Hospital Bahagia, sebuah tempat rawatan terkemuka untuk para pesakit mental di Malaysia. Mungkin di sini terletaknya kebahagian kepada jiwa-jiwa kacau yang suka mengadu-domba?
Pengumuman... Sejak awal tahun ini, terdapat pihak-pihak tertentu cuba membuat kacau dengan kata-kata kurang sopan dan komen-komen yang tidak membina di blogspot ini. Pihak yang dimaksudkan mungkin ramai... Tetapi apabila dikaji balik setiap kata-katanya dari semasa ke semasa, kemungkinan besar ia cuma seorang atau paling kuat pun 2-3 orang sahaja walaupun ia memilih untuk memakai berbagai-bagai nama atau tidak mahu menyatakan nama langsung kerana takut identiti sebenarnya dikesan...
Yang pasti cara ia meluahkan rasa adalah serupa... Penuh dengan kekacauan yang menggambarkan kekecewaan dalam hidup lalu ia cuba mencari perhatian di sini pula... Apabila tidak dilayan, mulalah ia berkata-kata kasar kemudian menyamar-nyamar jadi ramai orang dengan harapan tindakannya yang tidak siuman itu kelihatan mendapat sokongan. Atau sekurang-kurangnya dapatlah ia memuaskan hatinya dengan membuat orang ramai marah atau dapat ia memfitnah para pengunjung tetap blogspot ini supaya mereka kelihatan buruk di mata para pengunjung baru yang tidak tahu hujung pangkal apa yang sebenarnya telah berlaku di sini.
Jika di laman-lama forum atau website lain, orang seperti ini sudah lama diharamkan terus daripada masuk ke laman-laman itu, tetapi di sini kami mengamalkan konsep menerima semua pengunjung seadanya lalu kami biarkan juga ia terus berkata-kata... Kerana kami sedar, kata-kata yang diluahkan ini ialah kata-kata seorang pesakit mental... Tidak mungkin orang yang waras boleh berkata-kata sepertinya ini... Mustahil!
Dalam dunia sebenar, orang ini nampaknya tidak memiliki kawan yang setia... Melihat kepada cara ia berkata-kata, kemungkinan besar juga ia (tak kiralah seorang atau 2-3) adalah manusia yang mempunyai fizikal hodoh dan kurang menarik tetapi menyimpan angan-angan mahu hidup bahagia dengan pasangan yang lebih cantik, ada rupa dan kalau boleh kaya-raya.
Lalu akibat tidak tahu mengukur baju di badan sendiri, sampai sekarang ia tidak dapat memiliki pasangan hidup yang diidam-idamkan kecuali menyedapkan hati sendiri kononnya ia adalah insan yang sangat istimewa... Sebab itu ia masih belum memiliki pasangan yang tetap kerana belum terjumpa orang yang betul-betul "layak" untuk bersamanya.
Maka jadilah ia keseorangan sentiasa... Tetapi akibat tidak mahu insaf dengan menerima kenyataan dan memperbaiki keadaan, ia tetap mahu hidup dalam dunia angan-angan lalu memilih untuk menyatakan kehadirannya di dunia Cyber di mana lebih senang menyembunyikan kelemahan diri dengan kata-kata puji terhadap diri sendiri sambil membuat kacau agar orang ramai terpaksa memberikan perhatian...
Akibat sering membuat kacau, kehadiran hamba Allah yang sakit mental ini turut ditolak di laman-laman lain. Tetapi di sini, dalam keterbukaan kami atas nama mengeratkan silaturrahim sesama insan, dapat juga ia meluahkan perasaan walaupun dengan kata-kata kesat. Mungkin sakit mentalnya sudah terlalu sarat lalu ia perlu dilepaskan di sini? Kalau tidak, langsung tidak ada orang mahu melayannya baik di dunia luar sana mahupun di dalam dunia Internet ini sendiri!
Bagi pihak saya, tak mengapalah kalau begitu. Apa boleh buat? Orang sakit mental, begitulah perangainya. Saya cuma berharap supaya para pengunjung baru sedar akan keadaan ini... Maka saksikanlah bagaimana orang sakit mental berinteraksi cuba mengadu-domba memecah-belahkan tali persaudaraan di sini tetapi kami tetap juga memberikan ia peluang agar mendapat kedamaian yang dicari.
Kepada para pengunjung tetap, teruskan berinteraksi. Walaupun pesakit mental ini boleh menyamar menggunakan nama anda untuk cuba memburukkan keadaan dan memaksa anda agar berinteraksi dengannya, rasanya mereka yang mendapat petunjuk Ilahi tahu mengenal diri anda yang sebenar. Biar pesakit mental ini terus meraung-raung di sini... Kerana ia tidak ada pilihan. Selagi belum diubati, selagi itulah perangainya menjadi-jadi... Nampak ganas, kesat dan lucah sedangkan ia sebenarnya sedang tersiksa mahu menagih simpati!
Biar kita-kita yang lebih sihat ini terus berinteraksi dengan sopan-santun maka di situ orang luar dapat melihat dan mengenal sendiri yang mana kata-kata daripada pesakit mental yang menyamar, yang mana pula kata-kata daripada diri anda yang sebenar. Sesungguhnya pesakit mental ini sudah terlalu parah sehingga menyangkakan ia boleh terus mengaburi mata orang ramai dengan menyamar-nyamar sedangkan satu dunia kini boleh melihat cara ia berkata-kata itu sendiri dapat mendedahkan identitinya yang sebenar, tak kiralah berapa lama ia terus meraung dan betapa banyak nama samaran digunakan di sini.
Hmm... Cukuplah. Dengan ini saya menyeru setiap pengunjung blogspot ini supaya berdoa agar pesakit mental ini cepat sembuh. Saya takut kalau tidak sembuh dan terus membuat perangai buruk ini, kemungkinan besar kekacauan yang dibuatnya akan tamat dengan bala yang akan menimpanya tidak lama lagi... Sekian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan