Isnin, Mei 26, 2008

Sampai ke sempadan Jelebu... Merangka arah perjalanan di Negeri Sembilan

OK... Seperti yang dijanjikan, ulasan perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat Ahad minggu lalu mula melalui fasa yang lebih serius. Jika sebelum ini, di dalam posting bertajuk Mukadimah journo kembara Negeri Sembilan yang akan datang... , Kembara Negeri Sembilan... Mandi air panas dahulu di Hulu Langat untuk "mengambil" kesegaran... dan
Kisah "beruk" pencen... Satu tatapan hujung minggu sebelum cerita kembara Negeri Sembilan mula jadi serius...
saya masih lagi bermain-main kerana baru mencuba konsep membuat ulasan perjalanan dalam video, tetapi apabila masuk sempadan daerah Jelebu merangkap sempadan keluar negeri Selangor untuk masuk ke Negeri Sembilan melalui jalan Kuala Klawang, baru saya tergerak untuk memberi ulasan lebih serius sesuai dengan konsep cara penceritaan terbaru bagi saya ini!

Kebetulan juga di sempadan ini terdapat beberapa papan-tanda yang memberitahu nama serta jarak untuk ke beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan... Maka secara semulajadinya amat sesuailah saya mengulas sedikit tentang beberapa tempat yang memang ingin dituju hari itu terutamanya Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh di sekitar bandar Kuala Klawang.

Dalam pada itu, timbul rasa selesa membuat ulasan seolah-olah betul-betul sedang mengacara sebuah program journal atau majalah pengembaraan untuk tatapan di kaca TV. Di sini terimalah usaha terbaru saya untuk membawa lebih ramai masyarakat kita untuk mengenali serta menghargai tinggalan-tinggalan sejarah orang-orang Melayu dahulukala. Nikmatilah percubaan membuat dokumentari yang tidak seberapa ini... Dengan khidmat cameraman daripada rakan baik saya, Zaidi @ PerpatihTulus yang ada blogspot nya sendiri di http://www.perpatihtulus.blogspot.com/ ... Sila! :]



6 ulasan:

  1. salam..
    cayalah bro.. memang best cara baru ni. lebih segar. terussss bro..... dengan bergayanya! heh

    hazrat

    BalasPadam
  2. gambar-gambar still pun jangan lupa letak. hehehe.. next time kita buat lagi.. boleh buat experiment lain pulak nanti.

    wassalam.

    BalasPadam
  3. Salam MS, P.Tulus,

    Alhamdulillah,
    usaha yg pelbagai.
    Air yang mengalir tak sama
    kualiti dgn air yg bertakung
    lama.
    Mudah2an ada rezki utk sama2
    menyumbang tenaga :)

    -awanbadai-

    BalasPadam
  4. Salam,

    Pasni klu ada rezeki leh wat dvd/vcd Berpetualang pulak. :)

    sahaya

    BalasPadam
  5. Wassalam.

    Insyaallah bab vcd tu nanti boleh ada kot. Idea dah idea, subjek pun menarik tapi tunggu gerak le sebab semua ni kita buat berdasarkan gerak, bukan pada skrip atau apa-apa olahan plastik.
    Sebab ikut gerak ni ada special... Ada izin dan petunjuk daripada pihak "atasan"! Tapi bukan gerak main boh aje macam yang setengah orang ingat. Tak sama mereka yang sanggup mengorbankan keselesaan hidup hatta mengambil risiko nyawa dalam mencari kebenaran berbanding mereka yang cuma melihat segalanya daripada keselamatan dan keselesaan dalam rumah seraya duduk sahaja di hadapan komputer! :]

    BalasPadam
  6. Qu'est-ce qu'un site de blogs qui vous permet de synchroniser avec facebook pour les commentaires?

    BalasPadam