Isnin, Mac 28, 2016

Daulah Melayu di utara - Dari Lembah Bujang dan sekitarnya ke Lenggong, Perak

Cerita seterusnya tentang penggambaran di utara Semenanjung 14-17 Mac. Bersambung daripada Daulah Melayu di utara - Sekitar Bayan Lepas dan Lembah Bujang.


Pagi Rabu 16 Mac 2016. Kami bersarapan di pekan Merbok.


Kelihatan jalan masuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kami perlu membuat penggambaran lagi di sana.


Antaranya adalah dengan menggunakan drone di halaman belakang muzium di mana terdapat sejumlah candi purba.  Untuk pengetahuan muzium terletak di lereng Gunung Jerai.


Sekitar jam 11 penerbit dan pengarah mengajak saya keluar untuk makan lagi. Ahli lain tim pula meneruskan kerja merakamkan barangan pameran yang terdapat di dalam muzium. Memandangkan Tanjung Dawai yang terletak di kuala Sungai Merbok tidak berapa jauh dari situ, saya pun mengajak mereka ke sana. Tengok-tengok ada mee udang dijual di bazaar yang kalau tak salah saya baru setahun lebih dibuka. Saya pun layan sementara mereka yang tidak pernah sampai ke situ dan sekitarnya menikmati hidangan lain.


Tu dia. Memang layan sungguh. Selain itu pemandangan sekitar memang cantik. Lihat artikel Merbok river from the new bazaar at Tanjung Dawai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Hampir jam 12 baru kami kembali ke Merbok.


Sampai sahaja ke muzium terus tergerak untuk melihat kawasan perkelahan air terjun kecil di sebelah. Tengok-tengok hampir kering air akibat musim kemarau dan panas melampau.


Kami diberitahu dah lebih sebulan cuacanya begitu di Kedah dan Perlis. Nasib baik ada kawasan redup untuk kami berehat sementara menunggu yang lain selesai membuat kerja.


Dekat jam 2 baru selesai kerja di muzium. Kami semua pun pergi ke Tanjung Dawai.


Penerbit dan pengarah tertarik dengan pemandangan yang ada. Sambil itu mereka mahu memberi peluang kepada krew juga mereka sendiri menikmati hidangan mee udang. Saya pula mengambil kesempatan membuat sedikit penulisan buku baru. Ketika itu penulisan yang dimulakan dengan gerak dan aliran cantik 7 Mac sudah masuk Bab 4.


Pemandangan yang cantik membuatkan penerbit merasakan ia perlu dirakam menggunakan drone. Kelibat saya tidak diperlukan untuk penggambaran ini.


Sekitar jam 5 baru betul-betul selesai semua penggambaran di Kedah. Sampailah masa untuk kami bergerak tempat penggambaran seterusnya iaitu di Lenggong Perak.


Pemandangan ketika menyeberangi Sungai Merbok menghampiri bandar Sungai Petani. Lihat Merbok river from the Semeling bridge


Dari Sungai Petani kami mengambil jalan ke Grik. Daripada Grik boleh bergerak 60 km selatan ke Lenggong...

Jalan ini diambil kerana ia membelah banjaran gunung sehingga naik ke paras lebih 1,600 kaki dari paras laut. Kami mahu merakam keadaan dari atas sebelum gelap. Lihat Chasing sunlightfrom the mountains in Kedah towards Perak...


2 ulasan: