Khamis, April 14, 2016

Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam

Salam semua. Ini cerita 2 hari lepas.


Selasa malam Rabu 12 April 2016 saya, isteri dan anak-anak berkejar ke Stadium Panasonic di Seksyen 21, Shah Alam.


Kami mahu menonton rakaman untuk program Akademi Silat Pendekar Muda yang kini sedang hangat dimainkan di Tv Al-Hijrah setiap Rabu malam Khamis.





Seronok melihat begitu ramai rakan-rakan aktivis busana tradisional Melayu dan dunia persilatan hadir sama.


Ramai daripada mereka sudah agak lama mengikuti rakaman sedangkan ini adalah malam pertama bagi saya dan keluarga.





Untuk makluman ini adalah rakaman untuk episod ke-8 Akademi Silat,





Ia tidak dibuat secara live atau siaran langsung. Buat masa ini apa yang dipaparkan di kaca tv adalah 'tertinggal' 2 minggu berbanding terbaru yang dirakamkan.





Seingat saya siaran di televisyen sudah dimulakan sebulan setengah kini.





Setakat ini saya dan isteri belum pernah ketinggalan menontonnya setiap Rabu malam Khamis...





Cuma baru kini kami datang untuk menghadiri rakaman mengambil berkat atas masuknya bulan Rejab beberapa hari lalu.





Kalau tiada aral melintang insyaallah kami akan hadir lagi untuk rakaman pada minggu hadapan.





Rakaman ini memperlihatkan 8 orang peserta (2 orang sudah disingkirkan sebelum ini) diatur menjadi 4 pasangan untuk bertempur menggunakan senjata.





Penghujung rakaman menyaksikan dua orang disingkirkan lalu tinggal 6 orang untuk rakaman minggu hadapan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan