Ahad, September 29, 2024

Melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT di sebalik kejadian alam

OK. Artikel ini sepatutnya sudah dipersembahkan selawatnya Sabtu petang semalam. Tetapi disebabkan pelbagai urusan hari itu membawa ke Hulu Langat diikuti Cheras kemudian Petaling Jaya diikuti rasa penat semacam sepanjang hari ini Ahad baru sekarang ada kelapangan untuk menulis lalu berkongsi cerita.



Merujuk pada artikel Sains semulajadi daripada pandangan alam Al-Quran : Adakah perlu? yang dipersembahkan pada hari Selasa 24 September. Ini ada lagi perkongsian ilmu daripada pembentang sama iaitu Dr Nur Jannah Hassan. Cuma jika hari itu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku kali ini di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak.



Sebelum ke majlis iaitu selepas solat Jumaat di masjid kampus 27 September 2024 layan makan shawarma di kafe berdekatan.




Selepas itu pergi ke pejabat berkenaan untuk mengambil kad matriks baru bagi memulakan pengajian peringkat PhD di ISTAC. Kali ini tidak perlu melalu proses pendaftaran rasmi di lokasi fizikal seperti dilakukan ketika hendak memulakan pengajian peringkat Master tahun 2018. Dan kali ini tidak boleh menggunakan gambar memakai tanjak malah apa-apa bentuk penutup kepala seperti songkok seperti dapat dilakukan dahulu. Rujuk cerita dan gambar berkenaan dalam artikel lama Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia.




Sampai masanya untuk mengikuti majlis yang menjadi asbab utama ke kampus Gombak.




Untuk pengetahuan ia sebenarnya adalah kesinambungan daripada majlis serupa sebulan lalu. Ini merupakan diskusi dan huraian daripada buku "Natural Science From the Worldview of the Quran" (Sains Semulajadi Daripada Pandangan Dunia Al-Quran") tulisan almarhum Profesor Emeritus Tan Sri Dr M. Kamal Hassan.. Lihat Makna sebenar ulamak dan Ulul Albab.







Maka itu dibuat dahulu recap atau pengingatan semula tentang isi muka-muka surat buku yang telah dibincangkan dalam sesi terdahulu. Ini adalah seperti dinyatakan dalam Makna sebenar ulamak dan Ulul Albab.




Ia lebih pada menerangkan  apakah masuk golongan Ulul Albab di dalam Al Quran, para pemikir yang sentiasa membuat renungan tentang kejadian alam seperti disebut ayat-ayat berkenaan.




















Selepas beberapa lama baru masuk pada perbicangan muka-muka surat baru. 




Kali ini penekanan diberikan terhadap melihat tanda-tanda kebesaran SWT di sebalik kejadian juga fenomena-fenomena alam.








Sebagai contoh ditunjukkan Surah Baqarah ayat 164 yang menyatakan :


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.




Kemudian diberikan huraian oleh almarhum Abdullah Yusuf Ali (hidup 1872-1953) tentang ayat tersebut. 




Almarhum terkenal kerana terjemahan Al Quran yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Kulit buku terjemahan adalah seperti dalam slaid...












Ini diikuti huraian oleh seorang lagi penterjemah terkenal Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979) terhadap Surah al An'am ayat 39. Ini adalah tentang mereka yang hatinya tertutup lalu menafikan kebesaran Allah walaupun tanda-tanda boleh jelas kelihatan di sebalik kejadian alam.




Ini diikuti huraian Maududi tentang ayat 17 hingga 27 Surah ar-Rum...










Ayat-ayat ini dinyatakan sebagai antara contoh terbaik bagaimana tanda-tanda kebesaran Allah SWT ditunjukkan secara sambung menyambung dalam Al Quran...




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan