Salam semua. Untuk cerita hari ke-5 dan terakhir perjalanan baru utara ini sengaja dibuat Rabu malam Khamis supaya dapat tarikh 15 Zulhijjah. Bersambung daripada Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar.
Pagi Isnin 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446 Hijriah. Setelah bermalam dan beriktikaf di surau lama ini di Langgar kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.
Kawasan pemakaman diraja Kedah terletak sekitar 100 meter sahaja dari surau. Kami setakat lalu memberikan salam.
Bersarapan setelah 2-3 kilometer keluar menuju ke bandar raya Alor Setar.
Masuk ke pusat bandar raya...
Menuju ke tempat mesyuarat.
Sudah dinyatakan dalam artikel pertama perjalanan bahawa ia bermula dengan menghantar isteri untuk satu urusan di Kuala Selangor pagi Khamis 29 Mei. Yetapi dipanjangkan hingga ke Alor Setar kerana ada mesyuarat bagi mengatur salasilah untuk bagi kaum kerabat kami dari keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhmmad Amin, Perak. Sebab itu siri penceritaan ini diberi nama "Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar". Kerana perjalanan berlaku disebabkan itu lalu dibuat banyak persinggahan.
Semasa menuju ke tempat mesyuarat ada terlihat papan tanda arah ke rumah kelahiran negarawan, Tun Dr Mahathir. Selepas mesyuarat pergilah singgah.
Bukan tak pernah ternampak papan tanda arah sebelum ini apabila bertandang ke Alor Setar. Tapi kali ini baru singgah. Lihat artikel Rumah kelahiran (House of birth of) Dr Mahathir di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Selepas itu masuk kembali ke pusat bandar raya. Isteri mahu mencari barang di Pekan Rabu.
Selepas jam 4 petang baru meninggalkan Alor Setar. Terus mengambil lebuh raya ke arah selatan.
Keluar sebentar ke Seberang Perai untuk singgah satu kawasan pemakaman yang sudah beberapa lama tahu wujud tetapi baru kini menjejakkan kaki. Lihat Kawasan pemakaman diraja (Royal mausoleum of) Kampung Kota, Permatang Pasir.
Singgah di masjid berdekatan untuk beriktikaf dan berehat sebentar. Lihat Masjid (Mosque of) Haji Abdul Latiff, Permatang Pasir diikuti Tanah perkuburan di Masjid Haji Latiff (Cemetery at the mosque of Haji Latiff).
Perjalanan diteruskan menuju ke Taiping melalui satu jalan dalam kemudian masuk sedikit lebuh raya. Makan malam di Restoran Kuey Teow Doli.
Tengah malam itu beriktikaf dan berehat di masjid Bukit Gantang.
Apabila sampai ke rumah awal pagi Selasa jam 3.51 pagi didapati saya sudah memandu sejauh 1,080 km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan