Jumaat, April 01, 2016

Daulah Melayu di utara - Tasik Raban, Kota Tampan dan gua-gua purba di Lenggong

Salam Jumaat. Hari ini tergerak saya untuk menutup cerita penggambaran Daulah Melayu di utara Semenanjung yang berlangsung 14-17 Mac. Bersambung daripada artikel Daulah Melayu di utara - Dari Lembah Bujang dan sekitarnya ke Lenggong, Perak.


Pagi Khamis 17 Mac. Keadaan selepas bermalam di satu kawasan perumahan baru di Lenggong.


Ada sesuatu yang menarik dekat dengan rumah/homestay.


Tasik Raban terletak sekitar 150 meter sahaja ke hadapan. Saya pun mengambil peluang untuk melihat pemandangannya daripada beberapa sudut, antaranya daripada rumah rehat berdekatan. Lihat artikel Views from Tasik Raban resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sekitar jam 9.30 baru kami keluar untuk memulakan kerja penggambaran.


Penggambaran pertama hari itu mahu dibuat di Kota Tampan. Cari dahulu tempat sarapan berdekatan, kena seberang sat Sungai Perak.


Masa untuk makan. Di celah-celah itu sempat saya berjalan kaki ke tengah jambatan untuk mengambil gambar pemandangan. Lihat Perak river from the bridge near Kota Tampan.


Selepas sarapan penerbit mengambil keputusan untuk membuat penggambaran persekitaran Sungai Perak menggunakan drone.


Seorang dua menemani beliau sambil yang lain-lain bertolak ke Kota Tampan untuk penggambaran dalam bangunan muzium/galeri.


Ia menempatkan sejumlah barangan penemuan arkeologi dari sekitar Lenggong. Antaranya adalah tulang manusia purba Perak Man, katanya fosil manusia tertua pernah ditemui di Malaysia setakat ini. Lihat artikel Galeri Arkeologi Lembah Lenggong (Lenggong Valley Archaeological Gallery) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Di situ terdapat juga pameran luar yang menunjukkan jenis-jenis batu-batan. Saya tertarik dengan batu yang katanya terbentuk daripada debu yang dimuntahkan oleh gunung berapi raksaksa yang letupannya membentuk Danau Toba di Sumatera 74,000 tahun yang lampau. Lihat Pameran di belakang Galeri Arkeologi Lembah Lenggong (Exhibits behind Lenggong Valley Archaeological Gallery).


Ada pula menara tinjau di puncak bukit belakang muzium memberikan pemandangan menarik kawasan sekeliling. Lihat Viewing tower at Lenggong archaeological gallery.


Penggambaran di galeri selesai selepas masuk waktu Zuhur. Kami pun masuk ke pekan Lenggong untuk makan tengah hari.


Selesai makan kami menunggu seorang pegawai galeri untuk bertemu di dataran berdekatan.


Beliau ingin membawa kami masuk ke dalam hutan untuk melihat satu tapak arkeologi.








Tapak yang dimaksudkan terletak dalam kawasan sebuah gua pada aras tanah. Terdapat sejumlah lubang empat segi yang telah digunakan untk kerja-kerja cari gali. Lihat Gua (Cave of) Teluk Kelawar, Lenggong.





Ini pula di sebuah gua lain tapi masih dalam sistem perbukitan yang sama. Cuma kena ikut jalan lain untuk sampai dah kali ini kami tidak perlu berjalan kaki jauh kerana ada jalan tar boleh dilalui van membawa kami cukup dekat dengan gua. Lihat Gua (Cave of) Kajang, Lenggong.


Untuk gua seterusnya cukuplah kami mengambil gambar menggunakan drone. Ini kerana ia terletak sekitar 150 meter dari paras laut iaitu berdekatan puncak bukit. Kami nak panjat dah penat dan kesuntukan masa. Lihat Remote viewing of Gua Gunung Runtuh.


Selepas itu baru buat penggambaran di Tasik Raban. Ketika itu sudah jam 6 petang. Lihat Looking at the western side of Tasik Raban.



Penggambaran penutup hari mahu dibuat di air terjun Lata Kekabu. Tetapi kami sampai ke tempat letak kereta sana pun dah jam 6.50. Nak ke air terjun perlu berjalan agak jauh sedikit ke dalam sedangkan hari semakin kelam. Maka cukuplah dibuat penggambaran di bahagian sungai berdekatan tempat letak kereta. Lihat Late stop at Lata Kekabu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan