Rabu, Februari 04, 2026

Nisfu Sya'aban dan "Merah Silu Live" ke-22

Khamis 6 hari lepas ada dipersembahkan artikel bertajuk Ke JB secara impromptu dan "Merah Silu Live" ke-21 kerana sebab berkenaan. Sekarang biar dipersembahkan artikel dengan tajuk hampir sama.



Isnin malam Selasa 2 Februari 2026 saya dan isteri pergi ke Surah Al-Abrar, juga dikenali sebagai Tawfiq di Sungai Pencahala untuk satu majlis sempena malam itu sudah masuk Nisfu Sya'aban.



Ramai menghadiri sehingga melimpah ke luar bangunan.



Selepas solat Maghrib ada 3 kali bacaan Yassin diikuti doa khas sempena Nisfu Sya'aban.




Kemudian ada majlis Maulid. Masuk bangunan dari sisi yang bertentangan...







Keesokannya Selasa malam Rabu 3 Februari dilaksanakan edisi ke-22 "Merah Silu Live" melalui Tiktok memakai pakaian sama seperti pada malam Nisfu Sya'aban. Cerita perjalanan lama menurut giliran dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang dikongsikan dan diulas adalah seperti berikut  :-


29. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 - menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.


Sangatlah kena dengan keadaan apa lagi pada 9 Februari iaitu 5 hari sahaja lagi daripada sekarang saya dan keluarga akan berlepas untuk menunaikan umrah. Doakan segala lancar ya. :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan