Isnin, September 26, 2011

Pertemuan waris Temenggung Muar di Segamat, Tok Tenang dan balai Bukit Kepong

Meneruskan penceritaan perjalanan hujung minggu sempena cuti sambutan Hari Malaysia. Bersambung dari Solat Jumaat di Seri Menanti dan Sungai Muar di bahagian hulu.


Pagi Sabtu 17 September 2011. Selepas bermalam di rumah kakak ipar di Felda Jelai kami meneruskan perjalanan ke selatan.



Lalu di Gemas.



Hingga ke Segamat.





Terus lagi menghala ke Labis untuk ke destinasi utama hari itu.



Ia adalah majlis perkumpulan keluarga waris-waris Temenggung Muar yang diadakan di dewan sebuah sekolah Cina.



Kelihatan di sini hadirin melihat salasilah besar yang memuatkan beribu nama. Untuk pengetahuan Temenggung Muar adalah satu jawatan turun temurun pemerintah NEGERI Muar (ya. Muar pernah menjadi negeri sendiri) yang dimulakan setelah seseorang yang dipanggil Datuk Pasir Raja Sayid Jaafar diberi Muar sebagai maskahwin perkahwinan adindanya dengan sultan yang memerintah Empayar Johor-Riau-Lingga pertengahan abad ke 17 Masihi.



Namun saya lebih tertarik pada bahagian salasilah yang menyebut tentang Tok Tenang, seorang ulamak yang membuka Kampung Tenang di Labis sekitar tahun 1806 gitu.



Ini pula pameran yang diletakkan di pentas dewan. Ketika ini ia belum dibuka kepada ramai.





Salah satu pecahan salasilah yang terpampang.



Sambil itu orang ramai yang ada kena mengena dengan keluarga besar Temenggung Muar terus datang.



Masuk jam 11 saya membuka gerai menjual buku. Pendaftaran ahli sebenarnya diadakan sejak 8.



Majlis sebenar belum lagi bermula kerana menunggu tetamu terhormat. Pentas dibuka sebentar untuk orang ramai.



Sekitar 11.40 gitu baru majlis bermula.



Tetamu terhormat adalah waris-waris keturunan Sultan Ali yang pernah memerintah Johor pertengahan abad ke 19, sebelum penguasaan diambil alih oleh keluarga Temenggung Johor yang kemudian menjadi sultan.



Bergambar selepas majlis tamat.



Gambar yang telah diletakkan pada artikel Tentang perjalanan sekitar raya dan promosi buku yang dibuat Rabu lepas. Copy and paste balik...


Dari kanan : Engku Azuan, saya, Tengku Syawal dari Kampung Gelam, Singapura, waris Tengku Alam ibni Sultan Ali yang penguasaannya ke atas Johor diambil alih oleh Temenggung Johor (yang keturunannya kini menjadi Sultan-sultan Johor) diikuti Tengku Rosdi dari Johor Bahru, seorang lagi waris Sultan Ali tapi dari seorang anak yang lebih muda (lupa pula namanya) serta isteri di majlis pertemuan waris-waris Temenggung Muar di Segamat baru-baru ini.


Selepas majlis saya, isteri dan anak mengekori Azuan ke Labis.



Kami pergi ke Kampung Tenang untuk menziarahi makam Tok Tenang. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Tenang, Labis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Al-Rasyid's visit to the tomb of Tok Tenang di BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian berpisah arah apabila masuk ke pekan Labis. Oh. Sebelum itu kami singgah di satu lagi masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Pekan Air Panas, Labis.



Laparlah pulak. Makan lagi...





Kemudian baru mengambil jalan ke Muar.





Jalan ini melalui pekan kecil Bukit Kepong. Kelihatan bukit yang dimaksudkan dari balai polis lama.



Balai polis ini sudah dijadikan muzium.



Di sinilah berlaku Peristiwa Bukit Kepong di mana polis yang menjaga balai lama kayu telah diserang segerombolan komunis.



Rasanya umum tahu bagaimana satu polemik telah ditimbulkan seorang politikus tertentu yang mahu menaikkan status pihak yang menyerang dengan merendahkan pihak yang diserang. Ini menyebabkan nama Bukit Kepong timbul balik sehingga muzium ini pun menerima pertambahan luar biasa pengunjung. Lihat The old police station of Bukit Kepong.



Oh. Balai ini terletak di tepi Sungai Muar. Ada pemandangan cantik di sini. Lihat Muar river besides the Bukit Kepong old police station.



Seterusnya kami ke Lenga di mana saya singgah di makam Sheikh Abdullah Sabihu, orang yang dikenali sebagai Moyang Lenga kerana dikatakan pembuka penempatan sini. Saya tidak pasti zaman bilakah itu. Tetapi salasilah waris-waris Temenggung Muar ada menyebut Tok Tenang yang makamnya diziarahi lebih awal adalah anak kepada Syed Alauddin ibni Syed Baharuddin di mana ibu Syed Alauddin adalah Raeeyah binti Tok Alun binti Tok/Moyang Lenga. Ini bermakna Tok Tenang adalah generasi ke 4 keturunan Moyang Lenga. Adapun Tok Tenang dikatakan membuka Kampung Tenang sekitar 1806 Masihi, maka Moyang Lenga haruslah telah muncul seabad lebih awal.





Di Lenga juga kami menziarahi makam Sheikh Fadhil Banten yang pernah menjadi guru kepada Sultan Ibrahim (memerintah Johor 1895-1959, moyang kepada Sultan Johor sekarang).



Kemudian kami lalu sahaja di masjid Gombang. Malas lagi nak singgah mana-mana sebab dah penat. Perlu berehat kerana esoknya perlu berjalan jauh lagi.

15 ulasan:

  1. Salam.Masjid Gombang ini dibina atas titah perintah Almarhum Sultan Ibrahim Johor.

    BalasPadam
  2. salam..
    usahlah dibiarkan si anak memijak permukaan makam, jangan sampai nanti dikatakan kurang hormat...

    BalasPadam
  3. Wassalam. Terima kasih atas teguran. Namun cubalah berfikiran positif, jangan berpandangan buruk semata. Anak kecil ini cuma mahu memeluk batu nesan sebagai tanda kasih sayang. Kalau memijak di bawah dia tidak akan sampai kerana belum cukup tinggi.

    Seoang atuk yang baik tidak akan marah apabila cucunya memijak dadanya untuk memeluk lebih dekat kepala sang atuk. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah marah apabila Hassan dan Hussin memanjat di belakang lalu merangkul kepala baginda ketika sujud dalam solat malah sanggup memanjangkan sujud agar si cucu puas menunggang di atas baginda. Yang akan marah cuma meraka yang terasa bagus atau tidak ada kena mengena...

    BalasPadam
  4. Salam tuan.. tengku alam tu atuk kepada moyang saya.. baru tau ada perjumpaan waris secara besar2an mcmni.. moyang sy ddk di sepinang segamat..

    BalasPadam
  5. Saya Waris juga. Ingin bertemu Tuan. Sila hubungi saya ya. Whatsapp di 0132063763. Assalamualaikum

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.
    Saya ingin menyertai persatuan ni blh ke? Moyang sy adalah salah satu dari waris Temenggong Muar. Sy ingin mengetahui lbh dekat lagi asal-usul sy.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Tuan....
    Saya ingin mendaftar sbg Ahli dlm persatuan ini memandangkn Abg dn pakcik saya telah pun berdaftar. Saya juga telah mengalami beberapa kejadian aneh dlm kehidupan saya sejak knk2 dn mahukn penjelasan yglebih lg dlm kalangan Ahli yg lebih arif ttg perkara2 berkaitan. Bole hubungi saya Di Talian 0182783668..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Tuan....
    Saya ingin mendaftar sbg Ahli dlm persatuan ini memandangkn Abg dn pakcik saya telah pun berdaftar. Saya juga telah mengalami beberapa kejadian aneh dlm kehidupan saya sejak knk2 dn mahukn penjelasan yglebih lg dlm kalangan Ahli yg lebih arif ttg perkara2 berkaitan. Bole hubungi saya Di Talian 0182783668..

    BalasPadam
  9. Bagaimana pulak saya ni waris sultan ali iskandar shah dari alor gajah melaka? Boleh join x?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum. Tuan. Saya berminat nak join persatuan ni boleh? Ni no tel saya 01136218146

    BalasPadam
  11. ada sebuah lagi makam waliullah diBukit Kepong yg amat dirahsiakan. Beliau dtg pd tahun penghujung 1779 dan nama yg tercatit Syeh Mohd Fakeh Sabihi Ibni Abdul Ghafur. Disitu terdapat pemakaman kuno yg diperkirakan lebih dari 50 kuburan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dikatakan adik kepada syeikh Abdullah sabihu..
      والله اعلم

      Padam
  12. Assalamualaikum tuan. Saya Mohd Azwan, saya nak bertanya, dimana saya boleh dapatkan senarai nama salasilah tok tenang seperti gambar diatas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni ada no telefon saya, 0134870213, saya berharap dapat tahu lebih lanjut tentang salasilah saya.

      Padam
  13. Assalamualaikum,

    Mohon bertanya, Engku Abdullah keturunannya ada di mana ya... tq.....

    BalasPadam