Salam lewat petang Selasa 13 Zulhijjah 1446 Hijriah. Sementara ada sisa hari terakhir Tasyriq biar dibuat perkongsian. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru utara, hari paling banyak singgah dan beriktikaf di masjid-masjid. Supaya cerita terasa cukup lengkap telah disediakan terlebih dahulu 13 buah artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 3 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari Lebuh Aceh ke kaki Gunung Jerai.
Petang Ahad 1 Jun 2025 bersamaan 4 Zulhijjah, sekitar jam 1.55. Saya dan isteri meninggalkan rumah rakan di kaki Gunung Jerai iaitu ke utara sedikit dari pekan Gurun. Malam sebelumnya rakan telah membuat masakan istimewa briyani resepi sendiri. Namun paginya harus keluar awal untuk satu urusan di Perak.
Dari rumah cuma 1.5 km sahaja ke pangkal jalan naik ke Gunung Jerai. Memang bercadang hendak naik ke atas sana. Kali terakhir naik bersama isteri adalah pada Januari 2015. Lihat artikel lama Dari Gunung Jerai ke Lembah Bujang - Memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH. Kali terakhir saya sendiri naik pula adalah pada April 2017. Lihat Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Berhimpun di puncak gunung sebelum menutup majlis di kaki barat.
Namun apabila diberitahu ramai orang naik dengan kereta singgah ada kesesakan sepanjang 5 km selain kesesakan yang dapat dilihat sendiri di kaki gunung terus tak jadi naik. Sebagai ganti singgah di masjid ini di bahagian lain kaki gunung. Lihat Masjid (Mosque of) Nurul Iman, Kampung Titi Teras, Yan.
Kemudian ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Hannan, Teroi, Yan.
Sebetulnya isteri ada memberitahu mahu beriktikaf di 20 buah masjid dalam perjalanan utara kali ini. Semasa hari pertama Khamis 29 Mei bersamaan 1 Zulhijjah sudah dapat 4, sementara saya 7. Saya ada singgah dua buah masjid di Kuala Selangor sementara isteri terlibat dengan hal kesatuan sekerja. Kemudian ada masuk satu di Bagan Datuk sementara beliau menunggu dalam kereta. Lihat Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Memulakan perjalanan jauh terbaru 1 Zulhijjah.
Pada hari kedua, Jumaat 30 Mei bersamaan 2 Zulhijjah, isteri dapat 3, saya pula 5. Ada satu di Pantai Remis saya pergi sementara isteri bermesyuarat secara atas talian dari sebuah warung. Satu di Kampung Kaki Gunung Semanggol saya masuk ketika masjid dipenuhi orang lelaki sahaja menunggu masuk waktu solat Jumaat. Lihat Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Segari, Gunung Semanggol dan Pulau Pinang.
Pada hari ketiga, Sabtu 31 Mei bersamaan 3 Zulhijjah kami sama-sama pergi ke 3 buah masjid. Lihat Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari Lebuh Aceh ke kaki Gunung Jerai. Berbalik pada cerita hari keempat. Selepas singgah di 2 masjid yang diberikan pautan tadi kami ke 2 buah lagi sebelum berehat makan minum sebentar di satu tempat menarik. Lihat artikel-artikel berikut :-
Sebetulnya rancangan kami hari itu adalah selepas naik ke Gunung Jerai lalu singgah di beberapa tempat di atas sana hendak masuk ke Pulau Bunting yang jalan masuknya terletak kira-kira 15 km dari pangkal jalan ke atas gunung.
Tengok-tengok tak boleh masuk waima berjalan kaki sekalipun kerana ada pintu pagar dan pengawal keselamatan menghalang. Lihat A stop at Pulau Bunting bridge.
Dah alang-alang begitu pergilah singgah lagi dari masjid ke masjid. Lihat artikel-artikel berikut :-
Sampai ke masjid ke-6 dalam senarai atas ini isteri sudah berjaya mencukupkan 20 masjid iktikaf. Selepas itu kira bonus. Saya pula menambah dengan ziarah ke tanah perkuburan dan makam. Kalau naik gunung apa lagi berserta jalan kaki ke pulau mustahil sempat singgah dan beriktikaf di begitu banyak masjid. Lihat artikle-artikel berikut...
Malam itu menjamakkan solat Maghrib dan Isyak lalu beriktikaf sebentar di Masjid Zahir, Alor Setar.
Lewat malam baru sampai ke tempat menginap iaitu sebuah surau lama di Langgar. Sebelum itu sempat merakam video di satu surau lain berdekatan yang ada makam dipercayai berusia lebih 1,000 tahun. Ceritanya akan dikongsikan melalui artikel khas untuk pautan Tiktok.
Selamat sejahtera diucapkan kepada saudara merah silu
BalasPadam