Jumaat, Mei 02, 2008

Berjumpa kita di Central Market, Sabtu dan Ahad ini?

Gambar bahagian Annexe di Central Market seperti yang terpapar dalam cerita Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat setahun lepas...

Assalamualaikum semua... Setelah selesai memaparkan serta melepaskan beberapa buah cerita lagi berkenaan lawatan ke Kuala Terengganu pada siri pengembaraan terbaru ke Pantai Timur yang tamat lebih sebulan lalu, baru saya terasa dapat membuat posting ini... Sebagai peringatan bahawa esok dan lusa, Sabtu dan Ahad akan diadakan satu pameran buku alternatif di sekitar kawasan Annexe Central Market lalu saya bercadang untuk menyibuk dengan memaparkan buku-buku saya di "warung" melukis seorang rakan di sana!

Maka itu saya menjemput sesiapa yang ingin bertemu dengan saya atau sekadar memeriahkan suasana, meh le datang... Kemungkinan besar saya akan berada di sekitar sana selepas waktu Zuhur sehingga petang pada kedua-dua harinya Sabtu dan Ahad...

Untuk maklmuat lanjut tentang acara ini, sila baca balik artikel Rehat di Janda Baik dan pesta buku alternatif yang akan datang di Central Market, Kuala Lumpur... Berjumpa kita di sana nanti, Insyaallah? ... Untuk mendapatkan gambaran kedudukan tempat, sila baca cerita Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh" . Sekian!


p/s:
Fuuhhh... Baru settle... Dan inilah posting ke 300 untuk blogspot ini. Alhamdulillah! :]

4 ulasan:

  1. Salam MS,

    Lebih kurang seminggu merancang untuk ke pesta buku alternatif, nampaknya belum diizinkan. Sudah dlm perjalanan ke KL pun terpaksa berpatah balik sebab urusan yg tiba2 tak dpt dielakkan.

    So, apa kabar kawan2 yg bertandang ke Annexe? Mudah2an semuanya sihat2 dan ceria selalu.
    Apa next agenda hang MS? Dah habis merayap serata semenanjung ni, dah schedule untuk penerbitan akan datang?

    Salam
    -awanbadai-

    BalasPadam
  2. Wassalam. Alhamdulillah ada juga yang dapat datang tapi bukan chatters, mereka ini adalah pembaca siri buku BKA serta pembaca blogspot yang selalu mengikuti secara senyap. Dalam pada itu, tak sangka pula mahaguru utama Silat Kalam iaitu Cikgu Zahalan Man pun ingin berjumpa. Kebetulan pihaknya sedang membuat satu projek menggunakan perkhidmatan rakan saya Iedet yang warung lukisnya saya tumpang di CM... Lalu ada pihak memberitahu saya ada di situ untuk hujung minggu ini lalu Cikgu Zahalan ingin berjumpa... Atas nama perjuangan Melayu juga... Dapat juga bertukar-tukar fikiran sedikit...
    Apapun terimakasih saya ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi bertandang. Wassalam! :]

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum....
    Alamak, baru hari ni dapat tau (baru dpt ngadap pc yg ade internet). Tak apalah, may be lain kali ade kesempatan boleh la dtg...
    Apa-apa pun FYI MS, sy dh beli dh buku BKA 1 dan 2. baru beli, baca tak tau bila lagi, hehe... dengan kerja lagi, fokus exam lagi...
    Sudah habiskah pengembaraan MS tika ini? whats your next planing?
    Good luck...
    Wassalam...

    BalasPadam
  4. Wassalam... Bagus le dah dapat buku. Saya buat masa ini tak mengembara ke mana, lepak kat KL je untuk selesaikan beberapa perkara. Lepas tu tak tau le apa cerita.., :]

    BalasPadam