Isnin, Jun 04, 2018

Tentang sistem kepercayaan sebagai penyatu ummah



Turut mahu diadakan di ISTAC pada hari Jumaat 1 Jun 2018 adalah satu sesi perbincangan tentang sistem kepercayaan sebagai jalan penyelesaian dalam menyatukan ummah yang berpecah-pecah.


Selepas menunaikan solat Jumaat di masjid dalam ISTAC (lihat artikel Masjid (Mosque of) Zabeda, ISTAC, Kuala Lumpur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)) sejumlah hadirin pun berkumpul di lokasi.


Moderator atau pemudahcara, saudara Tengku Ahmad Ridhauddin yang merupakan seorang pelajar PhD di ISTAC memulakan acara dengan menerangkan beberapa konsep...





Seterusnya setiap hadirin atau peserta diminta berkongsi kefahaman mereka sendiri tentang apa itu sistem kepercayaan. Rata-rata berkongsi pengalaman hidup bagaimana mereka memahami apa itu Islam daripada keluarga dan persekolahan awal, ada yang mengamali krisis kepercayaan lalu memberontak apabila masuk dewasa tetapi kembali kepada pemahaman Islam sebenar setelah beberapa lama mencari di tempat entah apa-apa...


Dua pusingan perkongsian pendapat diadakan. Rata-rata bersetuju sistem kepercayaan mula terbentuk melalui pengaruh ibu bapa dan persekolahan awal sebelum seseorang itu mengalami fasa mula menyoal lalu mencari jawaban. Selepas itu mereka yang beruntung mendapat cahaya iman yang dicampakkan ke dalam hati. Namun terdapat banyak cabaran dalam memastikan semua umat Islam memiliki teras sistem kepercayaan yang sama disebabkan pelbagai tafsiran dan mazhah. Kami bersetuju untuk penyatuan faham semua orang harus mengambil jalan atau Tariqat yang boleh membuka pintu faham  dan pengenalan terhadapa Allah SWT melebihi jangkauan akal biasa.


Acara tamat jam 5 lebih. Selepas itu kami ke dewan makan ISTAC.


Ada acara berbuka puasa diadakan di situ. Bersama kami adalah sejumlah pelarian Syria dan Rohingya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan