Khamis, September 26, 2024

Diskusi buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" bersama pelajar saikologi antarabangsa

Salam semua. Merujuk pada diskusi buku ke-15 saya, "Adam (a.s.) and the Origin of Man" yang telah diadakan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku hampir sebulan setengah lalu. Lihat Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos. Adapun tidak lama kemudian saya dihubungi oleh satu badan yang dipanggil ISIP - International Students of Islamic Psychology (persatuan Pelajar Antarabangsa Saikologi Islam) untuk mengadakan diskusi secara atas talian bersama pihak mereka. Perbincangan pun bermula tentang bagaimana dan bila hendak mengadakan acara. Apakah ada aspek-aspek tertentu perkongsian dalam buku yang mahu diangkat dan sebagainya. Yang berbincang dengan saya adalah ahli-ahli ISIP bagi cawangan Malaysia. Setelah beberapa lama acara diputuskan mahu diadakan pada malam Hari Malaysia 16 September tetapi kemudian ditunda kepada 25 September iaitu malam tadi.



Poster ini diterima hari Sabtu lewat malam 22 September lalu terus diwar-warkan di media sosial. Sampai waktunya iaitu bermula jam 9 malam semalam acara pun berlangsung.




Ini adalah satu-satunya gambar printscreen yang saya ambil, ketika minit-minit awal acara.




Ini pula gambar yang diambil dengan kamera digital. Ketika ini saya hendak memastikan setakat mana paparan yang keluar dalam komputer riba saya serupa dengan apa yang boleh dilihat oleh penonton umum melalui Zoom. Selepas ini biar perkongsian diteruskan menggunakan print screen daripada fail-fail PDF yang dipaparkan semasa majlis.




Secara rata apa yang dikongsikan adalah serupa seperti semasa diskusi buku di ISTAC. Bezanya di ISTAC ada 3 orang pembicara buku yang telah terlebih dahulu menghabiskan bacaan buku lalu diminta berkongsi dapatan semasa majlis. Disebabkan itu saya cuma ada 10-15 minit sahaja untuk membuat pembentangan sebelum pembicara menyatakan dapatan. Selesai itu baru boleh memberikan maklum balas terhadap dapatan juga persoalan-persoalan yang ditimbulkan hadirin.




Diskusi bersama ISIP pula dimulakan (selepas pengenalan tentang majlis dan saya sebagai pembicara) dengan saya ditanyakan apakah sebab menulis buku. Maka itu dikongsikan isi pembentangan seperti pernah dikongsikan di ISTAC pada April 2018. Lihat Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC.




Hal sama ada dibuat semasa diskusi di ISTAC kurang sebulan setengah lalu. Cuma kali ini saya kurang terkejar-kejar lalu boleh bercerita lebih banyak tentang perjuangan memartabatkan ketamadunan Melayu yang menjadi asbab saya menulis lalu menerbitkan buku ke-11 "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Lalu" awal 2018. Buku menjadi asbab saya dipanggil membuat pembentangan di ISTAC April tahun itu. Pembentangan pula menjadi asbab saya memulakan pengajian pasca siswazah di institusi tersebut. Tujuannya adalah untuk mengangkat dapatan dalam buku terutama teori saya tentang masa menjadi lebih akademik.





Dengan itu terbitlah tesis berkenaan pada tahun 2023. Tesis inilah yang diperbaiki lagi menjadi buku ke-15 saya, buku yang dibincangkan dalam diskusi di ISTAC 15 Ogos 2024 juga dalam diskusi ISIP secara atas talian malam semalam 25 September. Cuma yang lebih istimewa kali ini saya telah tergerak untuk menerbitkan PDF mengandungi muka-muka surat terpilih buku. Tujuannya asalnya adalah untuk membantu ahli-ahli ISIP yang terlibat menjayakan diskusi agar lebih faham apa yang mahu dibincangkan dalam majlis.




Dalam menyediakan PDF khas ini iaitu pada lebih 2 minggu lalu terbit rasa agar ia juga boleh diedarkan secara percuma kepada semua yang mengikuti majlis bahkan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Ia secara rata mengandungi hampir 1/4 isi buku namun penerbit saya Crescent News (K.L.) menyatakan tiada masalah menerima niat baik saya itu. Apapun ia dibuat sebagai persediaan untuk tarikh asal majlis 16 September. Dalam diskusi yang akhirnya berlangsung semalam 25 September ada dinyatakan oleh kerana sudah ada PDF yang mana sesiapa pun boleh merujuk kemudian maka diskusi bolehlah dibuat secara cukup pantas tanpa perlu berlegar-legar sangat pada mana-mana satu isu kerana boleh dirujuk kemudian dalam PDF.




Maka dinyatakan latar belakang kajian seperti perlu dinyatakan dalam mana-mana tesis membawa kepada hal-hal seterusnya.









Rasanya tidak perlulah diulas panjang lebar lagi perkara.




























Cukuplah dinyatakan, seperti dalam pembentangan-pembentangan berkenaan sebelum ini, diskusi adalah menjurus kepada memperkenalkan dan mengangkat teori masa dan perkiraan matematik "linear versus nonlinear times" yang pada saya merupakan sumbangan terbesar buku ini dan apakah implikasinya terhadap pensejarahan manusia. Paling penting adalah bagaimana sejarah manusia moden yang dipanggil sebagai makhluk Homo Sapiens oleh sains selama lebih 200,000 tahun boleh dipadankan dengan zaman kehidupan 25 orang Rasul yang disebut dalam Quran. Tanpa teori ini paling kuat cuma mungkin 20,000 tahun sahaja sejarah Homo Sapiens boleh dikaitkan dengan 25 Rasul. Untuk tempoh sebelum itu kelihatan seperti langsung tidak ada kena mengena lalu tidak terjawab,




Alhamdulillah maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan. Terutama apabila ada seorang  bernama Shaikh Mabud turut mengikuti lalu kami bersoal jawab panjang. Untuk pengetahuan beliau ada tersenarai dalam tesis dan buku saya sebagai salah seorang cendekiawan Islam yang menolak teori evolusi yang dipelopori Darwin. Hakikat bahawa beliau memiliki PhD dalam bidang Fizik daripada Universiti of Cambridge, salah satu universiti tersohor dunia menunjukkan pertimbangan sewajarnya telah diberikan untuk menetapkan pendirian dalam menolak teori evolusi itu. Tanpa kelulusan sehebat itu cukup mudah untuk mereka yang menyokong evolusi menuduh mereka yang menolak sebagai tidak cukup pengetahuan dalam ilmu sains moden. Walhal terdapat ramai yang menolak disebabkan kelulusan dan pemahaman tinggi sains yang dimiliki, bukan sebab taksub pada pendirian keagamaan semata-mata.





Oh. Ini nama beliau seperti dinyatakan dalam tesis dan buku. Beliau telah menyatakan mahu mendapatkan buku apabila datang ke Malaysia awal tahun hadapan insyaallah. Semoga ini menjadi satu titik tolak untuk teori saya berkenaan masa mendapat perhatian lalu diambil lebih serius. Amin.


2 ulasan: