Isnin, Jun 09, 2025

Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari Lebuh Aceh ke kaki Gunung Jerai

Pergi pada cerita hari ke-3 perjalanan utara baru ini. Bersambung daripada artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Segari, Gunung Semanggol dan Pulau Pinang.



Awal pagi Sabtu 31 Mei 2025 bersamaan 3 Zulhijjah 1446 Hijriah. Dari tempat penginapan di pusat bandar raya Georgetown di Pulau Pinang saya keluar berjalan kaki.






Saya mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Lebuh Aceh juga beriktikaf.




Ziarah juga makam pengasas masjid merangkap pengasas kawasan Lebuh Aceh itu sendiri, di hadapan masjid. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART):-







Dalam perjalanan kembali ke tempat penginapan singgah pula di sini. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Kapitan Keling.



Sebelum sampai ke tempat penginapan bersarapan sat sambil menyambung sedikit kerja kajian dan penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).



Selepas kembali lalu menyerahkan sarapan bungkus kepada isteri dalam bilik duduk luar hadapan tempat penginapan. Dari situlah ditulis artikel Mengenai Ibnu Khaldun dan kitab agungnya Muqaddimah, 3 hari selepas majlis ilmu berkenaan dihadiri di ISTAC.  Ada dinyatakan pada permulaan artikel bahawa penulisan dibuat di Pulau Pinang setelah beberapa hari memulakan perjalanan ke utara.



Tengah hari selepas mendaftar keluar dari tempat penginapan berjalan kaki ke satu lagi restoran nasi kandar berdekatan (selain Line Clear yang disinggahi petang sebelumnya).



Yang ini baru dapat tahu tempat kewujudan dan kedudukan, ketika berjalan kaki dari Lebuh Aceh kembali ke tempat penginapan. Ada tulisan di sisi bangunan sebaris dengan tempat penginapan menyatakannya sebagai Restoran Hameediyah, diasaskan tahun 1907, restoran nasi kandar tertua di Malaysia.



Selepas makan baru keluar menaiki kereta...



Bawa isteri singgah ke Masjid Kapitan Keling diikuti Masjid Lebuh Aceh.






Pusing bandar raya.






Selepas itu cadangnya hendak menaiki feri keluar pulau ke tanah besar. Rupa-rupanya dah lama kereta tak boleh naik feri, dah 5 tahun begitu. Kena keluar melalui jambatan pertama.



Sampai ke Seberang Perai di tanah besar ambil satu lebuh raya tempatan lalu berhenti di tempat persinggahan yang ada pantai. Lihat artikel The beach at RnR of Bagan Ajam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.






Hampir senja masih dalam perjalanan lagi.



Selepas masuk waktu Maghrib baru sampai ke destinasi terakhir hari itu, rumah seorang rakan aktivis yang sudah beberapa tahun tidak ditemui, di kaki Gunung Jerai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan