Ahad, September 29, 2024

Tentang Syed Muhammad Naquib al-Attas dan keilmuannya

OK. Ini pula perkongsian daripada satu majlis ilmu yang baru sahaja berakhir beberapa minit tadi.



Tajuknya boleh kelihatan jelas pada poster. Ia diadakan sepenuhnya secara atas talian, dalam bahasa Melayu.





Rasanya semua orang tahu siapakah dia Syed Muhammad Naquib al-Attas, tokoh besar ilmuwan Islam di Malaysia yang mahu dibincangkan. Namanya sangat gah sehingga tidak perlu diperkenalkan lagi. Pun begitu tidak semua orang tahu cerita asal usul tokoh berketurunan Nabi Muhammad SAW daripada keluarga Ba' Alawi Yaman yang berkembang biak di Malaysia dan Indonesia ini. Malah beliau juga mempunyai hubungan persaudaraan dengan Profesor Diraja Ungku Aziz dan Datuk Onn (bapa Perdana Menteri kedua, Tun Hussein Onn).





Selain berasal daripada keluarga ulamak dan ilmuwan Islam beliau kemudian menyambung belajar dalam bidang ketenteraan di England tetapi beralih minat pada dunia akademik lalu menulis banyak tentang ilmu Tasawuf juga perkembangan Islam di Alam Melayu sejak zaman berzaman. Syed Naquib kemudian terkenal sebagai salah seorang pelopor usaha Islamisication of Knowledge atau pengIslaman ilmu pengetahuan. Berkenaan usaha tersebut lihat artikel lama saya Renungan terhadap legasi pengIslaman ilmu pengetahuan dan masa hadapannya - Satu gagasan besar ummah yang harus diteruskan. Seterusnya beliau terkenal sebagai pengasas ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), tempat saya berjaya menghabiskan pengajian peringkat Master tahun lalu. Bermula bulan Oktober ini akan menyambung ke peringkat PhD pula.


Banyak yang diperkatakan tentang peribadi Syed Naquib, pemikiran dan keilmuan serta pelbagai macam sumbangan. Sila ikuti sendiri majlis melalui rakaman video atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan