Jumaat, Jun 26, 2026

Tuanku Luckman Sinar : Satu panduan untuk masyarakat Melayu

Pergi pada majlis ilmu ketiga dan terakhir mahu dihadiri di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) minggu ini. Bersambung daripada Antara Islam dan Buddha untuk keamanan dan harmoni.



Adapun majlis itu adalah tentang tokoh berdarah bangsawan bernama Tuanku Luckman Sinar. Poster menyebut gelarannya sebagai Tengku. Yang sebenarnya adalah Tuanku... kerana taraf beliau (baginda sebenarnya) adalah sebagai Sultan Kesultanan Serdang di Sumatera.



Walaupun kesultanan secara rasmi tidak lagi wujud sejak mejadi sebahagian daripada negara Republik Indonesia tahun 1945 kemudian dijatuhkan sepenuhnya apabila berlaku Revolusi Sosial 1946 yang menyaksikan sejumlah kerabat diraja negeri-negeri jiran dibunuh dengan kejam, daripada segi adat kesultanan masih berdiri lalu Tuanku Luckman Sinar yang lahir 1933 menjadi sultan sebelum mangkat tahun 2011.



Dalam artikel Antara Islam dan Buddha untuk keamanan dan harmoni ada dinyatakan artikel itu ditulis selepas menunaikan solat Jumaat siang tadi.



Sungguh cantik tarikh hari ini, Jumaat 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Tarikh Baratnya pula adalah 26/6/26.



Artikel tersebut dipersembahkan jam 2.22 petang dalam masjid. Saya masuk ke majlis di hujung satu lagi bangunan ISTAC terlewat sedikit beberapa minit.



Ketika itu pemudahcara sudah selesai memperkenalkan pembentang iaitu Profesor Madya Dr Mehmet Ozay. Mehmet yang berasal dari Turki tetapi mengahwini wanita Aceh pun memulakan pembentangan.



Ah. Dalam slaid sudah dibetulkan gelaran iaitu Tuanku Luckman. Dan dinyatakan beliau (baginda) adalah Sultan ke-8 Serdang, satu kerajaan yang terbit daripada pemecahan Kesultanan Deli 300 tahun lalu.



Ditunjukkan kedudukan Serdang dan beberapa negeri/kerajaan di sekitar seperti Deli, Langkat dan Asahan.



Sedikit sejarah melibatkan kerajaan-kerajaan berkenaan...




Diberikan gambaran apa yang hendak diketengahkan tentang Tuanku Luckman...









Secara rata Tuanku Luckman dikenali ramai sebagai seorang intelektual yang banyak menulis tentang Melayu dan kebudayaannya demi mengangkat kembali martabat dan harga diri pada ketika identiti keMelayuan di Sumatera sudah lama terhimpit disebabkan kepentingan-kepentingan politik tertentu. Ikuti sendiri majli melalui video bawah. Pada minit-minit akhir ada perkongsian daripada ahli kerabat terdekat Serdang.


Antara Islam dan Buddha untuk keamanan dan harmoni

Salam petang Jumaat 26/06/26 bersamaan Hari Asyura 10 Muharram 1448 Hijriah. Dalam artikel Ilmu pengetahuan, kepengarangan dan seni kesusasteraan menurut Ibnu Khaldun yang dipersembahkan awal pagi Khamis semalam ada dinyatakan ketika itu sedang bermalam di surau Bukit Belacan. Ini kerana hendak meneroka 2 buah tasik di sekitar kemudian mahu menghadiri satu lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Sukacita dimaklumkan 2 tasik tersebut sudah dapat diteroka, cuma yang kedua, dekat-dekat Kelab Darul Ehsan laluan hendak menuju agak mencabar masuk hutan. Majlis ilmu pun sudah dihadiri kemudian. Sekarang biar dikongsikan cerita.



Majlis kali ini adalah tentang mencapai keamanan dan harmoni antara penganut agama Islam dan Buddha.



Pembentang Profesor Dr Imtiaz Yusuf memulakan dengan menceritakan bagaimana beliau mula berminat untuk mengkaji agama Buddha untuk diharmonikan dengan Islam. Pengalaman mengajar selama 30 tahun di Thailand mematangkan fikiran.



Banyak perkara berkaitan diperkatakan disokong lebih 50 buah slaid. Biar dipaparkan beberapa sahaja untuk meringkaskan.



Dinyatakan kepentingan mengharmonikan Islam dan agama Buddha dalam konteks ASEAN, kesatuan negara-negara Asia Tenggara kerana masing-masing mewakili lebih 40% penduduk ASEAN.



Dinyatakan pendekatan berdasarkan sejarah dan perbandingan agama...





















Dialog berupa perbincangan dua hala tanpa mana-mana pihak menekankan kelebihan agama sendiri diperlukan untuk saling memahami.






Maaf tidak dapar mengulas lebih lanjut. Saya menulis ini selepas menunaikan solat Jumaat di masjid ISTAC. Sekarang mahu mengejar satu lagi majlis ilmu yang akan bermula sebentar lagi. Sila ikuti sendiri majlis melalui video berikut...





Khamis, Jun 25, 2026

Ilmu pengetahuan, kepengarangan dan seni kesusasteraan menurut Ibnu Khaldun

Minggu ini, seperti pada awal bulan April, sekali lagi mahu menghadiri 3 majlis ilmu secara berturut di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Yang dihadiri pada lebih 2 bulan lalu itu adalah seperti berikut :-






Sekarang pergi pada yang pertama daripada 3 berturut kali ini.




Poster bagi majlis. Tajuk boleh diterjemahkan sebagai "Ilmu Pengetahuan, Kepengarangan dan Seni Kesusasteraan" Ia adalah yang ke-5 dalam siri pembacaan daripada kitab Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun. Saya sempat hadir yang pertama 28 Mei, ketiga 30 Julai dan keempat 26 November 2025. Lihat :-








Singgah dahulu ke medan selera sebelah pejabat lama saya The New Straits Times untuk menikmati hidangan kegemaran nasi beringin. Sejak 2 minggu kebelakangan seperti ada rasa mengidam. Tapi tak pergi apabila mendapat tahu gerai berkenaan tutup kerana ada kerja-kerja penyelanggaraan.




Saya keluar dari rumah untuk makan itu agak awal berbanding kebiasaan. Jam 12.30 tengah hari sudah sampai ke ISTAC.



Ada banyak masa untuk menelaah (bagi kajian PhD di ISTAC) sebelum ke tempat majlis yang sejak sekian lama diberi nama Ibnu Khaldun Conference Room (Bilik Persidangan Ibnu Khaldun).



Majlis bermula dengan Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican memperkenalkan pembentang iaitu Profesor Zaid Ahmad.



Baru saya tahu beliau yang selalu ditemui hadir dalam sejumlah majlis ilmu pernah menulis PhD tentang Ibnu Khaldun...



Pergi pada syarahan...



Dinyatakanlah ia bertujuan untuk "menziarah kembali" jenis-jenis gubahan sastera Ibnu Khaldun dan perkara-perkara berkaitan melalui kitab Muqaddimah.




Kebetulan saya ada PDF naskah terjemahan kitab ke dalam bahasa Inggeris, versi dipendekkan lalu dapat mencari muka surat berkenaan.



Ditimbulkan persoalan...


Kenapa para sarjana menulis?

Apakah yang membuat suatu buku bernilai?

Apakah setiap penerbitan menyumbang kepada ilmu pengetahuan?


Sepatutnya penulisan 'berkhidmat' kepada ilmu pengetahuan dan peradaban.




Penulisan memelihara ilmu pengetahuan untuk generasi-generasi akan datang...




Penulis/pengarang adalah penjaga ilmu pengetahuan.




Pandangan intelektual Ibnu Khaldun bersifat etikal terhadap ilmu pengetahuan. Beliau melihatnya sebagai amanah suci.



Rasanya tak perlulah lagi saya mengulas lagi walaupun ringkas ya.







Sebetulnya saya menulis ini dari dalam surau di Bukit Belacan, Ampang.







Petang semalam, sebaik sahaja majlis selesai hampir jam 4.30 terus berkejar ke Bukit Indah.







Ini kerana hendak masuk hutan mendaki Bukit Kembara setinggi 244 meter dari paras laut.







Punyalah kuat keinginan hendak mendaki tetap diredah walaupun hujan tak henti dan laluan licin.







Saya berkejar sangat kerana itulah sahaja ruang yang ada dalam masa terdekat. Hari ini Khamis diikuti esok Jumaat mahu berpuasa sunat 9 dan 10 Muharram. Selepas itu ada komitmen lain berturut-turut.






Itupun siang karang mahu meneroka 2 buah tasik di sekitar. Cuma harus tidak mengambil banyak tenaga seperti halnya mendaki bukit. Jadi bolehlah dilakukan insyaallah walau sedang berpuasa,







Itu yang menyebabkan bermalam di surau di Bukit Belacan. Selain mahu meneroka tasik lebih dekat untuk ke majlis ilmu seterusnya petang ini di ISTAC. Ikuti sendiri majlis/syarahan melalui video bawah...




Oh, Saya menulis ini awal pagi kerana susah hendak melelapkan mata. 




Gambar di puncak bukit jam 6.06 petang semalam. Semoga selepas ini dapat sedikit rehat sebelum bersahur dan solat Subuh.