Rabu, Januari 11, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Dugaan selepas makam Sheik Abdul Samad

OK. Pergi kita pada cerita hari ke-5 perjalanan di selatan Thailand. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Jejak kegemilangan kerajaan Melayu Singgora.



Hampir tengah hari Isnin 26 Disember 2022. Selepas bermalam di sebuah hotel ke timur pusat bandar raya Hatyai kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.



Masuk dahulu ke pusat bandar raya.



Makan tengah hari di kedai makan Islam setentang dengan stesyen kereta api sebelum melihat-lihat di tengah bandar raya. Lihat artikel Quick drive through central Hatyai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Seterusnya kami bergerak beberapa kilometer ke luar bandar raya Hatyai menghala kembali ke bandar raya Songkhla untuk ke masjid besar ini. Lihat artikel Masjid pusat (Central mosque of) Songkhla, Hatyai  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti Views from Songkhla central mosque in Hatyai.



Selepas itu ikut jalan pendalaman menghala ke Chana atau nama asal Melayunya Chenak sebelum membelok ke arah Songkhla untuk ke tempat ini. Lihat Lawatan baru ke makam (New visit to the tomb of) Sheikh Abdul Samad al-Falimbani.



Hadir seorang pakcik warga tempatan memberitahu bahawa terdapat banyak makam orang mati syahid di sekeliling. Lihat Makam-makam tak bertanda sekeliling makam Sheikh Abdul Samad (Unmarked tombs around the tomb of Sheikh Abdul Samad).



Beliau turut berkongsi cerita melibatkan hal-hal kewalian dan ghaib tentang tempat itu termasuk tentang satu tasik berwarna biru berdekatan...




Perjalanan diteruskan dengan berpatah balik ke arah Chenak kemudian menghala ke Patani.



Kira-kira 55 km sebelum sampai bandar Patani kereta menghadapi masalah lalu mati enjin.




Kemudian didapati enjin boleh dihidupkan tetapi kena sentiasa main minyak. Kami pun menelefon mekanik kami di Malaysia yang rupa-rupanya baru kembali kembali dari Hatyai pada hari sama. Masalahnya bagaimana hendak berjalan menggunakan gear auto kerana hendak tukar dari N ke D perlukan lepaskan minyak terlebih dahulu? Beliau memberitahu cuba main minyak kemudian tekan brek sambil terus minyak, kemudian tukar gear. Alhamdulillah nasihat ini menjadi lalu perjalanan dapat diteruskan.



Cuma setiap kali memperlahankan kereta sehingga bawah 1.5 RPM enjin akan mati sedangkan ini tidak boleh dielakkan kerana ada tempat-tempat yang kereta menjadi begitu perlahan akibat kesesakan, ada kena berhenti akibat lampu merah, ada pula akibat sekatan jalan raya polis dan tentera yang banyak terdapat di Patani kerana mahu mengekang usaha puak pemisah Melayu. Lalu harus diulang proses hidupkan kereta main minyak, tekan brek kemudian tukar gear dari N ke D bagi meneruskan perjalanan ke bandar...

 


Sampai ke satu tempat selepas enjin mati lalu kereta dibawa ke tepi diambil gambar ini untuk menunjukkan perjalanan sejak meninggalkab rumah pada pagi Khamis 22 Disember telah mencapai jarak 1,313 km.




Masih ada 14 km perlu dilalui untuk sampai ke hotel kami.




Fikir saya elok ke hotel dahulu kemudian baru fikir hendak mencari dan membawa kereta ke bengkel. Lainlah kalau terjumpa bengkel dalam perjalanan. Alhamdulillah dapat juga sampai sekitar jam 5.18 waktu tempatan iaitu dekat sejam sebelum Maghrib.




Kami mahu melepaskan anak-anak terlebih dahulu. Di hotel mereka sudah boleh berehat dan tidak perlu menanggung masalah orang dewasa. Dapat pula bilik yang boleh keluar terus ke kolam renang dan menghadap tepian sungai. Lihat Patani river from a hotel besides it.



Alhamdulillah kami dapat menghubungi seorang kawan orang Patani meminta bantuan lalu datang mekanik untuk melihat masalah kereta.



Didapati alat bagi mengawal kadar angin dan minyak ketika kereta tidak bergerak (idle) telah terpecah dua. Kereta pun diangkut ke bengkel...



Apapun nasib baik sempat sampai di hotel di Patani yang mana memang kami sudah menempah untuk menginap dua malam. Semoga sempat diperbaiki untuk meneruskan perjalanan kemudian...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan