Ahad, September 24, 2023

Perak selepas 9 September

OK. Artikel kompilasi bagi perjalanan Perak baru ini.


Perjalanan bermula jam 6 petang Rabu 13 September 2023 atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di mahkamah syariah di Ipoh berkenaan pampasan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk, iaitu Laksamana Muhammad Amin di Mekah. Sesi kali ini berlangsung 2 hari berturut iaitu pada pagi Khamis dan Jumaat 14-15 September. Sambil itu dibuat sumbangan buku ke perpustakaan-perpustaakan awam hingga ke Taiping. Hari seterusnya Sabtu 16 September mendaki Bukit Larut kemudian ke Pulau Misa Melayu untuk menonton teater syair. 

Pagi Ahad 17 September perjalanan dipanjangkan ke Bagan Datuk. Timbul rasa untuk ke Beting Beras Basah yang terletak di kuala Sungai Perak. Tak disangka apa lagi dirancang, dilorongkan Allah SWT agar mudah sampai ke beting, tengah tempat pertabalan Sultan Perak. Kemudian baru bergerak ke bahagian lain Bagan Datuk. Selepas Maghrib baru sampai ke Batak Rabit. Pagi Isnin selepas jam 1 baru sampai kembali ke rumah.

Penat tak penat, sampai sekarang masih terasa hendak melepek. Manakan tidak. Banyak perkara harus dilakukan sekembalinya ke rumah. Tengah hari semalam dah keluar jauh lagi dari kawasan. Kini berada di Tanjung Sepat, karang kena hantar isteri berkursus di Port Dickson. 

Sambil itu harus berusaha membuat lagi pembetulan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Kali ini menurut arahan Postsupervisor iaitu penyelia selepas Viva atau peperiksaan lisan. Kena selesaikan sampai beliau betul-betul puas hati, baru boleh siapkan beberapa perkara lagi yang bersifat formaliti atau rasmi, surat menyurat, isi borang bagai. Kena kejar kesemuanya supaya sempat dapat ijazah sarjana semasa konvesyen yang dijadualkan berlangsung hujung November ini.


1. Perak selepas 9 September - Iktikaf di masjid lama Kepayang

2. Surau (Praying hall of) Al-Hasaniah, Kampung Seberang Sungai Tapah, Ipoh

3. Walking along the Kinta riverside in central Ipoh

4. Perak selepas 9 September - Menyambung sumbangan buku di sekitar Ipoh

5. Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Kampung Enggor 

6. Makam (Tomb of) Datuk Seri Lela Paduka, Enggor.

7. Perak selepas 9 September - Menyumbang buku hingga ke Taiping

8. Climbing up Bukit Larut
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan