Rabu, Jun 18, 2008

Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua!

Lakaran imaginasi rupa paras Pandak Indot, salah satu pejuang Melayu yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Residen British ke Perak J.W.W. Birch tahun 1875. Lakaran ini berserta lakaran beberapa orang watak utama peristiwa seperti Datuk Maharajalela dan sebagainya terpapar di Kota Ngah Ibrahim, Taiping. Untuk melihatnya, sila masuk ke artikel The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...

Assalamualaikum semua! Dalam ruangan komen artikel Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya, makam Raja Melewar... Pada waktu malam! , saya ada menyebut begini:

Hmm... Tadi aku baru sempat test tengok video upload tu... Memang ada part sangkut-sangkut, tak tau le pasal line lambat ke sangkut ke hapa. Tapi bila dah full buffering, boleh main elok. So kira OK le kot.Untuk sesi seterusnya, Insyaallah kita akan mulakan daripada makam Raja Melewar pagi hari seterusnya ke Pengkalan Kempas, pegi ke Tanjung Tuan, mungkin juga ke Kuala Linggi dahulu sebelum masuk Port Dickson pas tu pegi Kota Lukut, amacam? Dan untuk projek akan datang... Pasir Salak dan Peristiwa Perjanjian Pangkor 1874... Amacam? Mungkin akan di open juga pada sesiapa yang nak ikut tapi belanja dan tanggungan serta risiko sendiri le, hehe! :]

Ini diikuti komen-komen pembaca yang merasa teruja tentang cadangan ini lalu seterusnya saya menjawab:

Wassalam. Nanti le, datang gerak jadi le ia. Sambungan perjalanan Negeri Sembilan pun tertangguh lagi. Settle part ni baru le tunggu open tender pi Perak tu... Insyaallah...Sesapa nak ikut boleh le sekurang-kurangnya melihat kawasan Pasir Salak juga Bandar Baru yang dah jadi hutan tapi asalnya ibunegeri Perak tahun 1820an... Kat situ ada kubur Birch, makam Sultan ke 19 juga sebuah masjid lama... Menarik tu!Bab risiko tu biasa le... Berjalan tempat-tempat cam ni kadang-kadang ada le gangguan. Tapi kalau kena cara dengan tawakal pada Allah, semuanya selamat belaka. Insyaallah! :]

Saya difahamkam beberapa hari kemudian, ada para pembaca yang membincangkannya di c-box dan ada yang mahu mengikut program ini.... Oleh itu apakata kita buka perbincangan melalui ruang komen artikel ini? Sekurang-kurangnya siapa yang berminat bolehlah menyatakan nama kemudian kita pakat tarikh yang sesuai untuk semua.

Bagi saya perkara ini terbuka... Cuma harus diingatkan saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk membuat perjalanan berserta program terbaru ini dan ia juga bergantung pada bila cameraman saya Zaidi @ PerpatihTulus dapat meluangkan masa. Atau mungkin orang lain boleh datang dan pergi ikut kesesuaian masing-masing tetapi pandai-pandailah cari di mana kami nanti kerana perjalanan ini akan menurut gerak hati... Tidak ada banyak masa untuk menunggu.

Apapun kita buka perbincangan dahulu... Siapa yang berminat, ketika mana masa paling sesuai,,, Masa di mana seramai mungkin (jika mahu) boleh turut serta... Saya rasa sebelum masuk bulan Ramadhan, insyaallah! :]

p/s: Untuk homework dan persediaan mengharungi program ini, disarankan baca posting-posting ini... Sila juga baca cerita-cerita siri "Laksamana pulang ke Perak" di bawah c-box blogspot ini. Selamats!

The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim...

Taiping dan akibat Perjanjian Pangkor 1874...

In Perak's royal mausoleum to give justice to Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin

Di Kuala Kangsar untuk memperbaharui wasilah...

14 ulasan:

  1. salamssss .. .. wallaaaa!! tender dah buka yeah abg merah silu .. .. menarik mmg menarik sekali .. .. soo apa lagi orang orang kampung merah silu .. .. jangan malu malu jangan segan segan .. .. teringat pada mimpi sy beberapa malam yg lepas .. .. sy bermimpi warga blog nie bermuafakat mengadakan kenduri untuk sebuah surau/masjid yg baru siap dibina .. .. suasana damai perkampungan dan kegirangan di hati yg terpancar dari raut wajah yg bercahaya menceritakan segala galanya .. .. kebetulan pula rupa bentuk surau/masjid berkenaan almost the same macam masjid lama yg menjadi cover bka yg mana mungkin menjadi destinasi yg akan disinggahi .. .. ;-) .. .. mungkin juga bermakna selain kebetulan yg menjelma .. .. silakan!! .. ..


    abg zam .. .. tender dah buka .. .. ahah .. ..

    BalasPadam
  2. salamssss .. .. wallaaaa!! tender dah buka yeah abg merah silu .. .. menarik mmg menarik sekali .. .. soo apa lagi orang orang kampung merah silu .. .. jangan malu malu jangan segan segan .. .. teringat pada mimpi sy beberapa malam yg lepas .. .. sy bermimpi warga blog nie bermuafakat mengadakan kenduri untuk sebuah surau/masjid yg baru siap dibina .. .. suasana damai perkampungan dan kegirangan di hati yg terpancar dari raut wajah yg bercahaya menceritakan segala galanya .. .. kebetulan pula rupa bentuk surau/masjid berkenaan almost the same macam masjid lama yg menjadi cover bka yg mana mungkin menjadi destinasi yg akan disinggahi .. .. ;-) .. .. mungkin juga bermakna selain kebetulan yg menjelma .. .. silakan!! .. ..


    abg zam .. .. tender dah buka .. .. ahah .. ..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum radzi,
    Aku dah kawtim ngan wife aku. Hujung Minggu ni masih tak boleh keluar lagi, nak bawak dia jalan-jalan dulu. Jadi minggu depan (28 & 29, Jun 2008)InsyaAllah, kita boleh sambung perjalanan. Aku dah book minggu tu.

    Video kamera baru pun dah ready. Mudah-mudahan semuanya lancar.

    Apa-apa hal nanti aku call.

    Laptop aku kat rumah pulak rosak (Hardware). dah seminggu tak online dari rumah.

    Okey wassalam.

    BalasPadam
  4. heheeh.. laptop aku dah ok balik.. bukan hardware yg problem.. kena virus rupanya.. siap hantar kat syarikat yang jual tu. dia kata kalau nak repair kena hantar Taiwan. lepas tu paling murah 1000.00, warranty dah habis rupanye. tak jadiklah aku nak bagi diorang buat.

    lepas tu masa balik, tadi aku memang dah nak kamikazekan aje.. jadik aku pun backuplah data.. guna safe mode, walaupun display dia bergaris-garis.. tapi lepas tu baru perasan, benda tu sebenarnya running program.. then nasib baik aku ada simpan registry yang ok.. aku run balik.. alhamdulillah.. boleh on macam biasa..

    lepas tu scan .. barulah jumpa seketul virus. bagus betul lah virus tu.. sape yang buat tu memang genius.

    insyaallah, ye 28 ni..

    BalasPadam
  5. Salam.. Tender ke Perak masih terbuka untuk diperbincangkan. Insyaallah hujung minggu ini akan disambung perjalanan ke Negeri Sembilan. Lalu saya rasa perjalanan ke Perak pula sesuai dibuat pertengahan bulan Rejab.
    Amacams? Ada apa-apa tarikh cadangan, mungkin yang kena dengan mana-mana cuti umum jika ada ketika itu? Yang pasti ia mesti dibuat sebelum Ramadhan.... :]

    BalasPadam
  6. Salam.

    Abg MS. Saya ada berbincang dengan beberapa orang rakan di sini, antaranya Dong dan Radencilik.

    Dicadangkan tarikh 12-13 Julai atau 16-17 Ogos. Namun saya sendiri lebih memilih 16-17 Ogos. Apa pun terpulang kepada persetujuan dan kesusuaian masa semua...

    Dicadangkan sesiapa yang nak turut serta menyatakan kesediaan mereka di ruang komen ini...

    Sekian...

    BalasPadam
  7. Wassalam... Elok gak tu. Tapi kena dpt feedback Zaidi @ Perpatih Tulus gak sebab dia cameraman... Ni hujung minggu ni Insyaallah kami akan sambung balik bab Negeri Sembilan. Settle bab tu kira ready le tunggu keluangan dan masa sesuai untuk ke Perak...
    So apa lagi cadangan? Sila, sila! :]

    BalasPadam
  8. Salam,

    Insyaallah kalo dijodohkan saya pon turut serta..bleh jadi backup kameraman abg MS yg no.2.. hehe. Moga Allah beri kelapangan buat kita semua hendaknya..amin..
    So, Setakat nih yang insyaallah mungkin akan terlibat:-

    1. Zam
    2. Dong - insyaallah
    3. Radencilik - insyallah

    ade lagi nama nak topup? hehe..
    Wak tempe menyudikan tempat tinggal sekiranya perlu, katanya..bleh menyusul sekali pertemuan dengan ultraman taro kita..hehe

    Kita hanya merancang..Moga Allah kabulkan hajat kita hendaknya..

    BalasPadam
  9. Hmm cantik gak kalau dah ada offer dari Wak Tempe... Kalau dah ke Ipoh maka Sungai Siput tempat Ultraman dah dekat... Kalau dah gi sana, maka boleh le kita usul sekali ke Kuala Kangsar. Silap2 pegi Taiping sekali, baru kira betul2 complete cerita. Amacams?

    BalasPadam
  10. Hmm... Baru dapat sedikit gerak hati tentang tarikh yang sesuai serta arah perjalanan. Saya setuju dengan Zam, 16-17 Ogos agak sesuai. Julai 12-13 tu terlalu awal.... Insyaallah esok saya ngan Zaidi akan habiskan pusingan Negeri Sembilan. Lepas itu akan dikeluarkan video klip yang dapat mengikut tertib. Semua ini ada aturcara susulannya... Kiranya perjalanan ke Perak ini akan berlaku apabila natijah bagi perjalanan Negeri Sembilan yang lengkap telah mula meresap dalam jiwa. Insyaallah!
    OK... Zaidi akan bagi feedbacknya malam ini atau esok lusa Insyaallah. Jadi bila ambik 16-17 Ogos tu rasanya senang sikit semua orang nak kaotim kan? Sila bagi lagi feedback dan nama-nama yang berminat.
    Cadangan itenary perjalanan... Singgah sekejap ke Tanjung Malim sebagai pintu masuk Perak kemudian baru ke Teluk Intan melalui Bidor.
    Di Teluk Intan akan pergi makam keluarga Laksamana, makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I kemudian beransur ke makam Keramat Kuala Bidor seterusnya ke masjid lama di bekas Bandar Baru, makam Sultan Abdul Malik dan kubur J.W.W. Birch sebelum ke makam Raja Ahmad.
    Lepas tu baru kita pergi Pasir Salak melalui Kampung Gajah.
    Dari sana kita boleh ke Ipoh lalu jalan Tanjung Tualang... Sebelum sampai Gopeng boleh singgah makam Raja Alang Iskandar dan anak cucu Sayid Hussein Al-Faradz (penulis Undang-undang 99 dan guru kepada Sultan Muzaffar Shah I).
    Tido di rumah Wak Tempe dan esoknya ke Kuala Kangsa pegi Bukit Chandan, makam diraja Perak, makam Daeng Selili sebelum singgah ke makam Sheikh Abdul Qadir dan makam Tok Temong. Seterusnya kita ke Taiping, Kota Ngah Ibrahim dan masjid lama Melayu Taiping. Amacam!
    Kemudian kalau nak cantik lagi kita turun selatan lalu Pantai Remis (nak ambik sentuhan Beruas Gangganegara) sebelum keluar ke Lumut. Rehat le sat pas tu balik Teluk Intan dan keluar le balik KL.
    So apalagi... Feedback please!

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. semua.

    Waaah bersemangat semuanya yaa. ok ok.. 5 dan 6 julai saya nak bawak family jalan-jalan. 12 13 julai saya tak dapat, sebab ada program ngan opis,.

    ini cadangan saya ya. elok kalau buat dalam bulan julai se kali tapi dalam bulan julai saya ada free 19 & 20(bulan mengambang) atau 26 & 27 (bulan rejab). salah satu je. , dan dalam bulan ogos sekali lagi.

    maknanya, dalam sebulan ambik 2 hari untuk mengembara, best jugak kan.

    16 17 ogos (bulan sya'ban) tu boleh InsyaAllah. saya pun nak book tarikh ni untuk mengembara juga. INSYA'ALLAH SUBHANA HUWA TA'ALA. pada kawan-kawan seperti {Aku...hamba yang penoh kedaifan}, Zam, radenchilik, dong.. kalau ada kamera video ke kamera biasa ke, sound recorder ker.. hapa-apa lah.. bawak lah nanti. heheheh..

    wassalam.

    BalasPadam
  12. Hmm... Baru nak bagi latest feedback hari ni. Memandangkan perjalanan sambungan ke Negeri Sembilan dah pun selesai malah ada pula perjalanan ke Pulau Besar, Melaka sebagai bonus lagi, maka bersiap-sedialah untuk pergi ke Perak pula.
    Adapun rasanya Zaidi pun dah set 16-17 Ogos ni. Silap2 mula 15 Ogos terus keluar.
    Adapun proses penceritaan sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan pun dah settle, cuma menunggu proses penceritaan Pulau Besar selesai, insyaallah dalam seminggu dua ni. Lepas itu akan saya buat satu lagi posting special untuk persediaan perjalanan ke Perak akan datang ini ya... Sekian! :]

    BalasPadam
  13. Salam..

    wah2..meriahnya di sini. Ok..sy ingin memberi sedikit sumbangan untuk menghilangkan tekak shbt2. Memandangkan dengan izin Allah, produk minuman kesihatan saya akan keluar seiring dgn trip kalian, maka saya dengan berbesar hari akan memberi sedikit souvenir minuman tu yea..brg seteguk dua untuk menghilangkan dahaga..apa salahnya..

    BalasPadam