Khamis, Mei 01, 2008

Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...

Dalam penghujung artikel Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17... yang dibuat hari Selasa, saya ada menyebut begini...

Insyaallah nanti akan saya buat pula sebuah artikel tentang kaum keluarga Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 pula... Walaupun zaman Tok Pulau Manis dengan Tokku Paloh berbeza lebih 200 tahun, menurut sirah kerohanian mereka pernah bertemu di mana Tok Pulau Manis telah menyerahkan kepimpinan kewaliannya kepada Tokku Paloh! Selamat ya...

Maka apa lagi? Mari kita ke Kampung Paloh, Kuala Terengganu untuk menyusuri sedikit cerita tentang wali agung abad ke 19 Masihi ini pula... Mari! :]

Ini adalah kawasan pemakaman Tokku Paloh di Kampung Paloh, sekitar 5km daripada bandaraya Kuala Terengganu... Rasanya ramai pembaca yang pernah mendengar serba sedikit tentang sejarah berkenaan Tokku Paloh ini... Apapun, biar saya copy and paste sedikit sedutan daripada artikel bertajuk Gambar berkaitan Tokku Paloh (Pictures to do with Tokku Paloh) yang pernah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) penghujung 2006 iaitu sekitar satu setengah tahun lalu!

Masyarakat Malaysia yang celik sejarah perkembangan Islam di Kepulauan Melayu serta cerita para wali yang terlibat mesti pernah mendengar nama Tokku Paloh. Beliau atau nama sebenarnya Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus adalah ulamak terkenal yang menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III, pemerintah Terengganu penghujung abad ke 19. Tokku Paloh juga dikenali sebagai wali Allah penuh karamah yang sangat ditakuti penjajah.

Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tokku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya... Maksudnya Tokku Paloh lah yang lebih berhak membuat keputusan. Pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."

Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamirkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam berkuasa tinggi yang mampu membedil pantai Terengganu, satu taktik yang dikenali sebagai "gunboat diplomacy". Tokku Paloh cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama! Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.


Adapun, saya pernah menziarahi makam Tokku Paloh sekitar 10 kali rasanya... Tetapi baru dalam lawatan terbaru yang dibuat 30 Mac saya tergerak untuk turut menziarahi makam-makam di sekelilingnya...


Misalnya makam-makam di atas puncak bukit... Ini adalah makam sanak-saudara Tok Ku Paloh seperti sepupu, saudara dua pupu, ibu saudara dan sebagainya...


Kemudian baru ke makam Tok Ku Paloh dan sanak-saudaranya yang terdekat, di dalam kawasan berpagar batu yang kelihatan ini...


Makam Tok Ku Paloh pula terletak di dalam kawasan berpagar besi yang terkunci... Hmm... Di atas tadi, telah disebut bukan bahawa nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahmad al-Idrus? Adapun sebelum ke sini, saya telah melawat makam ayahandanya terlebih dahulu...


Makam itu terletak 2km daripada Kampung Paloh iaitu di suatu tempat bernama Cabang Tiga... Di Masjid Tokku Tuan Besar yang memakai nama sempena nama gelaran ayahandanya itu!

Hmm... Untuk bahagian cerita seterusnya, biar saya copy n paste terus apa yang telah diletakkan dalam artikel Masjid Tokku Tuan Besar dan makam-makam di belakangnya (The mosque of Tokku Tuan Besar and the tombs behind it) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi ya... Kemudian saya tambahlah apa cerita yang patut khas untuk para pembaca di blogspot ini pula... Sila! :]


Di belakang masjid ini, terletak makam Tokku Tuan Besar... Teringat pula bagaimana saya telah dibawa ke sini tahun 2004 oleh seorang kerabat diraja Terengganu yang tua, dikenali sebagai Engku Sayyid Mokhsin... Seorang manusia yang agak misteri, menurut sesetengah orang dia itu seorang keramat hidup... Wallahualam! Yang saya tahu, orangnya zuhud, selalu berpakaian jubah buruk dengan menaiki kereta Proton yang kemek-kemek... Senang cerita, kalau tak kenal, tak siapa pun menyangka dia itu orang istana...


Tokku Tuan Besar ialah satu gelaran yang diberikan kepada beliau kerana pernah menjadi ketua ulamak Terengganu pada zamannya... Nama sebenarnya ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Idrus dan Engku Mokhsin adalah salah seorang anak cucu keturunannya...


Di bahagian kaki makam Tokku Tuan Besar, terdapat makam ini pula...


Ia adalah makam anaknya Sayyid Mustapha yang juga dikenali sebagai Tengku Tuan Dalam... Beliau ialah seorang adik beradik Tokku Paloh. Kalau tak salah ingatan, Engku Mokhsin ada memberitahu Sayyid Mustapha berpangkat abang...


Di sebelah kiri makam Sayyid Mustapha, terdapat makam isterinya Tengku Maimunah binti Sultan Ahmad... Jika Tokku Paloh terkenal sebagai guru serta penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III, Sayyid Mustapha pula sudah dikira masuk dalam kerabat terdekat diraja Terengganu melalui perkahwinan dengan puteri kepada Sultan Ahmad...


Kemudian saya tertarik pada sepasang makam ini pula!


Rupa-rupanya yang ini adalah makam Sayyid Abu Bakar, anak kepada Sayyid Mustapha... Dan kalau tak salah ingatan lagi, Engku Mokhsin ada menunjukkan makam ini sebagai makam ayahandanya...


Dan di sebelahnya terdapat pula makam isteri Sayyid Abu Bakar iaitu Tengku Puteri Kalsum. Rasanya inilah bonda Engku Mokhsin... Setahu saya Engku Mokhsin juga berkahwin dengan seorang kerabat terdekat Terengganu tetapi hidupnya langsung tidak menggambarkan beliau sebagai orang istana. Baru-baru ini, ada orang memberitahu beliau ada sedikit masalah dengan kerabat sekarang kerana caranya yang tidak menurut kebiasaan... Entah apa jadi pada beliau agaknya? Lama sungguh tak berjumpa dengannya...

Adapun sebelum pergi ke Masjid Tokku Tuan Besar, saya telah ke bangunan makam dalam gambar ini... Sila lihat cerita Makam lama di (the old tomb at) Cabang Tiga, Kuala Terengganu... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang juga telah dibuat tadi...


Untuk pengetahuan, di dalamnya terdapat makam seorang ulamak bernama Sayyid Mustapha Al-Idrus, dikatakan mangkat sekitar tahun 1794 Masihi... Ada yang kata tahun 1792...

Adapun nama penuh Tokku Paloh ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad (Tokku Tuan Besar) bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Sheikh @ Sayyid Hussein bin Sayyid Mustapha ini... Maka Sayyid Mustapha yang kemudian turut dikenali dengan panggilan Tokku Makam Lama ialah datuk kepada datuk Tokku Paloh! Sekian... :]


Ralat (dibuat pada 4 April 2021) : Setelah menaikkan artikel ini di Facebook semalam kerana teringatkan Engku Mokhsin isteri telah membacanya lalu memberitahu ada orang menegur tentang salasilah. Teguran bertarikh 25 Julai tahun 2018 itu tidak disedari kerana jarang membaca ruangan komen lantaran terdapat lebih 2,000 artikel telah ditulis di blogspot ini dan lebih 4,000 di dua lagi blogspot saya. Sekarang biar disalin teguran berkenaan...

Salam..

Terdapat sedikit kesilapan info mohon tuan perbetulkan supaya tidak menimbulkan salah faham.

Salasilah Tok Ku Paloh : Sayyid 'Abdul Rahman (Tok Ku Paloh) bin Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) bin Zaynal 'Abidin bin Hussin bin Mustofa bin Sheikh al-'Aydarus..

Tok Ku Maqam Lama nama sebenarnya ialah Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Sheikh al-'Aydarus.. Beliau merupakan datuk kepada Tok Ku Tuan Besar melalui ibundaya iaitu Sharifah 'Aishah (Tuan Hitam) binti Muhammad(Tok Ku Maqam Lama) bin Ahmad bin Sheikh al-'Aydarus yang telah berkahwin dengan dua pupunya iaitu Sayyid Zaynal 'Abidin bin Hussin bin Mustofa bin Sheikh al-'Aydarus..


17 ulasan:

  1. Terima Kasih tuan.

    Saya lahir & solat di Masjid Tok Ku daripada kecik tetapi tidak pernah tau siapa tok ku yg sebenarnya.

    Terima kasih atas maklumat & gambar.

    Irwan Daud
    Kg Simpang Tok Ku
    Now @ Putrajaya

    BalasPadam
  2. terima kasih

    saya generasi keturunan tokku paloh, cuba memahami dan mencari sasilah keturunan sebenar. keluarga dan nenda di tanam berhampiran dengan makam dari dulu hingga sekarang. cuba mencari jawapan untuk rujukan.

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan...teruskan usaha tuan termasuklah memaparkan usaha-usaha Tok Ku paloh dalam memartabatkan ugama islam. Selepas beliau wafat barulah inggeris mula campurtangan dalam pentadbiran di terengganu.

    BalasPadam
  4. asallamualakum saudara saya,saya harap pembongkaran rahsia dalam ulama nusantara terutama dalam pembongkaran ulama terengganu mana yg patut dirahsiakan dan mana yang patut dibukakan harap saudara faham.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.... terima kasih kerana sampaikan info ini
    saya orang terengganu. kalau menurut cerita makcik2 dan mak saya, kami ada salasilah daripada tok ku paloh. katanya ada sepasanag adik beradik daripada china/hong kong datang ke terengganu (lelaki dan perempuan). kedua-duanya kahwin dengan anak tok ku paloh dan salasilah kami datang daripada sebelah cina perempuan...
    namun, saya tidak pernah melihat bukti yang bertulis atau berjumpa dengan sanak saudara yang sebelah cina tersebut. jadi, saya tidak tahu jika hal ini adalah sahih atau tidak.
    jika admin ada info mengenainya, diminta agar dapat kongsi bersama. terima kasih

    farahdahli90@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Che Som (Ah Ling) antara isteri tok ku.

      Padam
  6. As salam.
    Semasa kecil sy dberitahu oleh Nyang (nenek Mak sy) bahawa suaminya bergelar Tengku Mamat, anak saudara kepada Tokku Paloh. Jika saudara admin mengetahui tentang hal ini, mohon share. Tkasih

    BalasPadam
  7. As salam.
    Semasa kecil sy dberitahu oleh Nyang (nenek Mak sy) bahawa suaminya bergelar Tengku Mamat, anak saudara kepada Tokku Paloh. Jika saudara admin mengetahui tentang hal ini, mohon share. Tkasih

    BalasPadam
  8. Assalam..
    Saya dah beberapakali ziarah makam tok ku paloh..arawah.moyang dan aki aki pernah berguru dengannya.. berjalan kaki dari hulu tembeling ke terengganu.. penjaga makam tok ku paloh bernama syed abdullah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam....blh bgi name penuh Syed Abdullah ti?

      Padam
  9. Assalam..
    Saya dah beberapakali ziarah makam tok ku paloh..arawah.moyang dan aki aki pernah berguru dengannya.. berjalan kaki dari hulu tembeling ke terengganu.. penjaga makam tok ku paloh bernama syed abdullah..

    BalasPadam
  10. Salam..
    Terdapat sedikit kesilapan info mohon tuan perbetulkan supaya tidak menimbulkan salah faham..

    Salasilah Tok Ku Paloh;
    Sayyid 'Abdul Rahman (Tok Ku Paloh) bin Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) bin Zaynal 'Abidin bin Hussin bin Mustofa bin Sheikh al-'Aydarus..

    Tok Ku Maqam Lama nama sebenarnya ialah Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Sheikh al-'Aydarus.. Beliau merupakan datuk kepada Tok Ku Tuan Besar melalui ibundaya iaitu Sharifah 'Aishah (Tuan Hitam) binti Muhammad(Tok Ku Maqam Lama) bin Ahmad bin Sheikh al-'Aydarus yang telah berkahwin dengan dua pupu nya iaitu Sayyid Zaynal 'Abidin bin Hussin bin Mustofa bin Sheikh al-'Aydarus..



    BalasPadam
  11. Assalam,syabas tuan dalam memperkenal ulama2 tanah air kita.
    Ada cadangan, boleh tuan tulis tentang keluarga tokku paloh. Anak-anak beliau. Setakat ni belum ada lagu yg menerangkan tentang semua anak2 keluarga beliau.

    BalasPadam
  12. Bulan 4 2019 ritu, sy bersama mertua dan dan isteri ada pulang ke kg cabang tiga@ kg tokku ni...
    mulanya sy xtaw pn rumahnya dkt dgn makam tok ku tuan besau ni... sbb betol2 makamnya blkg masjid tok ku tuan besar..
    dan sempatlah sy kenal dgn cicit beliau yg mengajau dkt masjid tu...ustaz ku haziq...dan lg 2 org yg sllu duk dpn tiap2 kali majlis ilmu, sy xsmpt tnye nama..hanya sempat berkenalan shje berborak psl keturunan tok ku...
    Klu dri rumah mertua sy nya mak tu, 50 meter je jln kaki nk g masjid.. dancklu ikot jln blkg akan jmpe n lalu 1 makam spt diatas iaitu tok ku makam lama...yg ni xsmpt sy ziarah..hnye sempat ziarah makam tok ku tuan besar shje...lgpn mse sy di ganu hanyalah utk berjmpe sanak saudara belah mertua sy...
    InShaaAllah akan dtg sy blk lg ke Ganu,
    sbb sy sye dgn suasana di sana dan majlis ilmu disana rse seronok...
    Klu de rezki kerja kt sana, mmg sy nk duk kg tokku tu..
    ape2 pn, bln 9/19 ni de majlis haul di masjid tok ku tuan besar...
    harap berkesempatan la pergi slme 2 hri tu..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.. boleh tak berikan nama anak² Tok Ku Paloh (Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad al-Idrus)? Saya berharap sgt boleh dapat jawapan dgn secepat mungkin. Terima kasih!

    BalasPadam