Rabu, Disember 20, 2023

Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta

Seterusnya. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut.



Awal pagi Selasa 12 Disember 2023. Saya telah bermalam di masjid ini berdekatan Gopeng.



Selepas matahari terbit baru menyambung perjalanan dengan bergerak ke bandar raya Ipoh melalui jalan lama...






Singgah bersarapan di kedai makan di halaman Masjid Panglima Kinta.



Aliran Sungai Kinta di hadapan menyegarkan mata.




Jam 10 baru ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mengikut sesi terbaru perbicaraan berkenaan hartanah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah.



Sesi berakhir selepas jam 1. Makan tengah hari di kedai nasi kandar berdekatan.



Esoknya Rabu 13 Disember ada lagi sesi. Maka saya mahu berlegar-legar tidak jauh dari bandar raya Ipoh.



Hati mengatakan elok dihabiskan masa di belah Ulu Kinta. Kiranya menyahut lagi panggilan seperti berlaku 2 bulan lalu. Lihat artikel Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan diikuti Misi hartanah dan wacana Laksamana - Dari Ulu Kinta ke hulu Sungai Siput.



Cuma dahulu saya ke Tanjung Rambutan terlebih dahulu sebelum ke jalan tar paling hujung di Ulu Kinta. Namun terlajak sedikit simpang ke arah Tanjung Rambutan di mana kelihatan masjid ini lalu membuat keputusan untuk singgah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Batu 8, Ulu Kinta dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Ini dia jalan menuju ke penghujung Ulu Kinta.



Sampai di jambatan paling hujung menyeberang Sungai Kinta membaca beberapa muka surat Al-Quran. Terlupa apakah ketika itu sudah habis baca sehingga selesai Juz 28 atau baru hendak memulakan Juz 29. Yang pasti saya harus khatam sebelum Maghrib petang Rabu kerana menurut kalendar ia adalah hari terakhir bulan Jamadil Awal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan