Rabu, Mei 29, 2024

Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"

Merujuk pada artikel Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man" yang dipersembahkan jam 3.16 pagi tadi. Saya masih belum betul-betul dapat berehat disebabkan gerak kerja dan ilham yang muncul selepas itu. Adapun flyers yang dikongsikan dalam artikel tersebut dibuat hitam putih untuk cetakan bajet bagi disebarkan pada Pesta Buku Antaranbangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung sekarang terutama ketika diskusi buku nanti. Lihat Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024. Namun timbul rasa untuk menyebarluaskan ia melalui Facebook dan WhatsApp.


Selepas matahari naik baru terfikir. Eh. Kalau sebarkan melalui Facebook dan WhatsApp kenapa perlu hitam putih sahaja? Buat aje le yang berwarna. Bukan kena bayar pun.

Itu yang dibuat ini pula. Atas dalam bahasa Melayu, walaupun buku itu sendiri dalam bahasa Inggeris, terjemahan ke dalam bahasa Melayu mungkin tahun hadapan baru ada bawah dalam bahasa Inggeris. Lagipun boleh dibuat poster terhad bersaiz A3 bagi promosi di pesta buku malah di mana-mana. 



Dengan itu juga saya telah menerima banyak pertanyaan tentang cara mendapatkan buku. Sememangnya sudah ada sejumlah naskah dapat dijual sendiri termasuk melalui pos sejak saya mengambil sejumlah stok daripada penerbit, selepas buku keluar dari kilang cetak pagi Isnin 2 hari lalu.

Sebetulnya penerbit iaitu Crescent News KL adalah satu syarikat besar yang lebih terkenal sebagai pengedar buku yang memiliki jaringan luas di seluruh Malaysia. Maka buku dijangka akan memasuki toko-toko utama seperti Popular malah pada ketika ini pun sudah masuk di beberapa reruai di PBAKL walaupun baru sahaja keluar.

Di sini ingin dinyatakan cara-cara bagi mendapatkan buku terus daripada saya... 


-----------


Harga buku adalah RM49. Sangat berbaloi bagi buku setebal 320 muka surat yang sarat dengan pelbagai maklumat ilmiah termasuk cara penyelesaian yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini. Sehingga ada yang memberitahu harga ini sangat rendah. Sepatutnya RM120 pun boleh pergi. Ini harus lebih sesuai untuk pasaran antabangsa, dalam matawang USD.

Apapun, pembaca boleh mendapatkannya terus daripada saya. Boleh bertandang ke rumah yang beralamat:


29, Jalan Cemperaisari 3D,

Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang,

Selangor Darul Ehsan.


Tapi itu kalau sanggup datang. Boleh WhatsApp 013-3082131. Tanya dahulu jika saya berada di dalam kawasan. Atau boleh sahaja berjumpa di mana-mana kalau kebetulan saya ke suatu kawasan luar terutama ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Saya selalu ke sana terutama pada hari Jumaat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu.


Atau boleh minta sampaikan melalui Poslaju dengan harga tambahan RM7.90 menjadi RM56.90. Untuk itu sila masukkan jumlah berkenaan ke akaun saya :


Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


Selepas itu WhatsApp ke 013-3082131 bukti pembayaran berserta alamat pos dan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk kegunaan Poslaju. Saya akan poskan secepat mungkin.


--------------


Penulisan buku ini sebenarnya memiliki sejarah yang panjang. Ia bermula dengan suatu macam ilmu ahli Sufi yang disampaikan orang tertentu kepada saya sekitar tahun 2004-2005, ketika sedang hanyut dalam pencarian makna diri dan keTuhanan lalu banyak menghabiskan masa di Janda Baik dalam keadaan seperti seorang musafir majnun. Namun pada tahun 2013 baru ilmu berkenaan cuba dizahirkan melalui kiraan matematik, tahun 2015 diperhalusi dan diperbaiki sebelum dipanjangkan dalam buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu : Menyelaraskan Pengetahuan Tentang Penciptaan Manusia Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" yang diterbitkan secara 'berkembar' dengan buku ke-12, "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia : Menyelaraskan Sejarah Pergerakan Manusia Sejagat Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" pada bulan Mac 2018.

Ini seterusnya membawa kepada rentetan peristiwa yang mana saya akhirnya mendaftar masuk ke ISTAC, supaya dapat mengangkat apa yang diutarakan ke peringkat lebih tinggi, peringkat yang boleh diakui ahli akademik dan para cendekiawan. Terbitlah tesis berkenaan membawa kepada penganugerahan ijazah Sarjana (Master's) dalam bidang Malay World Studies (Pengajian Dunia Melayu) penghujung 2023. Itulah yang diperbaiki untuk menjadi buku.

Rentetan panjang itu boleh diikuti melalui artikel-artikel berikut :-


1. Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'

2. Memperhalusi kira-kira masa sebenar berdasarkan beberapa maklumat baru

3. Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?

4. Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal...

5. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC

6. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar

7. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah

8. Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL 2018

9. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia

10. Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan

11. Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku

12.  Antara dunia Melayu dan pemikiran ketamadunan Islam sejagat

13. Buku ke-15 dalam pembikinan untuk terbitan lepas raya...

14. Buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" - Mengejar PBAKL 24 Mei


Sesungguhnya buku ini adalah pengzahiran bagi satu perjuangan untuk mengangkat martabat orang Melayu dan ketamadunnya juga pemikiran tinggi Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan