Ahad, Februari 19, 2017

Reunion kecil kawan Sekolah Sains dan urusan di Sarang Art Hub - Bila jiwa lama rock datang menjenguk...

Meneruskan gerak penceritaan berkaitan. Bersambung daripada artikel Mengimbau filem "Kembara Seniman Jalanan" di Sarang Art Hub.


Sehari dua kemudian beberapa orang kawan lama dari zaman belajar di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang lebih 30 tahun lalu menyatakan mahu mengadakan reunion kecil di stesyen minyak milik seorang daripada mereka di Kuala Lumpur. Saya dah lama tak bertemu dengan kawan-kawan lama itu. Jumaat malam Khamis 8 Februari 2017 saya pun bergegas ke sana.



Saya sampai hampir jam 12 malam. Sesetengah daripada mereka sudah berada di lokasi sejak jam 9...









Saya bersama kawan yang memiliki stesyen minyak. Beliau telah menjadikan satu kawasan tepian stesyen sebagai tempat rehat dan makan minum tertutup.


Beliau membawa sejumlah kenalan berdekatan rumah (bukan Sekolah Sains) untuk bersama makan minum. Beberapa orang mereka melayan main kugiran dan menyanyi, Kawan tersebut memang suka main gitar dan menyanyi.


Saya pun tak tahan hendak bermain gitar dan melalak sama. Satu video pendek saya membuat persembahan telah dikongsikan kawan melalui Whatsapp lalu saya letak di Facebook. Sila klik sini...


Saya berada di sana sehingga jam 2 pagi gitu. Dua hari kemudian tergerak untuk membuat posting berikut di FB. Biar dicopy paste dengan sedikit suntingan...


--------------


APABILA GITAR DIGANDINGKAN DENGAN KERIS DAN TANJAK 

Salam semua. Saya pernah menyebut tentang rancangan mahu mengadakan satu majlis HIKMAH di pusat seni Sarang Art Hub milik pengarah filem Mamat Khalid di Tanjung Malim, insyaallah selepas hari raya. Malam ini. mungkin lepas Isyak saya bercadang untuk bertandang lagi ke sana dengan memakai busana tradisional Melayu. Sesiapa yang nak join meh le datang berbusana sama. Mamat sudah menyatakan keinginan beliau agar tempatnya turut menjadi satu markas aktivis kebudayaan Melayu berkumpul selain menjadi tempat peminat muzik rock klasik, peminat lukisan dan sculpture bersilaturrahim, Meh kita... 

Gambar hiasan : Gitar, keris dan tanjak di rumah saya. Saya dah jarang sangat petik gitar tapi bila kawan mengajak boleh naik sheikh juga...


Tentang rancangan mengadakan majlis HIKMAH sila lihat Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?. Ia adalah artikel ke-313 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ditulis pada 5 Januari 2017 ia ada menyebut antara sebab saya terasa mahu mengadakan acara di Sarang adalah disebabkan nostalgia kenangan lama yang timbul apabila terpanggil untuk menyanyikan sebuah lagu lama ketika berada di sana penghujung tahun 2016. Rujuk juga artikel Tempoh masa/musim acara-acara HIKMAH - Satu kajian kes yang ditulis 31 Disember.



Sabtu malam Ahad 11 Februari 2017 saya bertandang lagi ke Sarang.


Selain mahu makan minum sambil mendengar hiburan live band ada satu urusan perlu diselesaikan bersama pemilik tempat iaitu pengarah filem terkenal, saudara Mamat Khalid.





Saya, isteri dan anak-anak datang berbusana tradisional Melayu penuh, Begitu juga seorang kenalan isteri dengan keluarganya. Beliau merupakan seorang aktivis yang memiliki rumah di Tanjung Malim. Seorang kawan isteri dan anaknya juga seorang kawan lain datang sama tetapi tidak berbusana tradisional.



Bergambar bersama Mamat sebelum meninggalkan tempat lewat malam,




Sebelum itu layan main gitar dan melalak agak lama di pentas. Satu video klip pendek telah direkodkan isteri lalu diletakkan di FB. Sila lihat sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan