Salam petang Jumaat 26/06/26 bersamaan Hari Asyura 10 Muharram 1448 Hijriah. Dalam artikel Ilmu pengetahuan, kepengarangan dan seni kesusasteraan menurut Ibnu Khaldun yang dipersembahkan awal pagi Khamis semalam ada dinyatakan ketika itu sedang bermalam di surau Bukit Belacan. Ini kerana hendak meneroka 2 buah tasik di sekitar kemudian mahu menghadiri satu lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Sukacita dimaklumkan 2 tasik tersebut sudah dapat diteroka, cuma yang kedua, dekat-dekat Kelab Darul Ehsan laluan hendak menuju agak mencabar masuk hutan. Majlis ilmu pun sudah dihadiri kemudian. Sekarang biar dikongsikan cerita.
Majlis kali ini adalah tentang mencapai keamanan dan harmoni antara penganut agama Islam dan Buddha.
Pembentang Profesor Dr Imtiaz Yusuf memulakan dengan menceritakan bagaimana beliau mula berminat untuk mengkaji agama Buddha untuk diharmonikan dengan Islam. Pengalaman mengajar selama 30 tahun di Thailand mematangkan fikiran.
Banyak perkara berkaitan diperkatakan disokong lebih 50 buah slaid. Biar dipaparkan beberapa sahaja untuk meringkaskan.
Dinyatakan kepentingan mengharmonikan Islam dan agama Buddha dalam konteks ASEAN, kesatuan negara-negara Asia Tenggara kerana masing-masing mewakili lebih 40% penduduk ASEAN.
Dinyatakan pendekatan berdasarkan sejarah dan perbandingan agama...
Dialog berupa perbincangan dua hala tanpa mana-mana pihak menekankan kelebihan agama sendiri diperlukan untuk saling memahami.
Maaf tidak dapar mengulas lebih lanjut. Saya menulis ini selepas menunaikan solat Jumaat di masjid ISTAC. Sekarang mahu mengejar satu lagi majlis ilmu yang akan bermula sebentar lagi. Sila ikuti sendiri majlis melalui video berikut...














Tiada ulasan:
Catat Ulasan