Selasa, Januari 30, 2024

Bicara Laksamana di UPSI dan lain-lain acara 31 Januari

Dalam artikel Pertama kali ke ISTAC tahun 2024 dan Perjanjian Pangkor yang dipersembahkan Rabu malam Khamis 24 Januari ada disebut bahawa guru saya di ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam) iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar mengajak untuk bertemu kerana terfikir mahu membuat seminar separuh hari di ISTAC tentang Perjanjian Pangkor dalam masa terdekat dan mahu saya menjadi salah seorang pembentang. Dalam artikel Teologi Islam - Menyatukan suara-suara yang pelbagai yang dipersembahkan pagi Khamis 25 Januari pula dinyatakan tengah hari itu harus ke Tanjung Malim untuk membincangkan hal mengadakan satu syarahan tentang Laksamana Raja Muhammad Amin berdasarkan buku saya yang berkenaan. Kedua-kedua perkara iaitu Perjanjian Pangkor dan Laksamana Muhammad Amin saling kait mengait kerana Laksamana merupakan salah seorang yang menandatangani perjanjian pada 20 Januari 1874. Sekarang biar dilepaskan satu cerita yang menyentuh kedua-dua perkara.


Perbincangan di Tanjung Malim sebenarnya adalah bersama Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI (Universiti Pendidikin Sultan Idris). Hasil perbincangan, diputuskan mahu dibuat sesi bicara sama ada pada pagi Rabu 31 Januari atau esoknya pagi Khamis 1 Februari. Petang Jumaat 26 Januari baru diberitahu bahawa majlis diputuskan mahu diadakan pada pagi Rabu. Ketika menerima berita sedang penghujung satu majlis ilmu di ISTAC yang dihadiri secara fizikal petang itu.

Semalam pagi Isnin pula diberitahu bahawa majlis mahu dipercepatkan juga ditambah masa. Asalnya hari tu jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari, sekarang jadi 9.30-11.30. Sebaik sahaja bersetuju saya pun mendapat poster atas. Ia pun diwar-warkan di media sosial.



Berbalik pada majlis di ISTAC petang Jumaat yang ceritanya Rum(i), Uthmaniyah dan Turki dalam Kesedaran Budaya dan Kewartawanan Orang Melayu dipersembahkan sejurus sebelum tengah malam itu. Ada disebut saya sampai lambat setengah jam ke majlis kerana harus membuat sedikit kajian di Arkib Negara. Pagi tadi Selasa 30 Januari saya menuju lagi ke Kuala Lumpur. Ini kerana mahu menyambung kajian di Arkib kemudian ke Perpustakaan Negara.




Petang Jumaat itu saya cuma sempat mengenal pasti bahan yang mahu dicari, apakah terdapat di Arkib atau bagaimana. Tatacara (tatakelola? hehe...) di Arkib adalah bahan harus 'ditempah' terlebih dahulu untuk pinjaman dan cuma boleh diteliti dalam dewan penyelidikan. Lalu harus menunggu dalam tempoh sejam sebelum diberikan bahan (kerana disimpan di tempat lain lalu mengambil masa untuk dicari). Petang Jumaat memang tak sempat.




Tengah hari baru bertolak ke Perpustakaan Negara. Sebelum itu di rumah saya sudah mengenal pasti bahan-bahan yang perlu dicari secara atas talian.




Bahan-bahan tentang Perjanjian Pangkor adalah untuk pembentangan di ISTAC...




Di UPSI saya cuma akan menyebutnya sepintas lalu kerana banyak lagi perkara mahu dikongsikan tentang Laksamana Muhammad Amin selain penglibatan dalam perjanjian itu.



Satu perkara menarik. Petang itu di UPSI akan bersambung lagi satu wacana di tempat sama. Yang ini setahu saya sudah dirancang lebih sebulan lalu.

Di ISTAC sendiri ada majlis-majlis ilmu pagi dan petang sama 31 Januari.




Nampaknya boleh tahan meriah perkongsian ilmu sepanjang hari itu iaitu esok hari Rabu. Semoga pembaca dapat bersama dalam majlis saya. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,474 di CATATN SI MERAH SILU.


2 ulasan: