Jumaat, Mei 02, 2008

Berjumpa kita di Central Market, Sabtu dan Ahad ini?

Gambar bahagian Annexe di Central Market seperti yang terpapar dalam cerita Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat setahun lepas...

Assalamualaikum semua... Setelah selesai memaparkan serta melepaskan beberapa buah cerita lagi berkenaan lawatan ke Kuala Terengganu pada siri pengembaraan terbaru ke Pantai Timur yang tamat lebih sebulan lalu, baru saya terasa dapat membuat posting ini... Sebagai peringatan bahawa esok dan lusa, Sabtu dan Ahad akan diadakan satu pameran buku alternatif di sekitar kawasan Annexe Central Market lalu saya bercadang untuk menyibuk dengan memaparkan buku-buku saya di "warung" melukis seorang rakan di sana!

Maka itu saya menjemput sesiapa yang ingin bertemu dengan saya atau sekadar memeriahkan suasana, meh le datang... Kemungkinan besar saya akan berada di sekitar sana selepas waktu Zuhur sehingga petang pada kedua-dua harinya Sabtu dan Ahad...

Untuk maklmuat lanjut tentang acara ini, sila baca balik artikel Rehat di Janda Baik dan pesta buku alternatif yang akan datang di Central Market, Kuala Lumpur... Berjumpa kita di sana nanti, Insyaallah? ... Untuk mendapatkan gambaran kedudukan tempat, sila baca cerita Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh" . Sekian!


p/s:
Fuuhhh... Baru settle... Dan inilah posting ke 300 untuk blogspot ini. Alhamdulillah! :]

Kembali ke Kuala Terengganu... Daripada makam keluarga Tokku Paloh ke "warisan Zionis" di Pulau Wan Man?

Assalamualaikum semua... Kita sambung kembali kepada cerita pengembaraan... Kenapa saya pilih tajuk yang sedikit pelik ini? Kenapa ada perkataan "warisan Zionis" pula? Nanti saya ceritakan ya... Ikut aje le dulu cara penceritaan saya ini... Sila! :]


Adapun selepas selesai menziarahi tempat-tempat tertentu di Kuala Berang seperti yang ada diceritakan dalam artikel Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana? di sini dan artikel Visiting old tombs in Kuala Berang... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, saya telah pergi ke Kampung Pulau Manis lalu bermalam satu malam di sana. Cerita Pulau Manis ini saya sebut sepintas lalu melalui artikel Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17... di sini dan artikel From Kuala Berang to Pulau Manis... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...

Keesokannya Ahad 30 Mac 2008, saya telah menumpang kereta seorang kenalan baru dari Pulau Manis yang mahu pergi ke Kuala Terengganu lalu diturunkan di Cabang Tiga di mana terdapat sebuah makam lama... Cerita tentang makam lama ini telah dibuat menjadi sebuah artikel bertajuk Makam lama di (the old tomb at) Cabang Tiga, Kuala Terengganu... dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam...


Dari makam lama, saya keluar ke Cabang Tiga... Ada satu lagi tempat berkaitan yang perlu diziarahi di sini...


Tempat itu ialah Masjid Tokku Tuan Besar... Di belakangnya terdapat beberapa buah makam ulamak dan orang-orang besar dahulukala daripada keluarga tertentu... Sila lihat artikel Masjid Tokku Tuan Besar dan makam-makam di belakangnya (The mosque of Tokku Tuan Besar and the tombs behind it) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...


Setelah itu, saya berjalan menyusuri jalan utama Cabang Tiga menghala ke Losong...


Destinasi seterusnya ialah Masjid Losong...


Sekadar ziarah sekejap sahaja untuk melihat lagi mimbar ini... Kerana ukiran kayunya yang unik seperti api ini mengingatkan saya kepada ukiran nesan salah sebuah makam di kawasan makam lama Cabang Tiga. Sila lihat Makam lama di (the old tomb at) Cabang Tiga, Kuala Terengganu...


Daripada Masjid Losong, kelihatan pula Masjid Kristal yang baru siap dibina di atas sebuah pulau di tengah Sungai Terengganu. Teringat kata beberapa orang bahawa arah kiblat Masjid Kristal ini lari beberapa darjah daripada yang sepatutnya... Entah betul entah kan tidak?

Menurut seorang sepupu yang bekerja sebagai jurutera minyak Petronas, seorang kawannya telah membawa kompas untuk menyukat arah kiblat di dalam Masjid Kristal lalu mendapati arah kiblatnya lari hampir 45 darjah! Takkan begitu teruk kot? Tapi menurut kata-kata orang, ini tidak mustahil kerana masjid itu didirikan orang-orang luar dan kebanyakan yang terlibat bukan pun orang Islam... Masyaallah!

Saya tidak tahu sejauh manakah dakwaan ini benar. Tetapi gerak hati saya mengatakan memang ada yang tak kena tentang pembinaan masjid ini. Apapun kita lihat nanti apabila saya sampai ke sana sendiri, Insyaallah... Setakat yang saya dapat lihat daripada sekitar Masjid Losong yang sudah lama didirikan, arah kiblat 2 masjid ini tidak selari... Mungkin saya yang tersilap pandang?



Daripada Masjid Losong, saya mengikut jalan kampung menghala ke Muzium Negeri.... Saja nak tengok jika ada apa-apa lagi makam lama menarik di sepanjang perjalanan...
Terlihat 2 ekor kucing ini bertenggek di atas tembok tanah perkuburan... Cuba kalau tiba-tiba seekor boleh bercakap: "Meowww!!! Akulah Munkar!", seekor lagi menyampuk: "Meooorrr!!! Aku pula Nankir!"... Agaknya apa yang akan terjadi ekkk???


Dalam perjalanan itu, saya lalu sebuah lagi kawasan perkuburan...


Kemudian baru keluar ke jalan besar menghala ke Muzium Negeri, jalan yang nampaknya turut menuju ke "Taman Tamadun Islam" yang katanya dibina berdekatan Masjid Kristal! Tamadun bagaimanakah yang terpapar di sana? Apakah ia contoh tamadun yang sering diwar-warkan atas nama Islam Hadhari? Kita lihat sendiri nanti...


Sampai satu ketika, ternampak pula tanah perkuburan ini...


Seperti biasa apabila melihat tanah perkuburan yang terasa menarik, saya masuk ke dalam untuk melihat lebih dekat... Kelihatan Muzium Negeri Terengganu di hadapan tanah perkuburan ini...


Seterusnya saya berjalan melepasi muzium... Kelihatan papan-tanda besar ini menyambut kedatangan...


Tetapi perlu melalui jalan baru di tepian Sungai Terengganu ini yang masih dalam pembinaan...


Rupanya boleh tahan jauhlah juga...


Apapun, akhirnya saya pun sampai ke tempat yang hendak dituju... Taman Tamadun Islam... Sebuah cerita berkenaan dengan sedikit gambar-gambar telah saya letakkan tadi di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Taman Tamadun Islam (The Islamic civilisation park) of Terengganu... . Sila lihat! :]


Mungkin saya yang tersilap pandang... Mungkin saya yang banyak bersangka-buruk... Tetapi sepanjang perjalanan daripada pintu gerbang luar untuk pergi ke pintu masuk utama, saya asyik terasa bahawa di sini ada kehadiran aura Zionis yang amat kuat!

Apabila masuk pula ke dalamnya pula, terus saya terperanjat... Memang binaan replika pelbagai masjid terkenal seluruh dunia yang ada agak menarik... Tetapi bila digandingkan dengan beberapa permainan seperti yang sering terlihat di funfair dan taman tema, terasa segala ini begitu pincang!

Mungkin ada yang akan berkata, permainan-permainan ini dibina dengan "hikmah"... Dengan cara ini, anak-anak dapat bermain sambil belajar tentang tamadun Islam! Ya ke ini? Percayalah, saya sudah terjumpa banyak pemuka Islam Hadhari berpangkat tinggi yang cukup pandai bermain perkataan "hikmah"... Muluk sungguh mulut boleh bertutur bahasa Arab, membaca doa seperti Pak Imam dan menuturkan Ayat-Ayat Quran serta Hadis Nabi seolah-olah pejuang Islam sebenar... Sedangkan di belakang sana, di luar pengetahuan rakyat marhaen yang tidak ada peluang bercampur dengan golongan atas lalu tidak dapat melihat perkara yang sebenar, saya tahu mereka ini kuat makan rasuah, penipu besar penghabis harta rakyat malah ada pula jenis mengurat perempuan dengan membawa mereka pergi umrah! Macam-macam....



Lihat ini.... Cenderamata Islam Hadhari yang ada dijual di taman ini... Pada saya, kalau anda celik mata hati, cenderamata-cenderamata ini sudah cukup untuk melambangkan apa yang sebenarnya berlaku zaman ini... Di mana Ayat-ayat Al-Quran sudah jadi modal untuk dijual-beli...



Seterusnya saya pergi ke Masjid Kristal yang bersama Taman Tamadun Islam terletak di atas pulau yang sama iaitu Pulau Wan Man... Teringat semasa berhenti makan-minum sebentar di sekitar Losong tadi ada orang menunjukkan sebuah gambar Masjid Kristal yang kelihatan muka orang besar di bahagian menara... Katanya gambar jin yang diambil secara tidak sengaja...


Sebenarnya saya tidak hairan jika betul ada jin besar di masjid ini... Seperti disebut tadi, sepanjang berjalan di sekitar Taman Tamadun Islam, saya terasa satu aura kuat Zionis di sini... Kenapa saya sebut begini? Tak payahlah dipanjangkan cerita kerana saya sudah kesuntukan masa dan sudah penat menulis untuk kali ini.... Rasanya pun cukup ramai rakyat tahu bagaimana masjid ini dan sekitarnya telah dibina menggunakan wang hak rakyat hasil royalti penjualan petroleum daripada pesisir negeri Terengganu tetapi telah dimonopoli pihak tertentu... Dan pihak yang dimaksudkan katanya ada hubungan dengan sebuah negara luar yang menjadi pengkalan Yahudi Zionis di Asia Tenggara dalam rangka-kerja mereka menakluki dunia...

Rasanya banyak orang tahu dan perkara inipun ada disebut di kedai-kedai kopi malah turut disentuh dalam halaman-halaman web, juga media massa yang dikira tidak selari dengan kerajaan... Bagi pihak saya pula, pengalaman sebagai wartawan akhbar perdana The New Straits Times selama 5 tahun, serta pengalaman menuntut ijazah Matematik daripada University College of London ditambah lingkungan sesetengah ahli keluarga dan kenalan dari kelas atas ataupun elit membolehkan saya bergaul dengan pihak tertentu yang tidak dapat dicapai rakyat marhaen biasa lalu dapat melihat sendiri akan perkara-perkara yang sekadar dapat dibisikkan kebanyakan orang...

Ini belum dicampur pengalaman cuba menghidupkan sebuah yayasan Islam yang dilingkupkan beberapa orang besar kerajaan... Pada masa itu, saya selalu keluar masuk Jabatan Perdana Menteri untuk berurusan dengan beberapa orang kanan termasuk menteri dan setiausaha politik atas sana... Belum dikira pergaulan yang didapati semasa mengikut penulis politik S.H. Alattas berjumpa orang politik tertinggi ke sana-sini... Lalu saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri akan perangai mereka yang sebenar di sebalik tabir, bukan sekadar mendengar cakap-cakap orang...

Maka tidak keterlaluan kalau disebut ada antara mereka yang dikenali umum sebagai ustaz pandai agama pemimpin "Tamadun Islam" akan datang adalah para penipu besar kaki perempuan... Dan jangan hairan jika ada di antara mereka sedang bekerja memenuhi agenda Yahudi Zionis samada secara langsung ataupun tidak...


Dalam pada itu, saya melihat pada Masjid Losong di seberang... Di situ ada masjid yang sekurang-kurangnya dibina dengan takwa, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mahu menghabiskan wang rakyat...


Sambil itu saya juga memandang ke Bukit Besar di pinggiran bandaraya Kuala Terengganu... Di sana ada perkataan besar: "Allah peliharakanlah Terengganu"... Ya... Allah peliharakanlah Terengganu terutama daripada tangan-tangan cemar yang menyorok di sebalik topeng agama dalam mempermain-mainkan rakyat-jelata!


Dari perkarangan Masjid Kristal, saya dapat menumpang kereta orang keluar ke jalan besar... Langsung dihantarkannya saya ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Tokku Paloh, sempat bersolat Zuhur berjemaah di sini sedangkan azan mula berkumandang di Masjid Kristal sekitar 3km tadi! Kemudian saya menziarahi lagi Makam Tokku Paloh... Seterusnya baru saya tergerak pergi ke muzium negeri melalui jalan belakang...


Saya masuk ke muzium dengan niat mahu melihat dalamnya sepintas lalu... Sebaliknya batu-batu nesan Aceh ini membuat saya ingin mengambil gambar lagi... Telah saya paparkan dalam artikel bertajuk A quick visit to the Terengganu state museum... yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi!



Daripada muzium, saya dapat menumpang seorang kakitangan yang mahu balik kerja sehingga ke Cabang Tiga... Lalu singgah pula ke masjid ini... Sila lihat cerita Masjid Hiliran (the Hiliran mosque), Kuala Terengganu... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Di Cabang Tiga, saya juga sempat membuat beberapa update ke blogspots melalui sebuah Cyber-Cafe... Hampir jam 9 malam, baru tergerak untuk pergi ke pusat bandaraya Kuala Terengganu... Sempat mengambil gambar Bukit Besar dalam kegelapan malam... Yang kelihatan cuma tulisan Allah dalam huruf Jawi dengan perkataan "Peliharakanlah Terengganu"!

Teringat cerita seorang kawan di Terengganu setahun lalu... Katanya pernah sekali dia membawa seorang ibu saudara yang menetap di negeri lain lalu di jambatan menyeberangi Sungai Terengganu menghala ke bandaraya... Ibu saudara ini terlihat perkataan "Allah peliharakanlah Terengganu" ini lalu menyebut "Allah! Pelihara Terengganu" dengan nada terperanjat serta muka pucat! Mungkin kerana ketika itu baru sahaja berlaku peristiwa Tsunami yang pernah mengorbankan sekitar 200,000 nyawa di Aceh penghujung 200?

Agaknya ibu saudara ini menyangka tiba-tiba bakal berlaku malapetaka lalu muncul perkataan "Allah peliharakanlah Terengganu" di langit... Memang pun jika diletak sepintas lalu, kelihatan seperti perkataan ini tergantung secara mistik di luar sana!


Apapun, malam itu saya tidur di surau ini di tepian bekas stesyen bas Tanjung...


Selepas tengahari, saya bersolat lagi di Masjid Abidin... (lihat cerita Di dalam Masjid Abidin (Inside the Abidin Mosque), Kuala Terengganu... yang turut dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam)... Kemudian baru saya sedia untuk meninggalkan Terengganu, melalui Besut pula...

Nanti kita sambung cerita ya... Untuk makluman, ini adalah posting ke 299 di sini sedangkan cerita Di dalam Masjid Abidin (Inside the Abidin Mosque), Kuala Terengganu... adalah posting ke 131 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)Blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula sudah ada 191 postings apabila siap cerita A quick visit to the Terengganu state museum... petang tadi. Sekian ya, sudah lepaslah satu bab dalam bercerita! :]

Khamis, Mei 01, 2008

Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...

Dalam penghujung artikel Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17... yang dibuat hari Selasa, saya ada menyebut begini...

Insyaallah nanti akan saya buat pula sebuah artikel tentang kaum keluarga Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 pula... Walaupun zaman Tok Pulau Manis dengan Tokku Paloh berbeza lebih 200 tahun, menurut sirah kerohanian mereka pernah bertemu di mana Tok Pulau Manis telah menyerahkan kepimpinan kewaliannya kepada Tokku Paloh! Selamat ya...

Maka apa lagi? Mari kita ke Kampung Paloh, Kuala Terengganu untuk menyusuri sedikit cerita tentang wali agung abad ke 19 Masihi ini pula... Mari! :]

Ini adalah kawasan pemakaman Tokku Paloh di Kampung Paloh, sekitar 5km daripada bandaraya Kuala Terengganu... Rasanya ramai pembaca yang pernah mendengar serba sedikit tentang sejarah berkenaan Tokku Paloh ini... Apapun, biar saya copy and paste sedikit sedutan daripada artikel bertajuk Gambar berkaitan Tokku Paloh (Pictures to do with Tokku Paloh) yang pernah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) penghujung 2006 iaitu sekitar satu setengah tahun lalu!

Masyarakat Malaysia yang celik sejarah perkembangan Islam di Kepulauan Melayu serta cerita para wali yang terlibat mesti pernah mendengar nama Tokku Paloh. Beliau atau nama sebenarnya Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus adalah ulamak terkenal yang menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III, pemerintah Terengganu penghujung abad ke 19. Tokku Paloh juga dikenali sebagai wali Allah penuh karamah yang sangat ditakuti penjajah.

Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tokku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya... Maksudnya Tokku Paloh lah yang lebih berhak membuat keputusan. Pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."

Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamirkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam berkuasa tinggi yang mampu membedil pantai Terengganu, satu taktik yang dikenali sebagai "gunboat diplomacy". Tokku Paloh cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama! Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.


Adapun, saya pernah menziarahi makam Tokku Paloh sekitar 10 kali rasanya... Tetapi baru dalam lawatan terbaru yang dibuat 30 Mac saya tergerak untuk turut menziarahi makam-makam di sekelilingnya...


Misalnya makam-makam di atas puncak bukit... Ini adalah makam sanak-saudara Tok Ku Paloh seperti sepupu, saudara dua pupu, ibu saudara dan sebagainya...


Kemudian baru ke makam Tok Ku Paloh dan sanak-saudaranya yang terdekat, di dalam kawasan berpagar batu yang kelihatan ini...


Makam Tok Ku Paloh pula terletak di dalam kawasan berpagar besi yang terkunci... Hmm... Di atas tadi, telah disebut bukan bahawa nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahmad al-Idrus? Adapun sebelum ke sini, saya telah melawat makam ayahandanya terlebih dahulu...


Makam itu terletak 2km daripada Kampung Paloh iaitu di suatu tempat bernama Cabang Tiga... Di Masjid Tokku Tuan Besar yang memakai nama sempena nama gelaran ayahandanya itu!

Hmm... Untuk bahagian cerita seterusnya, biar saya copy n paste terus apa yang telah diletakkan dalam artikel Masjid Tokku Tuan Besar dan makam-makam di belakangnya (The mosque of Tokku Tuan Besar and the tombs behind it) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi ya... Kemudian saya tambahlah apa cerita yang patut khas untuk para pembaca di blogspot ini pula... Sila! :]


Di belakang masjid ini, terletak makam Tokku Tuan Besar... Teringat pula bagaimana saya telah dibawa ke sini tahun 2004 oleh seorang kerabat diraja Terengganu yang tua, dikenali sebagai Engku Sayyid Mokhsin... Seorang manusia yang agak misteri, menurut sesetengah orang dia itu seorang keramat hidup... Wallahualam! Yang saya tahu, orangnya zuhud, selalu berpakaian jubah buruk dengan menaiki kereta Proton yang kemek-kemek... Senang cerita, kalau tak kenal, tak siapa pun menyangka dia itu orang istana...


Tokku Tuan Besar ialah satu gelaran yang diberikan kepada beliau kerana pernah menjadi ketua ulamak Terengganu pada zamannya... Nama sebenarnya ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Idrus dan Engku Mokhsin adalah salah seorang anak cucu keturunannya...


Di bahagian kaki makam Tokku Tuan Besar, terdapat makam ini pula...


Ia adalah makam anaknya Sayyid Mustapha yang juga dikenali sebagai Tengku Tuan Dalam... Beliau ialah seorang adik beradik Tokku Paloh. Kalau tak salah ingatan, Engku Mokhsin ada memberitahu Sayyid Mustapha berpangkat abang...


Di sebelah kiri makam Sayyid Mustapha, terdapat makam isterinya Tengku Maimunah binti Sultan Ahmad... Jika Tokku Paloh terkenal sebagai guru serta penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III, Sayyid Mustapha pula sudah dikira masuk dalam kerabat terdekat diraja Terengganu melalui perkahwinan dengan puteri kepada Sultan Ahmad...


Kemudian saya tertarik pada sepasang makam ini pula!


Rupa-rupanya yang ini adalah makam Sayyid Abu Bakar, anak kepada Sayyid Mustapha... Dan kalau tak salah ingatan lagi, Engku Mokhsin ada menunjukkan makam ini sebagai makam ayahandanya...


Dan di sebelahnya terdapat pula makam isteri Sayyid Abu Bakar iaitu Tengku Puteri Kalsum. Rasanya inilah bonda Engku Mokhsin... Setahu saya Engku Mokhsin juga berkahwin dengan seorang kerabat terdekat Terengganu tetapi hidupnya langsung tidak menggambarkan beliau sebagai orang istana. Baru-baru ini, ada orang memberitahu beliau ada sedikit masalah dengan kerabat sekarang kerana caranya yang tidak menurut kebiasaan... Entah apa jadi pada beliau agaknya? Lama sungguh tak berjumpa dengannya...

Adapun sebelum pergi ke Masjid Tokku Tuan Besar, saya telah ke bangunan makam dalam gambar ini... Sila lihat cerita Makam lama di (the old tomb at) Cabang Tiga, Kuala Terengganu... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang juga telah dibuat tadi...


Untuk pengetahuan, di dalamnya terdapat makam seorang ulamak bernama Sayyid Mustapha Al-Idrus, dikatakan mangkat sekitar tahun 1794 Masihi... Ada yang kata tahun 1792...

Adapun nama penuh Tokku Paloh ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad (Tokku Tuan Besar) bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Sheikh @ Sayyid Hussein bin Sayyid Mustapha ini... Maka Sayyid Mustapha yang kemudian turut dikenali dengan panggilan Tokku Makam Lama ialah datuk kepada datuk Tokku Paloh! Sekian... :]


Ralat (dibuat pada 4 April 2021) : Setelah menaikkan artikel ini di Facebook semalam kerana teringatkan Engku Mokhsin isteri telah membacanya lalu memberitahu ada orang menegur tentang salasilah. Teguran bertarikh 25 Julai tahun 2018 itu tidak disedari kerana jarang membaca ruangan komen lantaran terdapat lebih 2,000 artikel telah ditulis di blogspot ini dan lebih 4,000 di dua lagi blogspot saya. Sekarang biar disalin teguran berkenaan...

Salam..

Terdapat sedikit kesilapan info mohon tuan perbetulkan supaya tidak menimbulkan salah faham.

Salasilah Tok Ku Paloh : Sayyid 'Abdul Rahman (Tok Ku Paloh) bin Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) bin Zaynal 'Abidin bin Hussin bin Mustofa bin Sheikh al-'Aydarus..

Tok Ku Maqam Lama nama sebenarnya ialah Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Sheikh al-'Aydarus.. Beliau merupakan datuk kepada Tok Ku Tuan Besar melalui ibundaya iaitu Sharifah 'Aishah (Tuan Hitam) binti Muhammad(Tok Ku Maqam Lama) bin Ahmad bin Sheikh al-'Aydarus yang telah berkahwin dengan dua pupunya iaitu Sayyid Zaynal 'Abidin bin Hussin bin Mustofa bin Sheikh al-'Aydarus..


Rabu, April 30, 2008

Lagi informasi tentang majlis hol almarhum Ustaz Wan Saghir...

Assalamualaikum semua. Ni saya baru dapat e-mail tentang majlis di atas serta borang pendaftaran rasanya... Untuk maklumat lain sila baca balik posting Majlis hol almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir... Satu jemputan terbuka untuk semua... yang dibuat 2 hari lalu ya... Mari kita bersama makmurkan majlis ini. Ini dia e-mail yang dihantar kepada saya untuk tatapan semua....

p/s: Sebenarnya ada beberapa attachement turut dihantar bersama e-mail ini, mungkin gambar borang pendaftaran ini berserta maklumat lain tapi sayang saya tak dapat sertakan kerana setting apa-apa entah kat Cyber-Cafe di IOI Mall Puchong ini menghalang attachment itu daripada dipaparkan. Harap maklum! :]

-------------------------------------


PERSATUAN PENGKAJIAN KHAZANAH KLASIK NUSANTARA MALAYSIA (PENGKAJI)

No. Pendaftaran 2533 / 96 W.Persekutuan



No.38,
Jalan Batu Geliga Satu,
Taman Melewar,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur

Tel/Fax : 03-6189 7231
E-mail : pengkaji khazanah@yahoo.com


Tarikh : 25 April 2008


Kepada
Sesiapa Yang Berkenaan


YBhg. Tuan/Puan


PERIHAL: JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA
SEMPENA MEMPERINGATI TAHUN PERTAMA KEWAFATAN SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AR-RIAWI AL-FATHANI – 17 Mei 2008

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI) dan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Tahlil sempena Memperingati Tahun Pertama Kewafatan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani(25 Rabi’ul Awwal 1428-25 Rabi’ul Awwal 1429) pada hari Sabtu, 17 Mei 2008 M/12 Jumadil Awwal 1429 H di Dewan Syeikh Daud al-Fathani & Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani bertempat No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 51100 Kuala Lumpur.

3. Sehubungan dengan itu pihak penganjur menjemput YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi menyertai majlis tersebut. Bilangan penyertaan terhad kepada kertas kerja yang disediakan untuk 300 orang pendaftaran awal oleh peserta. Penyertaan hendaklah dibuat dengan menalipon/fax/emailkan nama peserta kepada pihak Urusetia di talian seperti di bawah:

Tel/Fax : 03-6189 7231 Email: pengkaji_khazanah@yahoo.com

Telefon Bimbit : 013-356 4496 (Abd Halim bin Muhamed)
019-230 5216 (Azrul bin Basarudin)

4. Kami juga mengharapkan kerjasama semua pihak untuk menyebarkan maklumat ini sama ada melalui email atau print dan tampal di tempat tuan/puan jika perlu. Bersama-sama ini disertakan brosur, plyer dan aturcara majlis untuk tindakan tuan/puan. Segala kerjasama yang diberikan nanti didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Dikeluarkan dari
Pejabat PENGKAJI


ABD HALIM BIN MUHAMED
Setiausaha

------------------------------------

Sambungan... Daripada Cyber-Cafe di Rawang pula, jam 11.30 malam. Saya dapat membuka attachements e-mail ini yang merupakan word document, ada almarhum Ustaz tapi saya tak tahu bagaimana hendak tranfer gambar itu masuk ke sini... Yang saya boleh buat adalah copy n paste apa yang dapat tapi tak dapatlah maintain format yang diketengahkan dalam attachements itu, dan tak dapat disertakan sedikit graphics yang ada. Ini dia...

----------------------------------







PENGKAJI

MAJLIS TAHLIL UNTUK ULAMA SILAM ALAM MELAYU
&
PEMBENTANGAN MAKALAH

SEMPENA MEMPERINGATI
TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428 H-25 RABI’UL AWWAL 1429 H)

Dengan segala hormatnya menjemput,
YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan

……………………………………………………………………………… suami/isteri

ke Majlis Memperingati Kewafatan
Syeikh Wan Mohd Shaghir ar-Riawi al-Fathani & Syeikh Wan Ahmad al-Fathani
di
Dewan Syeikh Daud al-Fathani & Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
bertempat di
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor D.E
pada hari Sabtu, 17 Mei 2008 M/12 Jumadil Awwal 1429 H

Pengesahan & Pertanyaan, Hubungi:
Abd Halim bin Muhamed : 013-356 4496
Azrul bin Basarudin : 016-352 0094
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ATURCARA MAJLIS

0 8.00 – 09.00 pagi : Kehadiran Tetamu

09.00 – 09.25 pagi : Tahlil Arwah & Doa Untuk Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah Serta Seluruh Para
Ulama Dunia Melayu, Pimpinan YBhg. Ustaz Zakaria bin Awang

09.25 – 09.40 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis

0 9.40 – 09.55 pagi : Kata alu-aluan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Haul Merangkap Pengerusi PENGKAJI

09.55 – 10.10 pagi : Ucaptama oleh Anaknda al-Marhum, Wan Muhammad Autad bin Syeikh Wan Mohd Shaghir

10.10 – 10.25 pagi : Tayangan Video Klip berkaitan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani

10.25 – 10.45 pagi : Jamuan Ringan

10.45 – 11.45 pagi : Pembentangan Sesi I & Soal Jawab:
YBhg. Ustaz Hj Ahmad Shukri Hj Ghazali
Penyelidik Manuskrip dan Khazanah Klasik & Imam Masjid Sungai Udang Klang, Selangor
Tajuk: Kesinambungan Perjuangan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah Rantaian Dari
Kegemilangan Ulama Silam Khususnya Syeikh Ahmad al- Fathani dan Syeikh Daud al-Fathani

11.45 – 12.45 tghari : Pembentangan Sesi II & Soal Jawab:
YBhg. Ustaz Muhatir bin Hj Joll
Pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa
Tajuk: Sumbangan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah Dalam Usaha Memertabatkan Kitab-
Kitab Melayu/Jawi di Nusantara

12.45 – 12.55 tghari : Penyampaian Cenderahati Kepada Pembentang dan Tetamu Jemputan

12.55 – 01.15 ptg : Kunjungan Ke Tempat Jualan dan Pameran Koleksi Karya Ulama Dunia Melayu oleh
Khazanah Fathaniyah dan PENGKAJI

01.15 – 01.45 ptg : Jamuan Makan & Bersurai

----------------------------------

Majlis Tahlil
Untuk Ulama Silam Alam Melayu &
Pembentangan Makalah
Sempena MEMPERINGATI
TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428-25 RABI’UL AWWAL 1429)

17 Mei 2008 M/
12 Jumadil Awwal 1429 H

Bertempat di
Dewan Syeikh Daud al-Fathani &
Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu,
Taman Melewar, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Pemakalah:
YBhg. Ustaz Hj Ahmad Shukri bin Hj Ghazali
(Penyelidik Manuskrip & Khazanah Klasik)
YBhg. Ustaz Muhatir bin Hj Joll
(Pensyarah di Pusat Asasi, UIA)




Anjuran Bersama
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)
&
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur

Kehadiran Terbuka Kepada Umum, Sesiapa Berminat Sila Hubungi:
Urusetia 03-6189 7231, Abd Halim 013-356 4496, Azrul 016-352 0094, Kamarulzaman 013-385 0361

-------------------------

Majlis Tahlil
Untuk Ulama Silam Alam Melayu &
Pembentangan Makalah
Sempena MEMPERINGATI
TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428-25 RABI’UL AWWAL 1429)

17 Mei 2008 M/
12 Jumadil Awwal 1429 H

Bertempat di
Dewan Syeikh Daud al-Fathani &
Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu,
Taman Melewar, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Pemakalah:
YBhg. Ustaz Hj Ahmad Shukri bin Hj Ghazali
(Penyelidik Manuskrip & Khazanah Klasik)
YBhg. Ustaz Muhatir bin Hj Joll
(Pensyarah di Pusat Asasi, UIA)




Anjuran Bersama
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)
&
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur

Kehadiran Terbuka Kepada Umum, Sesiapa Berminat Sila Hubungi:
Urusetia 03-6189 7231, Abd Halim 013-356 4496, Azrul 016-352 0094, Kamarulzaman 013-385 0361

-------------------------

TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428 H-25 RABI’UL AWWAL 1429 H)

Anjuran Bersama
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)
PENGKAJI & KHAZANAH
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur FATHANIYAH


Tarikh : 17 Mei 2008 M/12 Jumadil Awwal 1429(Sabtu)

Tempat : Dewan Syeikh Daud al-Fathani & Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor

Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang

Program : Majlis Tahlil arwah untuk Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani dan
seluruh ulama dunia Melayu khususnya Syeikh Ahmad al-Fathani dan Syeikh Daud al-
Fathani

: Memperingati Tahun Pertama Kewafatan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah
ar-Riawi al-Fathani.
Ucaptama : Anaknda al-Marhum, Wan Muhammad Autad bin Syeikh
Wan Mohd Shaghir

Pembentang 1 : Ybhg. Ustaz Haji Ahmad Shukri bin Haji Ghazali
Penyelidik Manuskrip dan Khazanah Klasik
Pembentang 2 : YBhg. Ustaz Muhatir bin Joll
Pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa

: Tayangan Klip Video Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani

: Pameran Koleksi Karya-Karya Ulama Dunia Melayu Siri Ke 100
oleh Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)

: Jualan Pelbagai Koleksi Terbitan Khazanah Fathaniyah
Kitab/Buku/Kertas Kerja/Foto Ulama & Tokoh/Poster/Kad Hari Raya/Stiker dan lain-
lain

Penyertaan seramai 300 orang tertakluk kepada pendaftaran awal.
Penyertaan dan kehadiran terbuka kepada umum.

Sesiapa Yang Berminat Sila Hubungi:
Urusetia Memperingati Tahun Pertama Kewafatan
Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani
Pejabat PENGKAJI
No 40, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor D.E
Tel/Fax: 03-6189 7231 Email: pengkaji_khazanah@yahoo.com
Abd Halim: 013-356 4496, Azrul: 016-352 0094, Kamarulzaman: 013-385 0361

Selasa, April 29, 2008

Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17...

Assalamualaikum semua... Biar saya lepaskan cerita ini sekarang juga sementara ada waktu... Malam ini saya merancang untuk tidur di sebuah rumah lama yang juga mungkin sebuah istana lama... Dicabut daripada Gunung Semanggol, Perak lalu didirikan balik di suatu tempat di Janda Baik, Bentong, Pahang, letaknya sekitar 7km daripada rumah Puan Ainon PTS, tempat saya sedang menulis ini. Rasanya sudah masuk setahun tidak bermalam di sana sedangkan esok pula saya harus kembali ke Kuala Lumpur... Maka biarlah diselesaikan perkara ini yang dalam luahan rasa kerohanian berdasarkan koleksi gambar-gambar di Kuala Berang ya...


Dalam artikel bertajuk Visiting old tombs in Kuala Berang... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH yang mengulas lawatan terbaru saya ke Kuala Berang sebulan lalu, saya sekadar menyebut makam ini sebagai pemilik orang yang bertanggungjawab menulis Batu Bersurat Terengganu. Atas rasa tanggungjawab keluarga, saya tidak dapat menceritakan di manakah lokasi sebenarnya...
Adapun dalam lawatan pertama saya menziarahi makam-makam di Terengganu pada tahun 2003, saya diberitahu bahawa makam ini (semasa itu saya ditunjukkan gambar sahaja) adalah milik Sharif Abdul Qahar, datuk kepada ulamak bertaraf wali terkenal abad ke 17 Masihi di Terengganu iaitu Tok Pulau Manis... Tetapi dalam lawatan pertengahan 2004 di mana saya akhirnya dibawa beberapa orang waris keluarga Tok Pulau Manis ke makam tersebut, baru saya diberitahu bahawa maklumat dahulu tersilap... Sebenarnya makam ini adalah milik Sharif Muhammad Al-Baghdadi, bapa kepada Sharif Abdul Qahar!
Saya pula terus tersentak... Patutlah rasa semacam... Sekitar beberapa bulan sebelum itu saya pernah masuk seorang diri ke sebuah kawasan tersembunyi yang dikatakan tempat terletaknya makam Sharif Muhammad Al-Baghdadi, orang yang dikatakan penulis Batu Bersurat Terengganu lebih 700 tahun lalu. Tetapi rasa getaran kerohanian yang ditimbul di sana tidak sekuat getaran yang timbul di makam ini!
Dan lagi di makam ini terus saya deja vu dengan terang... Terus teringat bahawa saya pernah bermimpi sampai dan duduk di makam yang serupa... Lebih menarik lagi apabila salah seorang waris yang datang kemudian bertanya semua orang: "Mahu lihat makam khadamnya?"... Terus terbetik dalam hati saya, buat apa melihat khadamnya... Pertanyaan orang ini dengan apa yang terbetik dalam hati serupa betul dengan apa yang berlaku dalam mimpi yang dimaksudkan di mana ada orang bertanya menggunakan ayat yang sama!


Dalam posting Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana? di blogspot ini pula saya ada mengenengahkan gambar ini... Papan-tanda serta batu peringatan yang terdapat menyebut ia adalah makam Sheikh Muhammad Al-Baghdadi... Malah kebanyakan orang termasuk pihak berkuasa percaya inilah makam pendakwah awal ke Terengganu ini lalu tempat ini dijaga ketat oleh ahli kumpulan yang dimaksudkan dalam posting tersebut.

Saya pula telah diberitahu bahawa makam yang ini sebenarnya adalah milik Sharif Abdul Qahar, anakanda Sharif Muhammad al-Baghdadi... Biarkan orang lain terus percaya makam di atas adalah makam Sharif Muhammad... Kalau tidak, tentu makam lagi satu itu pula yang akan jadi tumpuan mereka!


Dalam perjalanan kembali ke Kuala Berang seperti ada disebut dalam cerita Visiting old tombs in Kuala Berang... , saya singgah (buat pertama kalinya) ke makam yang ditanda dengan dua batang pokok ini... Ini kerana papantanda di luar menyebutnya sebagai milik Tok Kawah... Teringat saya akan satu risalah yang diberikan kepada saya oleh waris-waris Tok Pulau Manis, menyebut akan adanya seorang pejuang dahulukala dikenali sebagai Imam Qawah, katanya daripada keluarga Sharif Muhammad Al-Baghdadi juga!



Kemudian baru saya pergi ke Kampung Pauh untuk menziarahi makam seorang lagi wali Allah, dikenali sebagai Tok Pauh. Nama sebenarnya ialah Sharif Abdullah, anak kepada Sharif Abdul Qahar... Beliau adalah bapa kepada Tok Pulau Manis.

Untuk pengetahuan di sekitar kawasan inilah Tok Pulau Manis membesar... Maka disebut orang di sinilah Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Sharif Abdul Malik telah menunjukkan ciri-ciri kelebihan seorang wali agung... Sejak umur 12 tahun lagi sudah mampu melipat bumi! Maka di sini biar saya copy n paste sedikit sedutan daripada buku ketiga saya, "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" ataupun BKA III, daripada bab bertajuk “Tok Pulau Manis, batu bersurat dan beberapa warisan Aceh”...

--------------------------------------

Pada satu hari tahun 2003, setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Sungai Mulia di Batu 5 1/2, Jalan Gombak, tiba-tiba Rasyid tergerak untuk berjalan kaki menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Seperti biasa, apabila mendapat gerak atau getaran tertentu dalam hati, pemuda ini akan menurut tanpa banyak soal kerana percaya akan ada hikmahnya nanti... Dia pun berjalan tanpa henti menyusuri kesibukan Jalan Gombak sebelum masuk ke Jalan Pahang. Sampai di sebuah masjid lama berusia 70 tahun, barulah berehat setelah hampir 8km berjalan...
Kebetulan baru sahaja masuk waktu Asar. Anak muda yang sedang cuba memperbaiki diri dengan mendekati kembali agama inipun bersolat menunaikan Rukun Islam yang wajib sebelum menyambung kembali perjalanan hampir 2km lagi ke Hospital Tawakal. Di sana gerak hatinya menyuruh membelok ke kanan pula... Rasyid pun menyusuri sebuah jalan yang belum pernah dilaluinya sebelum itu, tidak ingat nama jalannya... Yang pasti, terdapat Restoran Haslam milik pengarah filem Yusuf Haslam.
Sampai ke penghujung deretan kedai kemudian perkarangan sebuah bangunan tunggal yang agak besar, terjumpa sebuah kedai cermin mata yang ada menjual buku-buku agama di satu sudut. Tergerak pula hendak singgah sebentar... Masuk sahaja ke dalam, anak muda yang sudah lama meminati bidang Tasawuf ini terus tertarik kepada sebuah buku... Terus ternampak buku ini yang terletak di tengah para walaupun terdapat banyak lagi buku serta bahan bacaan lain pelbagai rupa, warna dan saiz di situ.
Sebenarnya, ia adalah sebuah risalah photostat yang dijilid dengan kertas kuning sebagai kulit. Tidak ingat tajuk penuhnya... Yang pasti, ada tertera nama Tok Pulau Manis dengan terang di hadapan. Rasyid pernah mendengar nama ini kerana suka membaca kisah para wali. Tok Pulau Manis termasuk di dalam golongan ulamak besar di Tanah Melayu tetapi dia tidak pernah berminat untuk mengambil tahu... Baru kali ini tergerak membaca tentangnya lalu mendapat tahu wali besar Terengganu ini pernah menuntut ilmu di Aceh malah pernah berguru kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel, seorang anak murid wali besar Aceh Sheikh Hamzah Fansuri!
Tiba-tiba tubuh seluruh tubuh-badannya bergetar. Mungkinkah ini petunjuk bagi doanya selepat solat Jumaat tadi agar disambungkan wasilah kerohanian sampai ke Aceh? Pemuda berdarah Aceh ini mula mengenali dunia Tasawuf setelah terbaca ulasan dan syair-syair Hamzah Fansuri ketika berumur 18 tahun. Mungkin di sini terletak satu ‘penyambungan’?
Rasyid mendapat tahu makam Tok Pulau Manis masih wujud di Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu. Serta-merta timbul gerak serta keinginan yang kuat untuk ke Terengganu. Masalahnya dia telah berjanji akan berjumpa seseorang atas urusan tertentu hujung minggu itu... Bagaimana ini? Jiwanya sudah mula melayang ke sana sedangkan jasadnya perlu berada di Kuala Lumpur sekurang-kurangnya untuk dua hari lagi.
Lama juga dia termenung sambil bersila di sudut buku kedai cermin mata itu. Setelah berjaya meredakan perasaan yang melonjak-lonjak hendak ke Pantai Timur, pemuda inipun berjalan-jalan santai di kotaraya sebelum kembali ke pejabat tempatnya bermastautin sebulan kebelakangan. Di situlah tempat Rasyid menolong bapa angkatnya Pak Syed menyiapkan bukunya yang terbaru. Dia cuba melupakan hasrat untuk ke Terengganu dengan meneliti sambil mengedit, juga mengarang balik beberapa bab dalam buku bapa angkatnya lalu tenggelam dalam kerjanya...
Malam itu sekali lagi Rasyid dilanda dilemma... Mahu terus pergi ke Terengganu malam itu juga ataupun tidak? Perasaan untuk ke sana sudah kembali datang melonjak-lonjak... Tetapi bagaimana pula temujanji yang dibuat hujung minggu nanti? Pemuda itupun menelefon orang yang dijanji akan ditemui. Ditakdirkan Allah, tanpa dipinta orang itu pula yang membatalkannya kerana katanya ada urusan lain pula. Maka selesailah satu dilemma... Bolehlah pergi ke Terengganu malam itu juga...
Kebetulan jam dinding menunjukkan pukul 9.15 malam dan bas ke Terengganu akan bertolak jam 10 daripada Hentian Putra... Tanpa berlengah lagi, Rasyid terus mengambil beg galas yang memang telah tersedia dengan pakaian serta barang keperluan ringkas untuk mengembara lalu terus bergegas ke hentian. Malangnya semua tiket bas ke Kuala Terengganu telah habis dijual sempena hujung minggu. Bas seterusnya pula cuma akan muncul 10 pagi esok... Pemuda itu mula berkira-kira hendak ke stesyen keretapi. Mungkin sempat lagi mengejar perkhidmatan malam ke Pantai Timur? Kemudian baru teringat tidak ada keretapi melalui Terengganu...
Rasyid duduk di tengah kesesakan orang ramai menunggu ilham atau petunjuk perjalanan seterusnya. Walaupun kelihatan seperti tidak ada jalan untuknya pergi ke Terengganu malam itu juga, pemuda ini tetap yakin jika gerak hatinya kuat menyuruhnya ke sana, tentu akan muncul sesuatu cara daripada arah yang tidak disangka... Tinggal tak tahu lagi cara yang bagaimana... Apapun, bolehlah dia berehat sebentar mencuci mata. Ramai juga gadis manis putih cantik berada di hentian itu...
Masuk jam 10, satu pengumuman pun dibuat agar penumpang menaiki bas masing-masing. Kelihatan sekitar 20 buah bas beratur menunggu di sepanjang Hentian Putra termasuk bas Kota Bahru, Kelantan. Orang ramai mula mengambil tempat masing-masing. Bas-bas di hadapan yang sudah cukup penumpang mula berjalan sedangkan Rasyid masih belum mendapat jalan bagaimana mahu ke Terengganu malam itu juga...
Tiba-tiba satu pengumuman baru dibuat... Katanya ada satu lagi tiket bas ekspress untuk ke Kuala Terengganu. Hah? Betulkah ini? Tadi semua kaunter memberitahu semua tiket telah habis dijual... Tiba-tiba ada pula kekosongan... Anak muda itupun bertanya ke kaunter tiket. Memang sah ada! Akhirnya dapat juga ke sana, sampai ngam-ngam sebelum Subuh...

———————

Selesai solat di surau perhentian bas Tanjung, Kuala Terengganu Rasyid mundar-mandir di sekitar mencari orang yang boleh menunjukkan arah ke Kampung Pulau Manis. Pemuda ini segan hendak bertanya sembarangan orang kerana tidak pasti bagaimana hendak menerangkan tujuannya ke sana kalau ditanya.... Bukan semua orang faham kalau disebut tentang menziarahi makam. Takut nanti ada yang fikir dia kaki tarik nombor... Pengalaman juga mengajar, ada yang suka menyerkap jarang perbuatan menziarahi makam sebagai kerja orang syirik lagi tahyul... Tak pasal-pasal nanti dapat syarahan percuma berjela-jela tanpa dipinta!
Tak lama kemudian muncul seorang pemuda berjanggut berjambang, berseluar slack dengan kemeja lengan panjang. Nampak gaya seperti seorang pelajar insitusi pengajian tinggi yang baru sahaja turun daripada salah sebuah bas yang baru sampai dari Kuala Lumpur... Di perhentian kelihatan sekitar 6 buah bas ekspress dari kotaraya. Gerak hati Rasyid menyuruh bertanya kepadanya arah ke Kampung Pulau Manis. Seperti yang diduga, soalan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah kenapa hendak ke sana? Apakah yang ada di kampung itu sehingga mahu pergi ke sana?
Entah kenapa, dengan pemuda ini anak kelahiran Muar, Johor itu tidak terasa janggal untuk berterus-terang mahu menziarahi makam... Boleh pula bercerita apa yang berlaku siang tadi, tentang bagaimana dia mendapat gerak untuk ke Terengganu setelah mendapat tahu Tok Pulau Manis pernah berguru di Aceh. Ternyata, pemuda tersebut, seorang pelajar UiTM Shah Alam yang baru kembali untuk bercuti mempunyai kecenderungan terhadap Tasawuf. Maka dia tidak hairan mendengar penjelasan Rasyid malah menawarkan diri untuk menghantarnya sampai ke makam kerana kampungnya sendiri tidak berapa jauh dari Pulau Manis.
“Tunggu sebentar,” katanya. Ibu bapa saya akan datang untuk mengambil saya. Abang boleh ikut kami naik kereta. Saya akan suruh mereka menghantar abang sampai ke Kampung Pulau Manis.”
Ibu bapa pemuda ini sampai tidak lama kemudian. Alhamdulillah, mereka tidak merasa pelik apabila diberitahu Rasyid hendak menziarahi makam Tok Pulau Manis... Tanpa bertanya lebih lanjut, anak kelahiran Muar, Johor itu terus dijemput menaiki kereta. Nasib baik ada mereka... Kalau tidak susah juga Rasyid kerana Kampung Pulau Manis rupa-rupanya terletak lebih 15km dari bandar Kuala Terengganu. Mereka bukan sahaja dapat menerima malah menghantarnya terus sampai ke pintu makam!
Rasyid mengambil wuduk lalu melangkah masuk bangunan utama makam yang dikelilingi banyak kubur lama. Terserlah makam Tok Pulau Manis diselubungi kain kuning kejinggaan, dikelilingi beberapa makam yang lebih kecil, nampaknya makam kaum keluarga. Di makam dan batu nesan termaktub nama sebenarnya Sheikh Abdul Malik bin Abdullah dalam tulisan Jawi. Di atas sebelah kanan terdapat papan kenyataan... Tercatit wali Allah ini mengamalkan Tariqat Shadziliah, sebuah tarikat yang tidak berapa terkenal di Nusantara tetapi tersebar luas di utara Afrika.
Kebetulan dua minggu sebelum itu Rasyid tergerak untuk membeli sebuah buku tentang Imam Abul Hassan Al-Shadzili, pengasas tariqat ini yang mempunyai nasab keturunan Rasulullah SAW dari sebelah Saidina Hassan. Buku terjemahan dari Bahasa Arab ke Bahasa Indonesia ini sangat susah untuk didapati di Malaysia tetapi dengan tidak sengaja dia terjumpa satu-satunya naskah yang terdapat di sebuah kedai buku di Masjid India.
Kaitan kuat Tok Pulau Manis dengan tariqat ini terbukti apabila beliau menjadi orang pertama menterjemahkan kitab Al-Hikam karangan Ibnu Atho’ilah, anak murid Imam Abul Hassan ke dalam bahasa Melayu. Kebetulan Rasyid ada membawa buku tentang imam yang mengandungi panduan amalan, doa dan hizibnya. Dia pun membacakannya di hadapan makam sebagai hadiah untuk roh almarhum Tok Pulau Manis...
Selesai itu, Rasyid terasa letih yang amat sangat. Dia mengambil tikar buruk di sebelah lalu berbaring, terus tertidur! Apabila terbangun sejam kemudian, kelihatan seorang tua bersongkok membersihkan makam. Ingatkan dia akan dimarahi kerana berani tidur di situ... Ternyata orang itu tidak ada masalah malah menyuruhnya berehat selama mana dia suka!
“Tidurlah... Kamu pun ada kena-mengena,” kata orang tua itu.
Katanya, dia datang hari itu, Sabtu kerana mendapat gerak ada seorang saudara jauh datang menziarahi. Kalau tidak, orang tua yang berumur sekitar 70 tahun ini akan berehat di rumahnya di Gong Badak, 30km dari situ... Dia cuma datang melawat makam dan membersihkan persekitarannya seminggu sekali, itupun pada pagi Jumaat sahaja kecuali jika ada hal penting... Setelah berbual lebih panjang, orang tua itupun mengenalkan dirinya sebagai Ayah Weng... Kemudian membuka cerita tentang asal-usul Tok Pulau Manis terutama kaitannya dengan Ahlul Bait keluarga Nabi...


Selesai menziarahi tempat-tempat yang patut, saya pun terus bergegas ke Kampung Pulau Manis yang terletak sekitar 15km daripada Kuala Terengganu... Hmm... Maghrib pun sudah masuk dan saya pula mahu melepaskan segala ini daripada dada secepat mungkin... Maka biar di copy n paste lagi sedikit sedut daripada bab bertajuk “Tok Pulau Manis, batu bersurat dan beberapa warisan Aceh” dalam BKA III...

----------------------------

Nama penuh Tok Pulau Manis ialah Sharif Abdul Malik bin Sharif Abdullah... Memakai nama Sharif yang bermaksud “Yang Mulia” kerana beliau sebenarnya adalah keturunan Rasulullah SAW dari sebelah Saidina Hassan. Malah moyangnya Sharif Muhammad Al-Baghdadi dikatakan pernah memerintah kerajaan Baghdad sebelum turun takhta dan membawa diri ke Terengganu. Menurut Ayah Weng, di sebuah surau lama iaitu Surau Putih di Pulau Duyong, Kuala Terengganu pernah tertulis bahawasanya Sharif Muhammad telah turun takhta kerajaan Baghdad kerana mengambil jalan warak... Baginda pergi ke Mekah tapi dituruti orang lalu melarikan diri ke Terengganu setelah tinggal beberapa lama di Hadramaut, Yaman.
Rasyid pernah terbaca catatan ini enam tahun lalu... Setelah tergerak untuk singgah di Pulau Duyong ketika hampir sampai ke Kuala Terengganu dalam satu pengembaraan solo bermotosikal mengelilingi Semenanjung. Lebih menarik, Sharif Muhammad al-Baghdadi dikatakan orang yang bertanggungjawab menulis Batu Bersurat Terengganu yang amat terkenal itu. Malah menurut ceritanya, baginda menulis menggunakan jari tangan, bukan tukul, pahat ataupun apa-apa alatan terus ke atas batu!
Menurut ceritanya lagi, ini berlaku setelah baginda berjaya menundukkan beberapa kerajaan penyembah berhala di bumi Timur lalu menjatuhkan hukum syariat Islam ke atas raja-raja di bawah taklukannya. Isi dan intipati hukum inipun dimaktubkan di atas batu bersurat sebagai panduan untuk mereka dalam mentadbir negara dan rakyat...
“Itulah batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang ini kemudian dimasyhurkan sebagai bukti Islam sudah sampai di Terengganu 700 tahun dahulu,” kata Ayah Weng. “Batu yang sekarang disimpan di Muzium Negeri Terengganu ini begitu diiktiraf dalam sejarah tanah Melayu sehingga cerita tentangnya diajarkan sejak dari sekolah rendah lagi.”
Mengikut sejarah rasmi yang dibaca Rasyid, tiada siapa tahu siapakah penulis batu bersurat tersebut. Sejarahwan Barat pula mengaitkannya dengan Aceh lama kerana batu itu nampaknya mempunyai pengaruh Pasai berdasarkan ciri-ciri yang terdapat padanya.Memang ada cerita menyebut Terengganu dahulukala mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Samudera Pasai. Malah Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan lama di bumi Aceh itu dikatakan pernah datang ke Terengganu bersama Sheikh Ismail yang makamnya di Pulau Besar, Melaka kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sharif Muhammad Al-Baghdadi!

------------------------------------

Saya rasa tidak perlulah lagi memanjangkan cerita ini... Cukup saya akhiri artikel ini dengan sedutan penutup daripada bab “Tok Pulau Manis, batu bersurat dan beberapa warisan Aceh”, sedutan yang merupakan kata-kata aluan dan pembuka cerita dalam risalah yang diberikan kepada saya oleh waris Tok Pulau Manis 5 tahun lalu...

------------------------

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.
Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.
Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…


Sekian, wassalam...

p/s: Alhamdulillah... Settle! Insyaallah nanti akan saya buat pula sebuah artikel tentang kaum keluarga Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 pula... Walaupun zaman Tok Pulau Manis dengan Tokku Paloh berbeza lebih 200 tahun, menurut sirah kerohanian mereka pernah bertemu di mana Tok Pulau Manis telah menyerahkan kepimpinan kewaliannya kepada Tokku Paloh! Selamat ya...