Sabtu, Oktober 25, 2025

'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Ke rumah adik beradik isteri di Tanjung Sepat dan sekitar

OK. Tanpa membuang masa dipersembahkan cerita terakhir perjalanan baru selatan. Bersambung daripada 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Mengimbau nostalgia Kluang sebelum ke Seremban.



Pagi Isnin 20 Oktober 2025, hari perayaan Deepavali. Kami meninggalkan rumah anak buah isteri di timur Seremban untuk menuju ke kawasan pantai negeri Selangor.



Sampai persekitaran antara Sepang dan Sungai Pelek (sudah masuk Selangor) di mana terdapat banyak ladang buah naga dan gerai menjualnya singgahlah sebentar membeli buah dan air minuman.



Singgah di rumah seorang abang isteri di Bagan Lalang. Di situlah baru tersedar ada tertinggal barang ibu saudara di rumah anak buah. Selepas makan tengah hari bergerak kembali ke Seremban untuk mengambil barang. Tapi taklah sampai ke rumah. Berjumpa di Muzium Negeri.



Atas asbab itu dapat singgah ke Masjid Sri Sendayan yang menjadi tarikan pengunjung sejak beberapa tahun lalu.



Sebelum itu tak ikut laluan berdekatan kerana berkejar ke rumah abang isteri disebabkan beliau ada urusan bermula jam 3.



Pergilah ke pantai Bagan Lalang sekitar 3 km dari rumah abang isteri.



Ibu saudara yang tidak pernah pergi ke kawasan pantai Selangor seronok lalu membelanja makanan laut.



Bergambar di pantai...



Kemudian baru ke kampung isteri iaitu Tanjung Sepat. Singgah dahulu di jeti, dalam kawasan pekan majoriti Cina.



Selepas itu sempat ke rumah seorang lagi abang isteri di satu kawasan perumahan sebelum ke rumah pusaka dalam kawasan kampung majoriti Melayu berketurunan Jawa.




Pagi Selasa 21 Oktober pergi ke dua buah rumah abang-abang isteri.




Selesai itu bergerak meninggalkan Tanjung Sepat. Singgah sebentar di Batu Laut.



Pusing-pusing sebentar di pantai Morib.



Selepas pergi ke rumah seorang lagi abang isteri (beliau ada 13 orang adik beradik, 10 orang lelaki) dekat Banting singgah di tempat berdekatan membeli kerepek.



Kami sampai ke persekitaran rumah ibu saudara di Petaling Jaya sejurus sebelum jam 3. Tapi tak balik rumah dahulu. Sebaliknya menurunkan beliau dan isteri untuk berurut badan di kedai berdekatan sambil saya beriktikaf dan berehat di masjid ini.



Sampai ke rumah lewat petang didapati saya sudah memandu sejauh 1,371 km. Untuk makluman kami sudah 'beraya' di 26 buah rumah. Kalau campur rumah ibu saudara jadi 27.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan