Isnin, April 11, 2016

Persinggahan lewat ke festival Warna Warni Adat Perpatih di Rembau

Cerita daripada hujung minggu baru ini...


Jumaat malam Sabtu 8 April 2016 saya dan keluarga berlepas ke Jelai, Negeri Sembilan untuk majlis perkahwinan seorang anak buah siang Sabtu, Selepas itu kami ke Muar untuk ke rumah ibu bapa saya. Adapun pada hari Ahad 10 April akan diadakan festival Warna Wani Adat Perpatih di Rembau dan kami telah dijemput untuk memeriahkannya. Cadangnya jam 11 pagi kami akan bertolak dari Muar sebelum singgah ke festival. Memang pun Rembau terletak dalam perjalanan kami untuk kembali ke rumah di Rawang, Selangor.


Tapi ibu bapa pula mengajak kami menunggu sehingga selesai makan tengah hari bersama. Tak mengapa le. Bukan selalu pun jumpa orang tua. Cuma akibatnya kami meninggalkan Muar sudah lewat iaitu hampir jam 3 petang. Sampai di Rembau sekitar jam 4.30 festival dah tak ramai orang kerana aktiviti-aktiviti pagi hingga petang dah rata-rata selesai.


Yang tinggal adalah aktiviti malam yang dijadualkan bermula sekitar jam 9. Tapi masih lagi ada orang berlegar-legar melihat apa yang ada di gerai-gerai.






Antara yang masih berlegar adalah beberapa orang rakan aktivis busana Melayu. Mereka sudah berada di sini sejak pagi lagi.



Nasib baik pemangku pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Encik Aziz Gorip juga masih berada di lapangan. Beliaulah yang menjemput kami juga kawan-kawan HIKMAH agar datang memeriahkan acara. Bergambar sat dengan beliau. 


Bergambar bersama kawan-kawan aktivis...




Bergambar sat bersama isteri. Kena ingat ini. Dah macam-macam majlis kami pergi, selalu aje terlupa untuk mengambil gambar bersama...


Masa untuk melihat barangan pameran...

















Tentang sejarah Rembau...











Di khemah utama ada sejumlah pengunjung sedang berehat.



Malam nanti ada pertunjukan budaya dan konsert. Tapi cukuplah bagi kami dapat berlegar-legar sekitar sejam lebih di tapak festival. Tak boleh tunggu sampai ke malam kerana perlu kembali ke rumah, masih 2 jam gitu perjalanan...



1 ulasan: