Rabu, Februari 02, 2022

Majlis Maulidur Rasul yang membawa pada pembelian pedang dan sekitarnya

Salam semua. Adapun petang semalam Selasa 1 Februari 2022 saya dan keluarga selamat kembali dari satu perjalanan di Raub. Sejumlah perkara menarik telah berlaku selain mengambil beberapa laluan yang tidak pernah diambil sebelum ini. Sayangnya timbul pula masalah pada kamera menyebabkan saya tidak dapat mengambil sebanyak gambar yang suka. Melihat pada keadaan kamera berusia hampir 4 tahun yang nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi timbul rasa elok dikongsikan beberapa cerita yang sebelum ini malas hendak dikongsikan. Ini adalah berdasarkan gambar-gambar yang telah diambil dengan kamera tersebut bermula dengan ini.



Dalam artikel Semangat pedang bagi tahun 2022 yang dipersembahkan 13 Januari ada disebut bahawa pada malam 31 Disember 2021 saya dan isteri bertandang ke tempat seorang kawan yang berniaga pelbagai jenis senjata tradisional di Bangi untuk majlis Maulidur Rasul. Selain mahu menyertai majlis saya mahu meneliti pedang yang ada. Maka bergeraklah kami ke sana selepas solat Isyak di rumah lalu sampai selepas jam 10.




Di sini biar dikongsikan sejumlah gambar yang diambil ketika majlis...
















Walaupun tiada gambar menunjukkan saya meneliti pedang iaitu selepas majlis selesai jam 12.30 tengah malam majlis menjadi asbab saya pertama kali sampai ke tempat yang sudah dibuka lebih setahun lalu. Dalam artikel Semangat pedang bagi tahun 2022 disebut bahawa pedang yang serasi ditemui setelah sampai stok baru seminggu selepas itu. Dengan itu majlis Maulidur Rasul ini menjadi asbab saya akhirnya memiliki pedang yang sesuai buat diri.




Selepas majlis kami berlegar-legar sehingga jam 2.30 pagi berbual-bual dengan kawan. Selepas itu baru ke rumah seorang kawan di Bandar Seri Putra dekat pekan Bangi lama untuk bermalam. Pagi Sabtu 1 Januari 2022 jam 8 bergerak pula ke Cyberjaya kerana isteri ada satu perhimpunan kecil NGO. Maka sampailah kami satu bahagian Cyberjaya yang belum pernah dijejaki sebelum itu. Lihat artikel Views from the building around Malakat Mall in Cyberjaya. di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Selepas itu bawa anak-anak ke taman dinosaur di Pusat Sains, Kuala Lumpur sebelum kembali ke rumah. Lihat Checking out the dinosaurs at Science Centre.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan