Khamis, Mei 01, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Ke Baiturrahman sebelum kembali ke Malaysia

Salam pagi 1 Rejab. Sempena masuknya bulan Islam yang mulia ini, bulan yang dikatakan bulan Allah SWT biar ditamatkan siri ini. Bersambung dari Misi HIKMAH Aceh - Dan acara pun berlangsung penuh gemilang....


Jam 1 pagi saya keluar sebentar berjalan-jalan berdekatan hotel. Terlihat nombor plet kereta 1313 terasa hendak mengambil gambar. Maklumlah saya kan ada kesukaan pada nombor 131 juga 313? Sehingga ada menulis beberapa artikel melibatkan nombor-nombor ini. Contohnya, Nombor 131 dan makna satu pernikahan...



Ketika itu sudah masuk Ahad 30 Mac 2014. Ia adalah hari terakhir saya dan keluarga berada di Aceh untuk perjalanan kali ini. Selepas tidur sedikit di hotel keluat solat Subuh pula di masjid utama Banda Aceh, Masjid Baiturrahman. Sungguh, masjid ini ada yang istimewanya.


Cuma walaupun hotel kami terletak 300 meter sahaja dari hotel tak selalu kami dapat singgah.


Ini disebabkan kesibukan pergi berziarah ke banyak tempat termasuk keluar dari Banda Aceh untuk ke Takengon, Perlak dan Geudong 25-28 Mac. Lihat artikel-artikel berikut :-







Subuh hari terakhir baru sedar ada majlis menarik diadakan di perkarangan masjid. Tetapi bukanlah awal pagi itu. Kalau ada tentu saya dah tercongok tengok...



Ketika itu tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kami sekeluarga dijadualkan menaiki pesawat untuk kembali ke Malaysia. Dari masjid tergerak untuk berjalan kaki agak jauh di tengah kota... jauhlah bagi saya yang masih ada sakit dan bisa-bisa akibat patah kaki April 2013. Tidak bagi mereka yang lebih sihat. Apapun menarik juga melihat keadaan pagi-pagi di sekitar pusat Banda Aceh. Lihat artikel Morning walk to Peunayong di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH

Dalam perjalanan itu sempat singgah di sebuah masjid yang sudah beberapa kali dilalui tetapi baru kali itu singgah lalu menjenguk ke dalamnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Muttaqin, Peunayong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Hampir ke hotel terlihat kereta ini. Tertarik kerana nombor 191 juga memiliki makna tertentu buat saya. Lihat Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191



Ketika hendak naik tangga ke bilik baru tersedar bilik bawah yang terletak betul-betul di sebelah tangga bernombor 131.


Jam 9.20 gitu kami check-out dari hotel lalu bersarapan di kedai berdekatan. Kelihatan Ustaz Mujib sarapan bersama. Selain untuk mengucapkan selamat tinggal ada sedikit urusan perlu diselesaikan.





Selepas itu saya mengajak keluarga berjalan kaki ke Masjid Baiturrahman.








Saya rasa belum puas melihat masjid ini. Alhamdulillah sempat pula melihat acara yang diadakan iaitu Festival Zikir Maulud.





Lagipun anak kecil saya Johan belum pernah menjejakkan kaki ke dalam.


Ketika kali terakhir kami ke sini iaitu pada perjalanan penghujung 2011, Johan masih dalam perut ibunya sekitar 6 bulan. Lihat artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Saidi Mukammil ke Hamzah Fansuri.


Setelah beberapa lama kami pun mengorak langkah meninggalkan Banda Aceh. Puas saya kerana segala tujuan dapat tercapai


Biar disebut lagi. Perjalanan di Aceh ini asalnya dibuat agar  Johan dapat menjejakkan kaki di makam Sultan Malikus Saleh lalu boleh diambil gambar baru untuk menghias bahagian atas blogspot ini. Namun ia membawa pula pada perlaksanaan acara ke-10 HIKMAH di Aceh. Lihat artikel Misi 2 serampang - Membawa Johan dan HIKMAH ke Aceh yang dibuat sebulan lalu.


Sungguh puas hati kerana selepas ini saya bercadang untuk berehat dari apa-apa aktiviti umum kedaulatan Melayu dan Islam buat beberapa lama. Bagi saya HIKMAH di Aceh adalah satu kemuncak dalam saya melaksanakan perjuangan sekurang-kurangnya buat masa dan fasa ini.



Jam 10.30 gitu sampailah kami ke lapangan terbang.



Kami menaiki penerbangan tengah hari tetapi biarlah sampai awal.


Ketika menunggu pesawat sampai ada juga pemandangan tidak enak apabila terlihat sejumlah pelancong berseluar pendek, yang perempuannya nampak pangkal peha dan dada. Ini sesuatu yang tidak patut kelihatan di Aceh, bumi Serambi Mekah. Kalau ya pun nak bebas janganlah di tempat umum.


Oh. Ini pula di tandas. Sahaja rasa lucu melihat apa yang tertera.



Dekat jam 1 baru kami boleh masuk pesawat.


Penerbangan sebenarnya tertunda hampir sejam kalau tak salah ingatan. Tak mengapalah. Saya sudah menjalankan apa yang patut. Bolehlah pulang dengan hati senang. Wassalam. :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan