah cukup terkenal di kalangan mereka yang mengikuti sedikit-sebanyak kisah-kisah ulamak besar di Tanah Melayu terutama mereka yang ada membaca tentang Tariqat Ahmadiyah. Untuk pengetahuan, Sheikh Muhammad Said Linggi adalah orang terawal membawa tariqat ini ke Negeri Sembilan sedangkan kaum-keluarganya terus dihormati lalu diberi jawatan-jawatan tinggi seperti mufti besar untuk menunjuk jalan yang benar kepada ummah di negeri ini.

Kebetulan posting tentang ulamak yang turut dinyatakan sebagai satu daripada 7 wali utama Melayu ini dibuat pada malam Jumaat, masuk pula 1 haribulan Jamadil Akhir tahun 1429 Hijiriah. Semoga dengan barakah dan karamah almarhum, kita-kita di sini dapat menerima kebahagian hidup dunia dan akhirat ya! Dan semoga pula mereka-mereka yang sakit jiwa dan raga sehingga tidak mampu lagi menahan sakit yang amat lalu terpaksa melepaskan bebanan dalaman dengan meraung-raung membuat kacau di tempat orang dapat disembuhkan. Insyaallah! :]






Melihat sekitar kawasan perkuburan besar di Ampangan, Seremban yang dikenali sebagai kawasan tanah perkuburan Sheikh Muhammad Said Linggi...






Makam Said Linggi dan ulasan yang terkeluar di sana... Hmm... Saya rasa elok juga di copy and paste satu cerita mengenai almarhum yang saya temui di Internet tadi, rasanya pernah dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan. Ini dia... Sekian! :]


Syekh Muhammad Said Linggi Al Jawi

Oleh : Ismail Che Daud

Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab "telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik, tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik 'Id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah ".

Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan(1) daripada Raja Kelantan (2), bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus "kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din (3) Patani, seorang tokoh ulama besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah". Haji Encik 'Id - tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini.

Latar Diri Keluarganya

Nama penuh Haji Encik 'Id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin 'Amaluddin bin Awaluddin� Dato' Awal bin Faqih @ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kota ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang bernama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai peneroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan.

Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a.w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 - 1888) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kota Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikurniakan pelbagai kararnah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang - walau sesen pun!

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira’at al-Quran - baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai.

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itu adalah seorang guru pondok yang terulung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam, Syaikh Abdul Rashid al-Fatani (4) pun seorang tokoh ulama' yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri. Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim ulama' yang terkemuka dan yang alim turun-temurun.

KelahirannyaMuhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Syaban tahun 1292" (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875. Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi.

Zaman remajanya:

Pada tahun 1882, ketika berusia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun.

Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seoraag yang fasih dalam bidang qira'at al-quran. Ibu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya.

Guru-guru Awalnya:

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang guru awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan Minal), Haji Awang (Tuan Semela atau Dato' Semela), Dato' Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya, Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.

Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernah tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. bahkan, ada "ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab" (6). Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan.

Ke Makkah

Pada tahun 1982, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :

�1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

�2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.

�3. Sayyid Abi Bakr Syata.

�4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.

�5. Syaikh Umar al-Shami.

�6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi'i)

�7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.

�8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.

�9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajunid.

10. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad al-Yamani.

11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.

12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.

13. Syaikh Wan Muhammad Ali Kutan.

14. Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Patani.


Ke Madinah :

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja'far al-Barzanji, Mufti Shafi'i.

Ke Mesir :

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir rmelanjutkan kefahaman tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmu-ilmu syara', naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami' al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa"i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama' Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896).

Pulang Ke Makkah :

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmu tariqat dengan Syaikh Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi (7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Februari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah {bersamaan pertengahan April 1901).

Alhasilnya, guru Muhammad Said berjumlah 50 orang lebih. Beliau diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Quran dan sebagainya.

Sahabat-sahabatnya

Antara sahabat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pak Wan Sulairnan Kedah, Haji Abdullah Pak Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad al--Azhari Makkah dan ramai lagi.

Pulang Ke Tanahair :

Sekitar tahun 1320 H/1902 M, beliau pulang ke Negeri Sembilan lalu menetap di Ampangan, Seremban. Mengajar ilmu-ilmu ugama, juga zikir tariqat Ahmadiyah kerana tokoh sufi ini telah dilantik menjadi khalifah dan wakil peribadi Syaikh Muhammad al-Dandarawi di Kepulauan Melayu.

Disamping itu, beliau dengan begitu beraninya cuba mengikiskan perbuatan bid'ah, pegangan khurafat dan amalan adat yang bertentangan dengan syariat yang banyak bersarang dalam masyarakat. Pada peringkat awalnya tindakan Haji Mnhammad Said itu ditentang hebat oleh orang-orang Islam sendiri. Namun berkat kesabarannya pemimpin tariqat ini akhirnya dapat mengumpul ramai pengikut setia. Selain bergiat di Negeri Sembilan beliau juga banyak merantau sambil menyebarkan ilmn-ilmu keislaman, khususnya ilmu sufi dan kerohanian. Antaranya ke negeri Kedah, Pahang, Johor, Singapura, Indo China (Saigon), Siam (Ayuthia) dan Kelantan.

Di Kelantan:

Ketika Haji Encik 'Id (panggilan lazim anak muridnya di Kelantan) tiba di Kota Bharu pada tahun 1905, beliau dapati Sidi Muhammad al-Azhari, rakan seperguruannya telah pun mengembangkan ajaran tariqat di sekitar Kota Bharu, termasuk di Pulau Kerbau, Kampung Laut dan di Langgar.Walaupun seguru, pemahaman dan pendekatan mereka berdua banyak berbeza. Haji Encik 'Id menurunkan ilmunya kepada semua lapisan murid, tanpa mengira peringkat umur, baik golongan atasan mahapun bawahan, lelaki dan perempuan, orang kebanyakkan atau terpelajar. Seiring dengan itu beliau juga ada mengedarkan karya terjemahannya. Risalat al-Fawa’id sebagai teks panduan. Perselisihan mereka jelas ketara bilamana banyak kalimat dan pengertian ayat di dalam Risalat al-Faw’id telah dipinda / dipadam terus kemudiannya oleh Sidi Muhammad al-Azhari.

Berlainan dengan cara penyampaian Sidi Muhammad al-Azhari, kaedah pengajaran Haji Encik 'Id terlalu cepat menimbulkan rasa majdhub (semacam mabuk) di kalangan pengikut-pengikutnya. Sebab itu ia ditentang keras oleh sebahagian besar ulama' Kelantan pada zaman itu, kecuali Tok Wali Haji Ismail Lundang Paku, anak-anak Tuan Tabal dan segelintir ulama' yang lain. Kemuncaknya dibawa ke pengetahuan Sultan yang kemudiannya mengemukakan masalah ini kepada Syaikh Wan Ahmad al-Fatani sebagaimana yang telah disebut pada awal tulisan ini. Dan seperti yang diharap-harapkan oleh Raja Kelantan, Syaikh Wan Ahmad memberi jawapan yang panjang lebar (8) - bertarikh 5 safar 1324 (bersamaan 30 Mac 1906).

Selama berada di Kota Bharu, beliau tinggal di rumah Haji Awang Alim, (9) bapa mertuanya. Haji Encik 'Id telah berkahwin dengan Hajjah Wan Safiah binti Haji Awang semasa masih berada di Tanah Suci lagi. Ketika itu Hajjah Safiah sudah pun janda, berikutan kematian suami pertamanya di Makkah, iaitu Haji Yusuf bin Haji Puteh(10)

Anak-anaknya:

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikurniakan 32 orang anak. Salah seoraug isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.

Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :

1. Haji Abdullah (1905 - 1956), Kampung Gedung Latang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mengambil alih tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya.

2. Haji Ahmad (6 April 1910 - 7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak - 8 orang telah lulus universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan, termasuk Kanz al-Mu’id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama penulisan makalah ini.

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura.

4. Haji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal 1981).

5. Haji Muhammad Nor (meninggal 1981)

6. Haji Muhammad Hamid.

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) - bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Abli Parlimen Setapak, Wilayah Persekutuan.

8. Haji Mahadi (1914 - 20 Februari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya Lulusan Madrasah al-Fatah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebetulan, iaitu sebagai pelakon tambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang pertama menjadi pengarah filem - Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Berkebolehan mengubat orang sakit, tetapi tidak mahu dipanggil 'bomoh".

Peribadinya:

Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama' yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup. Bersifat zahid, qana’ah, pemaaf, sabar, taqwa, tawadhu', pemalu, pemurah, wara'; kuat beramat dan berkhalwat Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul.

Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Mekkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara’, salih serta keramatnya.

Sebagai seorang ulama' yang amat dihormati dan dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato' Kelana Ma'mur (1889 - 1945).

Karya Tulisnya:

Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakkannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut :

1. Syarh Kunuz al-Jawahiral al-Nurniyyat fi Qawa’id al-Tariqat al-Shadhilliyah. Disebut juga Risalat al-Fawa’id atau Rasa’il Jawiyyah Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Membicarakan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-cerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepi al-Ahzab� al-Irfaniyyah.

2. Al-Ahzab al-'Irfaniyyat wa al-Awrad al-Nuraniyyah. Siap tulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (18 Jun 1905). Berukuran 18 x 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb.

3. Kashf al-Ghiba an Haqiqat al-Riba.

4. Sullam al-Ta'rif ila ’Iim al-Tasrif (ilmu sarf).

5. Risalah Path (juga mengenai ilmu sarf).

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.

8. Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang yang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka.

Meninggal Dunia:

Ajalnya tiba pada malam, 12 Rabiulawal 1345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan, iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.

Beliau meninggalkan seorang ibu, (11) seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh semenanjung. Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleh Kementerian Pendidikan dilambangkan sempena namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

Satu peringatan untuk semua. Supaya kita jangan turut diserang sakit mental!

Nota: Isi posting ini akan turut diletakkan di atas c-box supaya ia boleh terus dibaca...


Hospital Bahagia, sebuah tempat rawatan terkemuka untuk para pesakit mental di Malaysia. Mungkin di sini terletaknya kebahagian kepada jiwa-jiwa kacau yang suka mengadu-domba?

Pengumuman...
Sejak awal tahun ini, terdapat pihak-pihak tertentu cuba membuat kacau dengan kata-kata kurang sopan dan komen-komen yang tidak membina di blogspot ini. Pihak yang dimaksudkan mungkin ramai... Tetapi apabila dikaji balik setiap kata-katanya dari semasa ke semasa, kemungkinan besar ia cuma seorang atau paling kuat pun 2-3 orang sahaja walaupun ia memilih untuk memakai berbagai-bagai nama atau tidak mahu menyatakan nama langsung kerana takut identiti sebenarnya dikesan...
Yang pasti cara ia meluahkan rasa adalah serupa... Penuh dengan kekacauan yang menggambarkan kekecewaan dalam hidup lalu ia cuba mencari perhatian di sini pula... Apabila tidak dilayan, mulalah ia berkata-kata kasar kemudian menyamar-nyamar jadi ramai orang dengan harapan tindakannya yang tidak siuman itu kelihatan mendapat sokongan. Atau sekurang-kurangnya dapatlah ia memuaskan hatinya dengan membuat orang ramai marah atau dapat ia memfitnah para pengunjung tetap blogspot ini supaya mereka kelihatan buruk di mata para pengunjung baru yang tidak tahu hujung pangkal apa yang sebenarnya telah berlaku di sini.
Jika di laman-lama forum atau website lain, orang seperti ini sudah lama diharamkan terus daripada masuk ke laman-laman itu, tetapi di sini kami mengamalkan konsep menerima semua pengunjung seadanya lalu kami biarkan juga ia terus berkata-kata... Kerana kami sedar, kata-kata yang diluahkan ini ialah kata-kata seorang pesakit mental... Tidak mungkin orang yang waras boleh berkata-kata sepertinya ini... Mustahil!
Dalam dunia sebenar, orang ini nampaknya tidak memiliki kawan yang setia... Melihat kepada cara ia berkata-kata, kemungkinan besar juga ia (tak kiralah seorang atau 2-3) adalah manusia yang mempunyai fizikal hodoh dan kurang menarik tetapi menyimpan angan-angan mahu hidup bahagia dengan pasangan yang lebih cantik, ada rupa dan kalau boleh kaya-raya.
Lalu akibat tidak tahu mengukur baju di badan sendiri, sampai sekarang ia tidak dapat memiliki pasangan hidup yang diidam-idamkan kecuali menyedapkan hati sendiri kononnya ia adalah insan yang sangat istimewa... Sebab itu ia masih belum memiliki pasangan yang tetap kerana belum terjumpa orang yang betul-betul "layak" untuk bersamanya.
Maka jadilah ia keseorangan sentiasa... Tetapi akibat tidak mahu insaf dengan menerima kenyataan dan memperbaiki keadaan, ia tetap mahu hidup dalam dunia angan-angan lalu memilih untuk menyatakan kehadirannya di dunia Cyber di mana lebih senang menyembunyikan kelemahan diri dengan kata-kata puji terhadap diri sendiri sambil membuat kacau agar orang ramai terpaksa memberikan perhatian...
Akibat sering membuat kacau, kehadiran hamba Allah yang sakit mental ini turut ditolak di laman-laman lain. Tetapi di sini, dalam keterbukaan kami atas nama mengeratkan silaturrahim sesama insan, dapat juga ia meluahkan perasaan walaupun dengan kata-kata kesat. Mungkin sakit mentalnya sudah terlalu sarat lalu ia perlu dilepaskan di sini? Kalau tidak, langsung tidak ada orang mahu melayannya baik di dunia luar sana mahupun di dalam dunia Internet ini sendiri!
Bagi pihak saya, tak mengapalah kalau begitu. Apa boleh buat? Orang sakit mental, begitulah perangainya. Saya cuma berharap supaya para pengunjung baru sedar akan keadaan ini... Maka saksikanlah bagaimana orang sakit mental berinteraksi cuba mengadu-domba memecah-belahkan tali persaudaraan di sini tetapi kami tetap juga memberikan ia peluang agar mendapat kedamaian yang dicari.
Kepada para pengunjung tetap, teruskan berinteraksi. Walaupun pesakit mental ini boleh menyamar menggunakan nama anda untuk cuba memburukkan keadaan dan memaksa anda agar berinteraksi dengannya, rasanya mereka yang mendapat petunjuk Ilahi tahu mengenal diri anda yang sebenar. Biar pesakit mental ini terus meraung-raung di sini... Kerana ia tidak ada pilihan. Selagi belum diubati, selagi itulah perangainya menjadi-jadi... Nampak ganas, kesat dan lucah sedangkan ia sebenarnya sedang tersiksa mahu menagih simpati!
Biar kita-kita yang lebih sihat ini terus berinteraksi dengan sopan-santun maka di situ orang luar dapat melihat dan mengenal sendiri yang mana kata-kata daripada pesakit mental yang menyamar, yang mana pula kata-kata daripada diri anda yang sebenar. Sesungguhnya pesakit mental ini sudah terlalu parah sehingga menyangkakan ia boleh terus mengaburi mata orang ramai dengan menyamar-nyamar sedangkan satu dunia kini boleh melihat cara ia berkata-kata itu sendiri dapat mendedahkan identitinya yang sebenar, tak kiralah berapa lama ia terus meraung dan betapa banyak nama samaran digunakan di sini.
Hmm... Cukuplah. Dengan ini saya menyeru setiap pengunjung blogspot ini supaya berdoa agar pesakit mental ini cepat sembuh. Saya takut kalau tidak sembuh dan terus membuat perangai buruk ini, kemungkinan besar kekacauan yang dibuatnya akan tamat dengan bala yang akan menimpanya tidak lama lagi... Sekian!

Rabu, Jun 04, 2008

Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu!

Komputer ZX 81 yang lebarnya sekitar 6 inci sahaja! Lihat sendiri saiz kecilnya berbanding dengan sebiji botol minyak rambut Zam Zam...

Adapun saya masuk ke sebuah Internet Cafe di Kajang jam 8 malam tadi dengan niat untuk membuat 2 buah posting... Satu tentang kenangan yang muncul apabila terjumpa kembali komputer buruk yang ditunjukkan di atas ini, kedua cerita sambungan kembara ke Negeri Sembilan... Dengan 2 video klip sekitar lawatan ke makam Sheikh Muhammad Said Linggi, pembawa Tariqat Ahmadiyah ke negeri itu awal abad ke 20 juga seorang ulamak yang dikatakan bertaraf wali besar, satu antara 7 wali Melayu dalam abad terdekat ini! Tapi disebabkan gangguan yang saya lihat muncul di c-box sehingga tergerak untuk membuat posting bertajuk Laknat Allah untuk orang-orang yang suka membuat kacau! tadi, biar posting sambungan kembara ke Negeri Sembilan itu dibuat lain kali ya...

OK. Malam semalam, dalam usaha untuk cuba mengalihkan file-file penting daripada komputer laptop saya yang rosak lagi sejak seminggu ini, saya telah menggeledah rumah di Kajang untuk mencari wayar yang boleh digunakan untuk menghidupkan sebuah monitor lama milik almarhum adik lelaki bongsu saya... Ketika menggeladah isi bawah sebuah katil pula, saya terjumpa sebuah komputer lama yang pernah saya gunakan tahun 1982 dahulu, ketika saya berumur 12 tahun dan sedang menuntut di Darjah Enam, Sekolah Ismail 2, Muar, Johor...

Untuk makluman, inilah komputer yang pertama sekali saya gunakan seumur hidup... Dan inilah dia komputer lama yang ada diceritakan dalam buku pertama saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2007...

Di sini biar saya paparkan sedikit sedutan daripada buku itu... Ini daripada BAB 1 yang mengenalkan sifat-sifat serta peribadi watak utama yang diberi nama Muhammad Al-Aminul Rasyid...

Tahun 1983, semasa menuntut di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang, anak kelahiran Muar, Johor ini adalah satu-satunya pelajar muda yang diberi keistimewaan menjadi ahli kelab komputer sekolah, sebuah kelab ekslusif yang cuma dianggotai pelajar Tingkatan Empat ke atas yang dikira pintar... Kerana dia sudah mampu mencipta perisian komputer sendiri, di suatu zaman di mana komputer masih begitu asing di pejabat-pejabat di Malaysia, apalagi di sekolah dan rumah.

Rasyid belajar membuat perisian sejak berumur 12 tahun lagi, melalui pembacaan dan kaedah trial and error menggunakan komputer Sinclair ZX81 yang dibawa dari England oleh seorang bapa saudara, komputer ringkas dengan RAM 1K (add-on 16K, kelajuan microchip Zilog Z80 3.5 MHz) menggunakan televisyen biasa sebagai monitor. Di sekolah itu pula, dia mula membiasakan diri dengan model komputer lebih canggih buatan Taiwan (tidak ingat brand apa) berasaskan ciri-ciri komputer Apple II.

Oleh kerana guru yang menyelenggara kelab (seorang guru sains dan matematik) kurang mahir dalam penggunaan komputer dan masih merangkak belajar lagi, beberapa perisian biasa kegunaan pejabat seperti word processor dan spreadsheet bersama beberapa buah naskah buku komputer telah ditinggalkan di atas meja untuk kegunaan ramai dengan harapan ahli kelab dapat meningkatkan kemahiran sendiri. Perisian games untuk riadah yang lebih disukai kebanyakan pelajar pula disimpan di dalam almari berkunci, dikeluarkan sekali-sekala atas kebenarannya.

Seperti biasa, selepas selesai aktiviti wajib sukan yang menjadi kelaziman sekolah berasrama penuh, Rasyid akan ke bilik komputer waktu petang untuk meningkatkan kemahiran mencipta program menggunakan bahasa perisian BASIC dan sedikit machine language. Setelah sebulan menjadi satu-satunya ahli kelab komputer berumur bawah 16 tahun, kehadirannya mula diterima ahli-ahli senior yang ternyata lebih senang bermain games daripada menambah ilmu pengetahuan. Cuma dua tiga orang sahaja daripada lebih 20 ahli kelab mampu membuat program. Yang lain setakat tahu menggunakan perisian biasa... Lalu mereka tidak segan-silu mendedahkan ‘aktiviti’ biasa mencuri-pakai perisian games malah mengalakkan anak muda itu turut sama, diajar pula cara mengeluarkan floppy disk, cakera liut games yang tersimpan di dalam almari berkunci.

Pada awalnya, anak muda itu cuma memerhatikan sahaja kerana lebih asyik dengan dunia pemikirannya mendalami cara-cara mencipta program komputer. Tambahan tidak ada orang lain yang dapat memberikannya tunjuk-ajar kerana tidak ada pelajar mahupun guru yang lebih mahir. Tetapi sebagai seorang anak lelaki yang baru melepasi umur 12 tahun, sedikit sebanyak dia tertarik juga untuk mencuba terutama sebuah game (tidak ingat namanya) yang berkonsepkan sukan olimpik, memaparkan teknik-teknik penggunaan graphics yang agak canggih pada zaman itu.

Ketika itu, dia sudah mampu mencipta program games atau permainan ringkas seperti Hangman yang banyak melibatkan penggunaan perbendaharaan kata atau Mastermind (memerlukan kemahiran logik dalam meneka susunan warna yang disembunyikan) versi komputer from scratch, daripada tiada kepada ada, Insya’allah dengan sekali duduk tanpa memerlukan apa-apa rujukan. Tetapi anak muda ini masih kurang mahir dalam teknik penggunaan graphics untuk animasi yang lebih berkesan.

Ini pula daripada bab bertajuk "Warkah untuk Nenek", satu pengaduan rasa watak utama cerita terhadap almarhum Nenda nya yang telah meninggal dunia...

Nenek, orang selalu ingat saya sangat beruntung kerana diberi kepintaran semulajadi yang tidak dimiliki orang lain... Umur enam tahun lagi sudah mampu membaca enam jilid ensaiklopaedia sekali gus, tahu buat cross-referencing. Darjah enam pula, tahun 1982 semasa permainan Rubik Cube amat popular, saya mampu menyiapkan ke enam-enam muka kiub dalam masa 45 saat. Boleh buat satu muka, satu warna dengan mata tertutup dalam masa enam saat sahaja.

Masa itu juga, semasa penggunaan komputer masih terlalu asing di pejabat-pejabat di Malaysia, apalagi di sekolah dan rumah, saya sudah boleh mencipta perisian komputer sendiri dalam bahasa BASIC, sedikit Assembly Language juga Machine Code untuk processor Zilog Z80 komputer Sinclair ZX81. Semuanya saya belajar sendiri , dengan membaca buku dan majalah. Kemudian baru beralih ke komputer lebih canggih seperti Sinclair Spectrum yang menggunakan chip Zilog yang lebih advanced, juga Apple II (Motorola 6502) dan IBM PC (Intel 8086).

Awal 80an dahulu komputer bukannya macam sekarang, canggih dan boleh digunakan semua orang. Processor speed cuma 3.5 Mhz, onboard memory kecil - ZX81 (1K + 16K add-on ), Spectrum (32K atau 64K standard ), Apple II dan IBM PC 64K sedangkan sekarang senang-senang boleh main kelajuan 800 Mhz ke atas, siap ada ALU (Arithmetic Logic Unit) dan entah apa-apa lagi...

Dahulu, sesiapa pun yang ingin mencipta perisian komputer yang berguna mesti merancang betul-betul segala isi program dan kedudukan kod-kodnya. Kalau boleh, segala loops dan procedures mesti diletak di awal program, tidak ada ruang untuk meletakkan komen, mesti buat tight coding, program mesti ketat dan padat. Tidak boleh buat spaghetti programming atau main hentam keromo sebab kesan terhadap programme performance sangatlah ketara. Lalu tidak keterlaluan jika dikatakan saya adalah salah seorang daripada beberapa kerat manusia di Malaysia zaman itu yang mampu mencipta perisian komputer sendiri dengan teknik hampir setanding seorang profesional, apalagi ketika baru berumur 12 tahun!

Tetapi ayah seperti tidak kisah semua ini... Dia cuma mahukan saya berjaya dalam peperiksaan sedangkan ramai ibubapa sanggup berbuat apa sahaja supaya anaknya dapat menjadi lebih pintar dari yang lain. Sanggup hantar menghadiri bermacam-macam kursus, dijaga pemakanan mereka dan disuruh belajar teknik kemahiran berfikir seperti lateral thinking dan sebagainya supaya boleh ‘jadi’ genius. Sehinggakan nak ambil IQ test pun ada kursus juga! Supaya boleh dapat pengiktirafan umum sebagai anak pintar yang disanjung ramai. Sedangkan saya sudah diberikan semua ini secara semulajadi sejak kecil lagi tetapi selalu terasa kebolehan ini tidak dihargai. Rasa sia-sia belaka...

Ayah sanggup menyorokkan komputer yang menolong minda anaknya berkembang dan terangsang. Satu-satunya wadah yang dapat melegakan tekanan jiwa dan perasaan yang wujud akibat dilahirkan begini, dijadikan dengan pemikiran yang agak lain dari orang lain sehingga saya sering merasa kesepian, tidak dapat berkongsi jiwa dan rasa dengan manusia lain. Kata ayah, supaya saya tidak leka sehingga mengabaikan pelajaran sekolah. Saya bukannya main games sahaja nenek, saya juga mencipta program dan perisian sendiri walaupun tidak secanggih yang berada di pasaran. Mungkin ayah tidak sedar ini. Sampai satu peringkat saya patah hati, terus tidak mahu malah tidak boleh mencipta program komputer lagi. Ada mental block sekatan fikiran sehingga kepala selalu sakit, migraine. Malah saya selalu menangis dalam hati kerana perasaan yang terbuku. Dan kesannya banyak terhadap perkembangan hidup ini seterusnya...

Hmm... Kebetulan komputer ZX81 itu saya jumpa di bawah katil bapa saya. Rasanya cukuplah ini semua untuk menyatakan rasa nostalgia yang muncul apabila melihat kembali komputer ini ya. Sekian... Selamat malam! :]

Laknat Allah untuk orang-orang yang suka membuat kacau!

Apakah kamu mahu diri kamu dijilat api? Sesungguhnya belum terlambat untuk kembali ke jalan yang benar... Kecuali kamu memang suka ditimpa musibah besar nanti!


Assalamualaikum. Tadi saya masuk ke sini lalu melihat kata-kata dan nada interaksi buruk yang sejak kebelakangan ini sering mengganggu keharmonian di sini.

Adapun saya sudah lebih seminggu diberitahu tentang gangguan ini terutama dalam bentuk kata-kata lucah... Lagilah melampau! Tetapi saya sengaja tidak mengendahkannya kerana satu, ingin memberi peluang dan masa kepada pihak-pihak yang membuat kacau supaya dengan sendiri menyedari kesalahan diri sendiri lalu dapat kembali ke pangkal jalan. Kedua dengan harapan para pengunjung tetap c-box ini sendiri dapat menolong mengembalikan keharmonian di sini.

Tetapi apabila melihat sendiri kata-kata yang masih terlekat di c-box ini ketika saya masuk sekitar jam 8 malam tadi timbul satu gerak untuk berkata-kata... Gerak yang kata-katanya saya zahirkan tadi, seperti biasa secara spontan dalam c-box ini.

Di sini biar saya copy and paste balik kata-kata itu... Harap keharmonian dapat dikembalikan di sini sebelum segala-galanya terlambat ya... Ini dia...

--------------------------

4 Jun 08, 20:08
MerahSilu: Hmm... Macam2 perangai dah orang buat dalam cbox. Takpa. Saya tak masuk campur. Cuma ini sahaja. Dengan nama Allah dan Rasul serta wasilah yang ada, dengan sifat Jalal Allah yang boleh memberikan

4 Jun 08, 20:09
MerahSilu: Dengan sifat Jalal Allah yang boleh menghukum dengan keras juga sifat Jamal yang lagi santun dan pemaaf. Atas nama Allah aku mohon... Ya Allah, kembalikanlah keharmonian dan kejujuran berinteraksi dan

4 Jun 08, 20:10
MerahSilu: dan menyambung silaturahim dalam berkata-kata di c-box ini. Atas nama pemaaf engkau ya Allah, aku mohon Engkau beri kesedaran ke atas pihak-pihak yang membuat kacau lalu hati mereka jadi lemah-lembut

4 Jun 08, 20:11
MerahSilu: lemah-lembut dan bersopan-santun dalam berkata-kata ya Allah. Tetapi kalau sudah ditakdirkan bahawa pihak yang membuat kacau masih terus mahu mengadu-domba dengan menyamar-nyamar lalu menyakitkan hati

4 Jun 08, 20:12
MerahSilu: hati orang lain, apa lagi dengan kata-kata kesat malah kata-kata lucah yang menunjukkan betapa rendahnya peribadi pihak yang suka membuat kacau itu ya Allah. Maka aku memohon pula, demi untuk menghila

4 Jun 08, 20:14
MerahSilu: menghilangkan kekacauan ini dan mengembalikan keharmonian di sini, Engkau HAPUSKAN lah gangguan ini ya Allah, ya Qahar, ya Jabar, ya Zaljaliwalikram...

4 Jun 08, 20:15
MerahSilu: Dengan ini saya berlepas tangan daripada segala kekacauan di sini. Jika ada berlaku kemalangan ngeri dalam masa terdekat pada mana-mana pihak yang membuat kacau, itu cuma takdir Allah yang dinyatakan

4 Jun 08, 20:15
MerahSilu: dinyatakan dalam kekuasaanNya. Bukan salah saya ya sebab saya tidak ada kuasa apa-apa. Sekian....

Kembara ke Negeri Sembilan... Meriam Datuk Undang Abdullah!

Selepas melihat video klip kedua yang dipaparkan dalam posting bertajuk Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya Makam Moyang Salleh, posting ke 333! iaitu posting terakhir sebelum ini, ada yang tertanya-tanya ke manakah tangga dalam babak terakhir video itu membawa... Apa lagi, tanpa banyak cerita, jawabannya ada di bawah ini... Kiranya ini adalah posting yang "memecahkan" nombor 333 itu!


Meriam Undang Abdullah yang terletak di puncak sebuah bukit kecil bersebelahan makam Moyang Salleh... Kebetulan ini adalah pecahan klip video terakhir daripada video klip asal perjalanan sekitar Masjid Kampung Dulang dan makam Moyang Salleh sepanjang 15 minit yang cuba dipaparkan dalam posting Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh! (Contoh artikel yang terbengkalai setelah lebih 5 jam mencuba) 5 hari lalu tetapi gagal lalu terpaksa dipecahkan jadi 7 bahagian...


Rancangan perjalanan seterusnya iaitu setelah selesai menziarahi tempat-tempat yang patut di sekitar Kuala Klawang, dalam daerah Jelebu di Negeri Sembilan. Ketika itu sudah melepasi jam 5 petang sedangkan destinasi seterusnya memakan masa sekitar sejam juga untuk sampai... Dan kami pula sebenarnya sedang kelaparan... Rasanya harus singgah juga di mana-mana untuk mengisi perut sebelum dapat betul-betul menyambung pengembaraan... Apakah sempat kami sampai ke destinasi-destinasi seterusnya selagi matahari masih ada? Tunggu posting seterusnya akan datang... Selamat malam! :]