Rabu, Julai 02, 2025

Jejak Langkasuka 2025 - Ziarah ke makam-makam dan tempat bersejarah Patani sebelum ke makam Sheikh Abdussamad

Salam semua. Merujuk pada artikel pertama siri iaitu Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula yang dipersembahkan 2 hari lalu.  Ada dinyatakan bahawa pada pagi Rabu (hari ini) hingga Khamis petang (esok) mahu menghadiri majlis-majlis ilmu di tiga tempat berlainan di Lembah Klang. Satu sudah dihadiri, di Petaling Jaya. Sebenarnya bukan pagi tetapi petang tadi. Satu lagi menyusul malam ini di Gombak. Sementara ada sedikit kelapangan biar dikeluarkan cerita hari ketiga perjalanan baru ke selatan Thailand. Bersambung daripada Jejak Langkasuka 2025 - Dari Padang Besar ke Narathiwat, Saiburi dan Pattani.



Pagi Khamis 26 Jun 2025 bersamaan 29 Zulhijjah 1446 Hijriah yang menurut kalendar adalah hari terakhir tahun Islam ini, alhamdulillah dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Zulhijjah. 




Seronok rasa dapat mencapai sasaran mengkhatamkan di hotel kegemaran yang menghadap satu liku teluk Sungai Patani.



Sekitar jam 10.15 meninggalkan hotel untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Patani.




Biar gambar-gambar ini bercerita...
















Selanjutnya lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN :-














Kebanyakkan tempat-tempat tadi pertama kali dijejaki dalam perjalanan 7 tahun lalu. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.


Masuk waktu Maghrib sampai ke makam Sheikh Abdussamad al-Falembani yang hampir setiap kali dijejaki setiap kali ke selatan Thailand belah pantai timur, sejak pertama kali sampai awal 2017. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora. Di sini bermulanya Ma'al Hijrah tahun baru 1447 buat kami. Semoga dapat semangat perjuangan juga ilmuwan almarhum yang syahid pada usia lebih 130 tahun sekitar tahun 1839 Masihi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan