Selasa, Mei 31, 2022

Beraya tahun 2022 - Majlis khas buat keluarga belah isteri

Menyambung gerak penulisan 30 Syawal daripada artikel Beraya tahun 2022 - Dari Sendayan ke Senawang ke Janda Baik.



Adapun sudah menjadi tradisi sejak beberapa lama buat saya dan isteri mengadakan majlis-majlis rumah terbuka hari raya sejak berpindah ke rumah sendiri tahun 2014. Lihat artikel-artikel lama berikut :-


2019




Cuma tradisi ini jadi terganggu dan terputus akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19 yang bermula 18 Mac tahun 2020 menyebabkan seluruh umat Islam tidak boleh keluar ziarah menziarahi bagi bulan Syawal padam tahun itu juga berikutnya tahun 2021. Namun kami tetap mengadakan majlis serupa di luar musim sebagai ganti. Antaranya lihat Bicara sufi Martabat 7 di Baitul Hikmah.

Nota : Bila hendak melihat kembali majlis-majlis berkenaan yang pernah dibuat baru tersedar bahawa ada yang tidak diceritakan langsung dalam blogspot. Cuma gambar berkenaan sahaja ada dikongsikan di Facebook. Misalnya makan-makan khas untuk saudara mara sebelah ibu saya pada 28 Februari 2021 yang mana kemudian saya membawa mereka ke rumah pokok yang didirikan dalam kawasan kebun di seberang rumah.




Untuk musim raya tahun 2022 ini sebetulnya kami suami isteri asalnya malas untuk mengadakan majlis terbuka. Cukuplah sesiapa hendak datang pada bila-bila, tidak perlu beramai-ramai pada hari tertentu lalu jadilah seperti apa yang ditunjukkan dalam artikel Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah.




Tetapi selepas beberapa lama timbul rasa isteri untuk mengajak adik beradik beliau dan keluarga datang bertandang pada satu hari tertentu. Maklumlah mereka semua menetap jauh, lebih 100 km daripada rumah kami.



Jadilah majlis khas raya buat mereka petang Sabtu 28 Mei iaitu pada tiga hari lalu...



















Siap ada buat cabutan bertuah lagi, saja suka-suka. Untuk rekod saya ini adalah artikel ke-2,262 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan