Sabtu, Januari 07, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Menyahut panggilan Nakhon Si Thammarat...

Salam. Malam ini sudah masuk tarikh Islam 15 Jamadil Akhir 1444 Hijriah. Biar dipersembahkan cerita hari ke-3 perjalanan di selatan Thailand baru ini. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang.



Pagi Sabtu 24 Disember 2022. Melihat ke luar hotel di tengah bandar raya Trang.



Naik ke bumbung untuk mendapatkan pemandangan sekeliling. Lihat artikel Skyline of Trang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sekitar jam 11.40 waktu tempatan baru mendaftar keluar lalu menyambung perjalanan.







Sampai ke satu bahagian anak-anak terlihat Seven Elevan lalu mahu singgah membeli barangan. Saya pula terlihat kuil cantik di hadapan.




Sambil mereka dan isteri membeli barangan saya berjalan kaki ke kuil. Lihat artikel Wat Tantayapirom Phra Aram Luang, Trang.  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Selepas itu baru meninggalkan Trang.







Kami mahu ke bandar raya Nakhon Si Thammarat...



Dalam perjalanan terlihat sebuah gunung yang menarik perhatian..




Semakan yang dibuat dengan Google Earth menunjukkan ketinggiannya lebih kurang 1,270 meter daripada paras laut. Ketinggian dan bentuk hampir sampai seperti Gunung Ledang.




Kami sengaja mengambil laluan pendalaman yang memakan jarak 150 km dari Trang. Rupa-rupanya berdekatan itu ada gunung tertinggi di selatan Thailand iaitu Khao Luang (1,780  meter d.p.l.).




Hampir jam 2.30 sampailah ke bandar raya.




Terus mendaftar masuk ke hotel, berehat sebentar baru keluar.




Cari dahulu kedai makanan Islam lalu menghilangkan kelaparan.




Kemudian baru ke tempat yang menjadi asbab utama kami ke Nakhon Si Tammarat.




Untuk makluman di kuil terbesar dan terpenting di selatan Thailand ini saya pernah terlihat muncul 'mata dajal' 5 tahun lalu. Ia tiba-tiba muncul di bahagian tiba layar bangunan yang kelihatan. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat.




Lebih penting lagi ada sesuatu mahu dilihat sendiri di bahagian dalam. Cuma kuil sudah ditutup kerana lewat petang. Lihat artikel Pandangan awal (Early look at) Wat Phra Mahathat Woramahawihan, Nakhon Si Thammarat.




Kami pun bergerak ke bahagian lain bandar raya...




Singgah ke tinggalan tembok yang pernah mengelilingi kota lama. Lihat Lawatan baru ke tembok kota lama (New visit to the walls of the old city of) Nakhon Si Thammarat.




Kemudian ke kuil yang boleh dianggap sebagai 'tiang seri' wilayah. Lihat Kuil pasak (Pillar shrine of) Nakhon Si Thammarat.




Bergerak ke utara lagi kelihatan kawasan yang ditanda sebagai tempat orang Islam.



Singgah di masjid untuk menunaikan solat Maghrib. Lihat Masjid pusat (Cental mosque of) Nakhon Si Thammarat.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan... sy amat teruja akan penulisan perjalanan tuan. Bagaimana ye utk sy hubungi tuan... jika ingin bertanyakan beberapa perkara. Makluman tuan juga, sy tinggal dirawang berhampiran country home.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Boleh WhatsApp saya 013-3082131.

    BalasPadam