Rabu, Februari 02, 2022

Al-kisah pedang dan perjalanan menyusuri Sungai Langat

Meneruskan gerak penulisan berkenaan daripada artikel Majlis Maulidur Rasul yang membawa pada pembelian pedang dan sekitarnya.



Dalam artikel Semangat pedang bagi tahun 2022 ada disebut bahawa saya mendapat tahu melalui Facebook setelah diberitahu isteri pada petang Sabtu 8 Januari bahawa ada pedang yang mungkin serasi dengan saya di tempat niaga kawan di Bangi. Awal petang Isnin 10 Januari saya pun bergerak ke sana.



Singgah dahulu di Puduraya untuk memperbaharui lesen perniagaan atas nama Wasilah Merah Enterprise, syarikat yang diwujudkan khas untuk menerbitkan buku-buku sendiri (kalau tidak menulis dengan syarikat lain). Selepas itu mengambil satu jalan yang tidak pernah diambil sebelum ini di satu bahagian Pudu lalu terlihat sebatang pokok besar.



Masyaallah. Susah hendak berjumpa pokok besar penuh berakar sebegini di mana-mana.




Tiba-tiba boleh terjumpa di tengah bandar raya Kuala Lumpur pula!




Dari situ terus ke Bangi untuk melihat lalu 'menimbang' dan 'merasa' pedang. Setelah mendapati ia cukup serasi saya pun mengambilnya lalu bergerak ke Kajang.




Pada malam itulah, ketika menginap di rumah milik keluarga, saya mendapat berita abang ipar meninggal dunia seperti disebut dalam artikel Semangat pedang bagi tahun 2022. Gambar ini diambil selepas pengkebumian di Bukit Changgang  pagi Selasa 11 Januari.




Jam 11.45 pagi Rabu 12 Januari saya menyambung perjalanan dengan bergerak ke Kuala Langat.




Pergi ke Bukit Jugra, sampai sekitar jam 12.30



Tuju dahulu ke bahagian kuala sungai di balik bukit.



Singgah ke makam Raja Berayun di satu sisi bukit.



Kemudian naik ke puncak bukit. Tapi tak boleh tunjuk gambar kerana berada di dalam kawasan larangan. Yang boleh tunjuk kawasan melihat pemandangan bawah dari puncak. Lihat artikel Enjoying the views from Bukit Jugra di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas itu naik ke sisi lain bukit untuk ke makam Sultan Abdul Samad.



Pergi ke kawasan Bandar singgah di Masjid Alaeddin untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar.







Selepas itu menyusur pula Sungai Langat ke arah hulu...



Singgah lagi ke tempat niaga kawan di Bangi sebelum masuk ke Kajang.




Sesungguhnya semua ini masih dalam laluan yang terdekat dengan Sungai Langat. Diteruskan perjalanan sehingga sampai ke Pangsun di bahagian hulu sungai lalu bermalam.




Beginilah rupa masjid apabila dilihat pagi Khamis 13 Januari.




Saya mengambil masa untuk menikmati suasana dan pemandangan sekitar termasuk di satu bahagian lebih hulu Sungai Langat setakat boleh dicapai dengan kereta. Lihat An upriver part of Langat river in Pangsun.




Dari Pangsun menghilir kembali sungai untuk sampai ke pekan Batu 14 lalu dapat melihat kesan-kesan kemusnahan akibat banjir yang melanda banyak tempat di barat Semenanjung kerana hujan lebat luar biasa 17-18 Disember 2021. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel-artikel berikut :-





Dari Batu 14 mengambil jalan rentas bukit ke Ampang lalu singgah di tempat pemandangan atas puncak yang sudah lama ditinggalkan. Lihat The abandoned viewing area between Hulu Langat and Ampang Selepas itu berjalan-jalan pula di kawasan hulu Ampang sebelum kembali ke rumah. Satu perkara menarik, perjalanan ini dimulakan dalam keadaan menunaikan puasa sunat hari Isnin dan ditutup ketika menunaikan pusat sunat hari Khamis. Sejak mengambil pedang petang Isnin sehingga kembali ke rumah petang Khamis pedang sentiasa berada di sisi. Malam itu malam Jumaat artikel Semangat pedang bagi tahun 2022 pun ditulis lalu dipersembahkan. Sekian cerita berkenaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan