Isnin, Januari 13, 2025

Bersedia untuk webinar "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" jam 9.15 malam 20 Januari

Merujuk kepada artikel  Kenapa webinar "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula" mahu diadakan 20 Januari 2025 yang dipersembahkan petang Jumaat lalu 10 Januari 2025. Penemuan atau lebih tepat peringatan yang diperolehi akibat penyediaan artikel membawa kepada hantaran berikut dikongsikan dalam Facebook bersama rakaman video...


BOLEH BUAT DAN PERNAH BUAT SENDIRI PUN RUPANYA
Ketika menyediakan artikel tentang kenapa mahu menganjurkan webinar tentang Perjanjian Pangkor pada 20 Januari ini terjumpa artikel lama menunjukkan pernah buat pun webinar sendiri walau setakat pakai Zoom free. Semasa itu sempena tepat 17 tahun jasad Laksamana Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak, setelah lebih 100 tahun dikebumikan dalam buangan di Singapura. Lihat rakaman video ini. Oleh itu webinar Perjanjian Pangkor 20 Januari ini saya akan buat sendiri, insyaallah.



Malam itu saya menyemak kembali bagaimana dapat melakukan webinar tentang Laksamana. Setelah dapat mengingatkan cara timbul rasa untuk mencuba lalu membuka "meeting room" Zoom. Selesai itu dikeluarkan hantaran undangan berikut :-


MEH BORAK SAMBIL TEST
Salam. Nak buat test session dan recording bagi persediaan webinar 20 Januari. Semua dijemput masuk sebentar lagi jam 10 malam.
Radzi Sapiee is inviting you to a scheduled Zoom meeting.
Topic: Testing Untuk Webinar Perjanjian Pangkor
Time: Jan 10, 2025 10:00 PM Singapore
Join Zoom Meeting
Meeting ID: 830 4671 9710
Passcode: Sr0C1n


Hantaran dibuat cuma 7 minit sebelum test session atau ujian bermula jam 10 malam. Hasilnya dikongsikan melalui hantaran pagi Sabtu 11 Januari...


SETTLE UJIAN WEBINAR "PERJANJIAN PANGKOR SETELAH 151 TAHUN : SATU PENILAIAN SEMULA"
Salam. Semalam telah diadakan sesi ujian bagi webinar berkenaan. Dengan itu dapatlah dilihat apakah masalah teknikal yang perlu diatasi. Ternyata memang ada. Namun dapat juga dibuat pengisian yang bermakna dalam tempoh terhad 40 minit menggunakan Zoom percuma. Tonton video ini. Sekarang minta maklum balas. Jam berapa sesuai hendak dimulakan 20 Januari nanti hari Isnin?


Untuk makluman ujian sekadar menggunakan dokumen dalam bentuk PDF juga gambar dalam format JPG untuk paparan bagi menyokong pembentangan. Tidak ada slaid Power Point seperti biasa dilakukan orang. Saya pernah buat lebih kurang ketika akhir sekali membentang 5 bulan lalu, dalam majlis fizikal yang juga berlangsung secara atas talian. Ada menggunakan PDF selain slaid. Walaupun berlaku sedikit gangguan rentak ketika hendak bertukar paparan tidaklah menimbulkan sangat masalah Lihat Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos

Cuma terlupa ketika itu ada pihak memantau dan menjaga perjalanan acara. Saya cuma perlu memberikan tumpuan pada pembentangan. Dalam ujian baru ini perlu membuat semua secara bersendirian kerana itulah yang akan dilakukan dalam webinar akan datang. Harus memantau sendiri melalui maklum balas, bagaimanakah rupa paparan yang diterima orang. Ini kerana apa yang dipaparkan dalam komputer riba saya tidak semestinya sama dengan apa yang orang lain lihat.

Mengambil iktibar daripada masalah paparan tidak sama yang timbul dalam ujian, antaranya disebabkan harus bertukar daripada PDF ke PDF juga JPG didapati adalah lebih baik segala yang mahu dipaparkan dibuat dalam bentuk slaid. Ini pun diusahakan sehingga lewat malam. Lalu dibuat lagi ujian  jam 9.15 Sabtu malam Ahad. Kali ini tanpa meminta orang lain terlibat. 

Cuma ada saya sahaja membentang dan isteri melihat melalui telefon pintar. Itupun pakai telefon saya kerana isteri tak install Zoom dalam telefon beliau. Hasilnya ternyata lebih baik lalu dikongsikanlah hantaran berikut di FB...o

rdoetSpns9f 1aay15t 92auaf1 25nt19:6am1ra7h2a1uic2gcg20Juua 
Shared with PublicShared with Publ
'PREVIEW' UNTUK 151 TAHUN PERJANJIAN PANGKOR
Salam. Sesi ujian malam semalam telah mengajar untuk memperbaiki beberapa perkara. Antaranya kena juga buat Power Point presentation. Supaya tidak berlaku kekeliruan seperti semalam ketika hendak beralih dari PDF ke PDF juga JPEG. Tadi diujilah bagaimana rupa paparan slaid. Alhamdulillah cukup cantik dah. Cuma ada suara berdengung kerana turut membuka Zoom dalam telefon bimbit... supaya dapat melihat bagaimana majlis dipaparkan dalam skrin orang lain. Lihat video bawah...



Tentang masalah suara berdengung, didapati ia disebabkan suara pembentangan yang keluar  daripada telefon bimbit. Kalau dikecilkan pun masih ada masalah. Selain itu didapati ada keperluan agar rakaman yang dibuat melalui Zoom (tanpa rakaman bagaimana hendak diabadikan majlis untuk tontonan kemudian?) cuma dimulakan setelah slaid pertama dipaparkan. 

Untuk ujian-ujian ini saya telah meletakkan setting mulakan rakaman sebaik sahaja sesi bermula. Ini kerana takut berulang masalah semasa akhir sekali membuat webinar sendiri lebih setahun lalu -  Tidak dapat merekodkan sesi soal jawab kerana tidak dapat menemui butang untuk merakam semasa sesi berlangsung. Lihat Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven.

Lalu dibuatlah satu lagi ujian bermula sekitar jam 10.15. Kali ini tanpa meletakkan setting merekod secara automatik. Ini kerana mahu rakaman dimulakan setelah slaid pertama, slaid pengenalan terpapar. Cuma didapati kalau dipaparkan penuh skrin iaitu selepas menekan butang/ikon slide presentation tidak dapat ditemu butang rakaman. Cuma dapat ketika slaid dipaparkan kecil dalam paparan induk Power Point yang menunjukkan ikon-ikon suntingan.


Beginilah hasilnya. Cukuplah untuk merasa yakin boleh melakukan pembentangan sebaik mungkin walaupun harus bersendirian melaksanakan apabila sampai waktu. Isteri boleh memberikan tumpuan membuat Facebook Live menggunakan telefon beliau bagi memaparkan perjalanan majlis dari sudut lain, bukan seperti yang dipaparkan melalui Zoom. 

Oh. Kembali pada maklum balas yang dipinta dalam hantaran pertama yang ada rakaman video. Tentang jam berapakah harus dimulakan webinar 20 Januari nanti. Ramai mencadangkan 9.30 malam. Ada yang mencadangkan jam 9. Ada pula kata mana-mana pun boleh. Saya pun mencadangkan jalan tengah iaitu 9.15 malam. Semua bersetuju.

Lewat petang sebelum Maghrib dibuka "meeting room" untuk webinar sebenar. Disebabkan had masa 40 minit kerana menggunakan Zoom percuma dipecahlah kepada dua sesi iaitu pembentangan bermula jam 9.15 malam, soal jawab menyusul jam 10. Selepas itu diwar-war bersama slaid pertama seperti berikut...


UNDANGAN BAGI MENYERTAI WEBINAR SEMPENA 151 TAHUN PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI INI JAM 9.15 MALAM
Salam semua. Dengan lafaz bismillah, saya Radzi Sapiee yang merupakan generasi ke-5 keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin, salah seorang yang menandatangani perjanjian pada 20 Januari 1874 mengundang tuan2 dan puan2 bagi menyertai webinar percuma seperti berikut :-
Tajuk: Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula
Sinopsis Isu : Ada yang melihat Sultan Abdullah dan para pembesar yang menandatangani/menurunkan cap mohor ke atas Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 sebagai kurang bijak. Ini kerana banyak terma perjanjian sebenarnya merugikan agama, bangsa dan tanah air. Kenapa sanggup menandatangani? Kelihatan seperti kerana gopoh mahu mendapatkan pengiktirafan Inggeris terhadap keabsahan Sultan demi kepentingan peribadi.
Yang sebenarnya perjanjian ada dua versi. Satu dalam bahasa Inggeris, satu dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Yang biasa diwar-warkan adalah terma-terma daripada versi bahasa Inggeris yang dibuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Itu yang dijadikan rujukan sejak sekian lama.
Sedangkan yang difahami, dipersetujui lalu diturunkan tandatangan/cap mohor adalah versi bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ada banyak perbezaan daripada segi penggunaan kata-kata. Sejumlah sebenarnya membawa maksud yang sangat berlainan dengan versi bahasa Inggeris.
Ringkasnya, jika dalam versi Inggeris Sultan mesti meminta nasihat Residen lalu melaksanakannnya versi Melayu cuma menyarankan, tidak mewajibkan. Ada beberapa hal lagi yang sebenarnya difahami begitu begini oleh orang Melayu tetapi lain oleh Inggeris. Lalu orang Melayu dilihat tidak mematuhi perjanjian sehingga membawa kepada konflik demi konflik yang akhirnya menyebabkan Perak jatuh ke tangan Inggeris. Walaupun daripada segi dokumen dan surat menyurat Perak cuma ‘dilindungi’ mereka.
Masa : 9.15 hingga 9.55 malam 20 Januari 2025 (Isnin malam Selasa)
Join Zoom Meeting
Meeting ID: 860 3884 4107
Passcode: 3JzGi8
Soal jawab diadakan dalam sesi sambungan yang terpisah jam 10 hingga 10.40.
Meeting ID: 879 5962 8759
Passcode: HyUu2M


Dengan ini saya boleh dikira sudah cukup bersedia untuk membentang. Jumpa kita Isnin malah Ahad 20 Januari ini, insyaallah. :]

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan