Ahad, Oktober 26, 2025

'Beraya' ke selatan penghujung 2025

Kompilasi bagi cerita perjalanan terbaru ke selatan.


Perjalanan ini mengambil kesempatan atas cuti umum perayaan 20 Oktober dicampur cuti umum hujung minggu juga cuti hari bekerja. Ia secara rasminya bermula awal pagi Selasa 14 Oktober 2025 apabila keluar bersama isteri untuk menghantar ke pejabat di Shah Alam. Selepas bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya kami membawa beliau ikut kembali ke kampung di Muar sebelum berjalan lebih jauh ke Johor Bahru. Penumpuan diberikan untuk menziarahi rumah saudara mara sepanjang perjalanan dan kembali, tidak pada tempat-tempat dengan pemandangan menarik mahupun masjid dan makam seperti kebiasaan dalam perjalanan-perjalanan saya. Dengan itu, walau sudah memandu memandu sejauh 1,371 km, dalam tempoh 8 hari 7 malam lalu 'beraya' di 26 buah rumah (kalau dicampur rumah ibu saudara jadi 27) perkongsian dapat diringkaskan melalui 4 sahaja artikel seperti berikut :-


1. 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Dari Shah Alam membawa ke Muar

2. 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru

3. 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Mengimbau nostalgia Kluang sebelum ke Seremban

4. 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Ke rumah adik beradik isteri di Tanjung Sepat dan sekitar


Oh. Malam sekembalinya dari perjalanan, Selasa malam Rabu 21 Oktober diadakan edisi ke-10 "Merah Silu Live" di Tiktok. Kali ini penumpuan keluar sedikit daripada giliran dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang biasa dilakukan sejak acara mingguan ini dimulakan 19 Ogos. Sebaliknya diulas isi buku pertama  saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2006. Tonton rakaman di bawah. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,737 di CATATAN SI MERAH SILU.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan