Isnin, Januari 09, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Jejak kegemilangan kerajaan Melayu Singgora

Salam semua. Sekarang masuklah kita pada cerita hari ke-4 perjalanan ke selatan Thailand. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu 10 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 7 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung cerita daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Menyahut panggilan Nakhon Si Thammarat....



Pagi Ahad 25 Disember 2022. Setelah mendaftar keluar dari hotel kami pun menyambung kembali perjalanan.



Pergi kembali ke kuil terbesar dan paling penting di selatan Thailand, kuil yang pernah menjadi lambang kekuasaan kerajaan Ligor (Nakhon Si Thammarat) ke atas negeri-negeri Melayu ke selatan Segenting Kra iaitu sebagai wakil kerajaan Siam Thailand yang berpusat di Bangkok.




Kali ini baru dapat masuk ke dalam lalu mencapai tujuan utama ke Nakhon iaitu melihat meriam-meriam milik kerajaan Kedah yang dirampas dalam Perang Musuh Bisik 1821-1842. Lihat Dalam (Inside of) Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat diikuti  Meriam-meriam Kedah (Kedah cannons at) Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat.




Selesai itu baru boleh meninggalkan bandar raya.




Singgah makan di kedai makan Islam yang ditunjukkan dalam Google Map sebagai  kedua terakhir di  selatan luar bandar raya.



Selepas kawasan yang rupa-rupanya ramai orang Islam itu susah hendak mencari makanan halal. 



Perjalanan diteruskan ke arah bandar raya Songkhla sekitar 160 km ke selatan.




Masuk 40 minit kemudian sampai pula ke kawasan yang banyak kincir angin eletrik.



Kawasan ini terletak berdekatan pantai. Dahulu saya, isteri, dua orang anak dan dua orang kawan pernah lalu tetapi dari arah berlawanan. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat.



Sampai ke satu simpang tergerak untuk masuk bagi melihat laut.



Siap ada tempat duduk khas menghadap Teluk Siam. Lihat The sea halfway between Nakhon Si Thammarat and Songkhla.




Selepas itu masuk ke satu semenanjung menjulur masuk ke tasik besar Phattalung bagi melihat pemandangan ke arah bandar Phattalung iatu ke barat tasik besar. Lihat Phattalung lake from a peninsular on its east side.



Perjalanan diteruskan menyusur tasik besar ke arah selatan.



Singgah pula ke kuil ini yang memberikan pemandangan cantik tasik  Songkhla, satu lagi tasik besar yang dahulu saya ingat sama dengan yang di Phattalung tetapi sebenarnya berlainan walaupun bersambung melalui suatu macam sungai besar. Lihat Wat Pa Khat, Songkhla dan Lake Songkhla from Wat Pa Khat.




Selepas itu baru masuk ke bahagian lama Songkhla yang dikenali sebagai Nakhon Singha.




Ziarah ke makam Sultan Sulaiman yang boleh dikatakan pengasas kerajaan Melayu Singgora... atau kerajaan Singgora yang bebas merdeka daripada pemerintahan kerajaan Ayuthiya Siam yang berdiri sebelum wujud kota Bangkok pertengahan abad ke-18. Lihat Lawatan baru ke makam (New visit to the tomb of) Sultan Sulaiman Singgora.



Kemudian ke masjid atas nama baginda, masjid moden yang katanya didirikan di atas tapak asal masjid pada zamannya abad ke-17. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (mosque of) Sultan Sulaiman, Songkhla.



Seterusnya pergi melihat tinggalan kota-kota lama yang didirikan Sultan Sulaiman.



Di keliling kawasan ini membawa ke puncak bukit panjang setinggi lebih 140 meter dari paras laut pernah berdiri tembok batu dan kota-kota kukuh yang tidak terkalahkan walau diserang angkatan Siam yang besar. Cuma kemudian disebabkan waris Sultan Sulaiman kurang cekap baru jatuh kembali ke Siam. Selepas itu ada keturunan yang diangkat menjadi gabenor di Chaiya, Phattalung dan Nakhon Si Thammarat. Kalau tak salah yang menyerang Kedah tahun 1821 dalam Perang Musuh Bisik itu adalah seorang gabenor berketurunan Sultan Sulaiman yang memihak kepada Bangkok. Lihat cerita berkenaan yang dikongsikan dalam artikel lama Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Mencari jejak sejarah Melayu Islam di Phattalung/Bedelong/Merdelong.




Kesan-kesan dan tinggalan masih wujud di beberapa tempat. Saya pernah sampai ke beberapa yang terletak di satu laluan sehingga ke puncak bukit ketika pertama kali ke Songkhla awal tahun 2017. Lihat artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora diikuti Misi jejak Aceh-Langkasuka : Berjalan kaki melihat Songkhla sebelum menyambung perkara di Hatyai.




Kali ini saya mahu menjejak tinggalan-tinggalan yang dahulu terlepas pandang  dan/atau tidak tahu kedudukan. Lihat artikel-artikel berikut :-









Nasib baik anak-anak cukup seronok melayan...




Selesai itu baru mengorak langkah ke bandar raya Songkhla yang dibina pada zaman pemerintahan Siam.




Ikut satu laluan merentas tasik Songkhla yang sebelum ini tidak pernah diambil kerana dahulu mengambil feri dari bandar lama. Lihat Passing through the island of Koh Yo.





Lepaskan hajat isteri yang mahu pergi ke satu pantai terkenal. Lihat Visit to Samila beach.




Beliau mahu bergambar dengan 'ikan duyung' sebagai tanda sudah sampai ke tempat berkenaan. Lihat Duyung emas di pantai Samila (Golden mermaid at Samila beach), Songkhla.




Selepas itu berkejar ke Hatyai. Isteri dan anak-anak mahu ke pasar terapung terkenal...




Dapatlah melihat keadaan selepas berlaku banjir yang turut melanda kawasan sekitar. Lihat Klong Hae floating market after a recent flood.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan