Artikel kompilasi bagi siri kecil berkenaan.
Perjalanan berlaku atas asbab mahu menziarahi ibu bapa saya di kampung di Muar mengambil kesempatan atas cuti Hari Pekerja pada hari Khamis 1 Mei. Tetapi ia secara rasminya bermula lebih awal pagi Selasa 29 April 2025 bersamaan 1 Zulkaedah 1446 Hijriah apabila meninggalkan rumah untuk menghantar isteri ke pejabat di Shah Alam. Malam itu tidur di rumah makcik di Petaling Jaya, adik kepada ibu, sebelum menghantar lagi isteri ke pejabat pagi Rabu 30 April. Petang itu mengambil makcik yang mahu ikut sekali kembali ke Muar. Dalam perjalanan singgah ke rumah saudara diikuti rumah adik di Melaka.
Pagi Khamis 1 Mei bersamaan 3 Zulkaedah keluar membawa ibu bapa berjalan-jalan di bandar Muar. Jumaat 2 Mei pula saya keluar berseorangan ke Parit Sulong, Batu Pahat untuk menunaikan satu hajat yang sudah lebih 40 tahun tertunda - Untuk mendaki bukit bukau yang pertama kali dilihat ketika menumpang kereta seorang saudara dua pupu kembali dari bercuti ke sekolah asrama penuh, Sekolah Menengah Sains Johor atau SMSJ di Kluang. Malam itu ke majlis marhaban di rumah saudara yang mana saudara dua pupu yang sudah lama tidak ditemui itu ada. Esoknya Sabtu 3 Mei bersamaan 5 Zulkaedah meninggalkan kampung untuk kembali ke Lembah Klang. Singgah dahulu ke beberapa tempat ke arah Segamat untuk majlis perkahwinan saudara sebelum singgah lagi ke beberapa rumah saudara membawa ke Seremban. Semuanya berlaku atas asbab mahu ke Muar itu.
1. Surau (Praying hall of) Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam
2. Asbab ke Muar awal Zulkaedah - Antara Shah Alam, PJ dan kenangan lama
3. Climbing Bukit Botak at Parit Sulong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan