Salam malam 1 Rejab yang juga merupakan malam terakhir bagi tahun Barat 2024. Setelah mengambil agak banyak masa bagi menyiapkan lalu menyajikan artikel Wawasan ketauhidan untuk para ilmuwan - Menegaskan hala tuju universiti Islam juga pemikir awam biar cerita seterusnya perjalanan dibuat ringkas. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Menguji kereta 'baru' bagi perjalanan jauh.
Di kampung isteri di Tanjung Sepat kami lebih banyak berehat, kali ini di rumah seorang abang beliau yang baru sebulan dua siap, bersebelahan dengan rumah pusaka keluarga yang menjadi tempat kebiasaan menginap. Sambil itu dua orang anak menghabiskan masa dengan kawan sebaya yang berpangkat anak saudara mereka. Dekat jam 5 petang baru bersedia untuk menyambung perjalanan ke selatan.
Kami mengambil jalan menyusur pantai barat...
Sampai di Port Dickson berhenti berehat menghadap laut.
Dapatlah menyambung lagi sedikit bacaan Al Quran. Sasaran hari itu adalah untuk menamatkan juzuk ke-26.
Ketika masuk waktu Maghrib sedang mengambil jambatan menyeberangi Sungai Linggi dekat kuala masuk ke negeri Melaka.
Setengah jam kemudian lalu di Pantai Puteri. Dari situ masuk ke Tanjung Keling...
Sampai Masjid Tanah singgah bersolat di masjid lama yang memberikan nama. Lihat artikel Lawatan malam ke (Night visit to) "Masjid Tanah" di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Sekitar 10.45 baru sampai bandar Muar lalu singgah makan di medan selera Bentayan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan