Sabtu, Jun 07, 2008

Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya, makam Raja Melewar... Pada waktu malam!

Ya! Rasanya tajuk ini sudah cukup menerangkannya... Kiranya sambungan daripada artikel Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi .

Setelah meninggalkan makam Sheikh Linggi di Seremban sekitar jam 6 petang, hajat di hati mahu sampai ke makam Raja Melewar di Astana, Rembau sebelum waktu Maghrib... Moga-moga masih ada cukup cahaya matahari untuk mendapat gambar-gambar yang terang dan baik. Tetapi kami terlupa akan keadaan trafik yang melambatkan perjalanan. Dan kami juga tersilap perkiraan... Walaupun bandar Rembau terletak sekitar 30km sahaja di selatan Seremban, kami perlu bergerak dalam sekitar lagi 20km untuk sampai ke Astana seterusnya makam Raja Melewar...

Internet Cafe tempat saya menulis mahu tutup. Maka lihat sahajalah video-video klip ini ya... Sila!


Makam Raja Melewar...




Sedikit kata-kata penutup. Selamat malam! :]

9 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    semalam aku dah balik ke KL semula, malam tadi pergi zikir.. semalam pun aku dah masuk blog kau ni.. aku tengok ada coretan-coretan yang kurang senang nampaknya.. takpelah tu.. aku tinggalkan topik tu (macam biasa).

    video kau yang aku play ni nampaknya tak keluar suara.

    buat pengetahuan kau, aku dah dapat video cam yang lebih baik dari dvd cam yang ada sekarang. video cam tu guna digital tape, dan features dia 3ccd lagi.. memang baik punya. diameter lense dia pun besar, jadi cahaya lebih banyak dapat masuk.. format video avi, jadi taklah besar sangat macam format dvd..

    senang kita takyah convert. nak cut pun senang, cuma masa download ke pc aje yang akan memakan masa.. tapi tu..takpe.. yang penting kita senang nak cut dan qualitynya pun sangat bagus.. jadi mengikut pengalaman yang kita sudah ada, banyak kerja akan jadi mudah nanti. Insyaallah.. cuma masa kita nak mengembara tu belum tetap lagi.. nanti aku call lah kita cakap via phone aje..

    okey radzi.. wassalam.

    BalasPadam
  2. ohh.. kena guna ie7 rupanya.. baru boleh run video. sekarang kat opis, test guna browsers semualah..

    BalasPadam
  3. Hmm... Tadi aku baru sempat test tengok video upload tu... Memang ada part sangkut-sangkut, tak tau le pasal line lambat ke sangkut ke hapa. Tapi bila dah full buffering, boleh main elok. So kira OK le kot.
    Untuk sesi seterusnya, Insyaallah kita akan mulakan daripada makam Raja Melewar pagi hari seterusnya ke Pengkalan Kempas, pegi ke Tanjung Tuan, mungkin juga ke Kuala Linggi dahulu sebelum masuk Port Dickson pas tu pegi Kota Lukut, amacam?
    Dan untuk projek akan datang... Pasir Salak dan Peristiwa Perjanjian Pangkor 1874... Amacam? Mungkin akan di open juga pada sesiapa yang nak ikut tapi belanja dan tanggungan serta risiko sendiri le, hehe! :]

    BalasPadam
  4. AKU NAK IKUT...
    tp xde cuti daaa
    bila nak gi..

    ALI

    BalasPadam
  5. assalamualaikum,

    belanja dan tanggungan x kesah. tapi ayat "risiko" tu agak menyeramkan sikit. heheh.

    sahaya

    BalasPadam
  6. salamssss .. .. open tender?! .. .. hehe .. .. kalau sesuai pada waktu dan bajet pasti boleh raih satu team merah silu punya nie .. .. dan suasana pasti berbeda bila satu pengembaraan/perjalanan itu sudah berteman .. . ;-) .. ..




    Jiwa

    BalasPadam
  7. Wassalam. Nanti le, datang gerak jadi le ia. Sambungan perjalanan Negeri Sembilan pun tertangguh lagi. Settle part ni baru le tunggu open tender pi Perak tu... Insyaallah...
    Sesapa nak ikut boleh le sekurang-kurangnya melihat kawasan Pasir Salak juga Bandar Baru yang dah jadi hutan tapi asalnya ibunegeri Perak tahun 1820an... Kat situ ada kubur Birch, makam Sultan ke 19 juga sebuah masjid lama... Menarik tu!
    Bab risiko tu biasa le... Berjalan tempat-tempat cam ni kadang-kadang ada le gangguan. Tapi kalau kena cara dengan tawakal pada Allah, semuanya selamat belaka. Insyaallah! :]

    BalasPadam
  8. Salam..

    Menariknya.. Nak ikut!
    Kalau sekitar Pasir Salak moh le singgah rumah teman... Boleh makan tengahari/makan malam. :)

    Jalan2 cari makam... hoho

    BalasPadam
  9. Wassalam. Nanti le, datang gerak jadi le ia. Sambungan perjalanan Negeri Sembilan pun tertangguh lagi. Settle part ni baru le tunggu open tender pi Perak tu... Insyaallah... Sesapa nak ikut boleh le sekurang-kurangnya melihat kawasan Pasir Salak juga Bandar Baru yang dah jadi hutan tapi asalnya ibunegeri Perak tahun 1820an... Kat situ ada kubur Birch, makam Sultan ke 19 juga sebuah masjid lama... Menarik tu! Bab risiko tu biasa le... Berjalan tempat-tempat cam ni kadang-kadang ada le gangguan. Tapi kalau kena cara dengan tawakal pada Allah, semuanya selamat belaka. Insyaallah! :]

    BalasPadam